Monday, 22 June 2015

Kumpulan 4 (afiqah)

    Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di empat penjuru dunia tentang isu gejala sosial yang sedang menjadi topik dominan dalam setiap lapisan masyarakat. Tidak hairanlah isu ini sering menjadi polemik di media massa cetak mahupun media massa elektronik seperti di kaca-kaca televisyen, dada-dada akhbar, dan corong-corong radio. Pada alaf yang serba moden ini,gejala sosial merupakan perkara yang merunsingkan terutamanya terhadap golongan belia. Kes-kes pembuangan bayi, pelajar merokok,dan melakukan perkara sumbang merupakan seribu daripada satu impak buruk gejala sosial. Lebih teruk lagi remaja-remaja ini akan membunuh diri setelah melakukan perbuatan sumbang kerana mereka tidak dapat menerima kesalahan mereka dan merasakan dengan membunuh diri mereka dapat melepaskan diri darida fenomena tersebut. Remaja yang terjebak dalam gejala negatif ini hanya menunggu masa untuk insaf kerana bagi mereka zaman muda hanya digunakan untuk mencabar diri melakukan perkara-perkara yangg buruk. Adakah gejala seperi ini sepatutnya berlaku dalam kalangan remaja yang merupakan pemimpin masa depan negara Malaysia, bak kata peribahasa, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara dan akan menjadi tunggak kepada kemajuan Malaysia semi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020? Sudah pastinya kita tidak mahu gejala ini menjadi tabiat golongan belia zaman sekarang mahupun golongan masa hadapan. Siapakah yang harus kita tuding jari atas kesalahan yang parah ini? Soalan ini pasti berlegar-legar dalam benak kita,’apakah penyebab masyarakat di negara kita terjebak dalam aktiviti kurang sihat ini?

    Agama adalah pegangan yang harus ada dalam diri setiap manusia. Tanpa pegangan agama, maka goyahlah kehidupan manusia. Barangkali ada benarnya sesetengah pendapat yang meletakkan bebanan punca masalah sosial ke atas bahu ibu bapa yang kurang memberi didikan agama kepada anak-anak mereka. Merekalpa laksana amanah Tuhan untuk membentuk zuriat yang dikurniakan dengan baik. "Tatkala rebung tiada dipatah, ketika susah jadi aur apa gunanya’’,peribahasa ini amat bermakna kerana pendidikan agama perlu diberi keutamaan sejak anak-anak masih kecil lagi supaya didikan agama dapat diberi dengan cukup dan sempurna dan menjadi benteng yang kukuh untuk menangkis anasir yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan pergaulan bebas. Peminggiran terhadap didikan agama menyebabkan anak-anak hilang panduan serta terkapai-kapai bagai layang-layang putus tali dalam perjalanan hidup menenuju ke alam kedewasaan material dan maddiah. Mereka tidak tahu untuk membezakan hak dan batil. Mereka juga tidak takut akan dosa kerana jahil tentang balasan hari akhirat. Kekurangan didikan agama dalam diri seseorang menjadikan mereka lebih mementingkan keseronokan di dunia yang sementara ini walaupun perkara itu bertentangan dengan hukum agama. Sesungguhnya, didikan agama amat penting dalam membentuk akal, budi, peribadi dan kendiri seseorang yang baik. Kita percaya dan yakin bahawa anak-anak yang mengetahui dan memahami hukum-hukum agama pasti tidak akan menjerumuskan diri ke dalam perkara yang ditegah oleh Tuhan. Tetapi sayang sekali kerana ibu bapa pada zaman moden ini lebih mementingkan ilmu dunia lebih daripada ilmu agama untuk diberi kepada anak-anak mereka. Ingatlah bahawa agama tanpa ilmu itu buta, ilmu tanpa agama itu lumpuh. Izharnya, ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang didikan agama yang sempurna kepada anak-anak merupakan penyebab utama masalah sosial berlaku dalam kalangan masyarakat. 

      Kasih sayang ibarat gula, jika terkurang hilanglah lazatnya,jika terlebih menjadi racun, itulah peribahasa yang menunjukkan bahawa kasih sayang amat penting dalam mendidik anak-anak.Ibu bapa kurang memberi kasih sayang kepada anak-anak merupakan seribu daripada satu pemangkin dominan masalah sosial. Pada zaman muasir ini,sememangnya sudah menjadi lumrah bagi isteri untuk bekerja dalam membantu mengurangkan bebanan yang dipikul oleh suami.Ibu bapa ini yang bersikap rakus dalam mengejar kemewahan lebih mementingkan kerjaya mereka daripada kehidupan bersama dengan anak.Perkara ini tentu sekali membuatkan tanggungjawab mereka untuk menjaga anak-anak diserahkan atas bahu orang gaji.Memang tidak dapat dinafikan bahawa orang gaji berupaya untuk menyediakan keperluan makanan,minuman, dan pakaian kepada anak-anak.Persoalannya, adakah orang gaji yang bertanggungjawab dalam mendampingi dan memberi belaian kasih sayang terhadap anak-anak?Anak-anak yang dahaga akan kasih sayang akan mula mencari rakan di luar rumah untuk menghilangkan rasa sunyi dalam diri mereka.Keseronokan yang diingini oleh anak-anak untuk meredakan perasaan tertekan di rumah adalah melalui aktiviti melepak iaitu berpeleseran di pusat beli-belah,merokok,dan ponteng bersama dengan rakan sebaya.Sudah terang lagi bersuluh bahawa kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa mengakibatkan masalah sosial.

     Tidak ada penyakit yang tiada penyembuhnya,demikianlah kata pujangga. Memang kita akui setiap masalah itu pasti ada jalan penyelasaiannya. Begitu juga dengan gejala sosial dalam kalangan anak-anak. Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah seperti kain putih,maka tangan ibu bapa yang akan mencorakkan mereka sama ada menjadi anak yang baik atau sebaliknya.Tanggungjawab afdal ibu bapa dalam menangani masalah sosial ialah memberi dididkan agama kepada anak-anak. Agama merupakan senjata ampuh yang dapat mengelakkan diri terlibat daripada elemen-elemen negatif. Oleh hal yang demikian,ibu bapa mesi mendidik dan menanam dalam diri dan jiwa anak-anak mereka soal akidah dan pegangan agama yang benar. Sebagai contoh, ibu bapa membawa anak-anak mereka menghadiri ceramah agama, solat berjemaah, mengaji bersama, dan membuat aktiviti keagamaan sebagai rutin harian. Kendatipun, ibu bapa yang memberi anak-anak mereka cahaya keimanan yang cukup akan melahirkan adiwangsa yang soleh dan solehah.Ilmu agama yang tinggi dalam diri seseorang akan membuat diri mereka takut untuk melakukan sesuatu kesalahan dan menjauhkan diri mereka daripada melakukan maksiat dan perkara mungkar. Mereka juga tahu akan perkara halal dan haram serta akan sentiasa mengawal diri mereka. Malahmereka akan melakukan unsur yang baik seperti membantu ibu bapa, beribadat, belajar, dan berzikir agar mereka mendapat ganjaran pahala.Tuntasnya,ibu bapa mestilah membuka fikiran mereka seluas padang pasir bahwa didikan agama amat penting untuk mengelakkan gejala sosial daripada berlaku dalam kalangan masyarakat.Menurut pakar motivasi, Dato’ Dr.Fadzillah Kamsah mengatakan bahawa ibu bapa haruslah mencurahkan ilmu agama kepada putera dan puteri mereka kerana itu merupakan benteng untuk mereka menempuh arus modenisasi kini.Jadi,Ibu bapa haruslah sedar akan kepentingan agama dalam mendidik anak ke jalan yang lurus.

     Kata Albert Einstein, "agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh". Mutiara kata tersebut sungguh hebat dan besar ertinya. Memang, ibu bapa merupakan insan yang paling dekat dengan anak. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak tentang keagamaan. Ibu bapa seharusnya membekalkan bahan bacaan keagamaan yang lebih banyak kepada anak-anak kerana tanggungjawab ini merupakan tindakan yang amat bijak dalam membantu anak memperkukuhkan keimanan dalam diri. Sebagai analoginya, bahan bacaan melalui media cetak dan media elektronik dijadikan sebagai wahana pendidikan untuk mentarbiahkan anak-anak tentang agama dengan lebih mendalam. Lebih bagus jikalau anak-anak dididik sejak kecil lagi apabila sikap mengamalkan bahan bacaan sentiasa diamalkan. Hal ini demikian kerana anak-anak akan menampakkan perubahan yang besar kerana dapat membezakan perkara yang baik dengan yang buruk, secara tidak langsung mereka menjauhi gejala sosial kerana mereka mempunyai keimanan yang kental. Tamsilnya, ibu bapa boleh melanggan majalah yang berkaitan dengan agama serta mengajak ahli keluarga menonton dokumentari-dokumentari agama bersama. Walau bagaimanapun, anak-anak muda celik IT pada zaman sekarang ini lebih suka dan leka bermain dengan permainan dalam gajet daripada memcari ilmu keagamaan dalam media elektronik. Anak-anak gemar bahan yang mengandungi ilustrasi yang menarik dan kreatif supaya mereka tertarik untuk membacanya. Usaha  dua insan yang gigih ini akan membuahkan hasil dalam menyemaikan sikap cinta akan Tuhan dan agama lebih daripada segala-galanya. Jelaslah bahawa ibu bapa perlu mempertingkat usaha, kesabaran, dan bertawakal kerana sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain agar anak-anak dilengkapkan dengan ilmu keagamaan dengan cara menyediakan bahan bacaan.

     Intihanya, aspek keagamaan dalam kehidupan amat penting bagi membentuk institusi keluarga yang harmoni. Melentur buluh biarlah dari rebungnyaoleh itu, ibu bapa mesti mendidik anak-anak mereka pendidikan agama yang betul sejak azali lagi. Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya beroreintasikan al-quran dan hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang akhlak yang luntur dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang mencapai enam aspirasi murid bagi melahirkan pemimpin negara masa depan yang berwibawa. Oleh itu, peranan ibu bapa amatlah penting bagi mencapai aspirasi tersebut dengan mendidik anak-anak mereka ke arah kecemerlangan hidup. Sebelum padi di tangan menjadi lalang, ibu bapa perlu berkorban demi masa depan anak-anak tercintaBukan itu sahaja, kerjasama daripada semua pihak juga diperlukan bagi membendung kemelut gejala sosial yang kian meruncing ini kerana tepuk sebelah tangan tidak  akan berbunyi. Segala uslub yang dilakukan haruslah dibuat sampai mendapat penyelesaiannya dan jangan melakukan usaha itu secara sambalewa, umpama melepaskan batuk di tangga. Usaha ini harus dipertingkatkan lagi agar negara kita mempunyai rakyat yang berminda kelas pertama dan pemimpin yang dapat mengharumkan nama negara.




No comments:

Post a Comment