Sebab-Sebab Masalah Sosial dan Tanggungjawab Ibu Bapa Dalam Menangani Masalah
Sedasarwarsa ini sering miniti dari bibir ke bibir umat manusia di setiap empat penjuru tentang isu ibu bapa memandang ringan aspek keagamaan dalam kehidupan seharian mereka. Anak-anak yang dilahirkan di dunia bagaikan kain putih yang suci lagi tudus yang perlu diwarnakan oleh ibu bapa. Sebagai seorang anak yang menjadi harapan ibu bapa, kita haruslah sedar bahawa segala perbuatan positif dan negatif akan mencerminkan imej keluarga. Sejak kecil kita dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh oleh bu bapa kita. Malangnya, sebagaimana yang kita sedia maklum masalah sosial yang telah berlaku bagai bisul menjadi nanah dalam masyarakat pada zaman ini yang penuh dengan musibah. Saya berpendapat bahawa perkara ini berlaku kerana ibu bapa leka terhadap pendidikan agama. Persoalannya, apakah punca-punca masalah ini terjadi dan apakah tanggungjawab ibu bapa dalam menangani masalah tersebut?
Faktor dominan yang menyebabkan terjadinya dekadensi keagamaan pada anak-anak dan terbentuknya keperibadian yang buruk pada diri mereka adalah kesibukan ibu bapa. Anak bagaikan kain putih yang suci lagi kudus yang perlu diwarnakan oleh ibu bapa yang membesarkan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa yang bersikap materialistik memandang ringan aspek keagamaan dalam kehidupan mereka secara tidak langsung telah mendorong anak-anak mereka untuk melakukan masalah sosial. Mereka boleh dikatakan sebagai golongan yang kaya dari segi material tetapi miskin dalam agama. Selain itu, ibu bapa yang kecundang prinsipnya kerana sibuk untuk mengejar duniawi, lalu hilang pertimbangan dan buta penglihatan untuk mengajarkan ilmu keagamaan kepada anak-anak mereka sehingga menyebabkan anak-anak mereka terjebak dalam masalah sosial dalam masyarakat. Di samping itu, ibu bapa berlepas tangan dalam mendidik dan memberi bimbingan kepada anak-anak dengan alasan anak-anak mereka sudah besar dan cukup matang lalu tidak mempeduli tentang ajaran agama dalam hidupan seharian . Tambahan pula, ibu bapa yang kurang menunaikan kewajibannya dalam mendidik anak maka tidak diragukan lagi anak-anak mereka akan tumbuh seperti anak yatim yang tidak memiliki orang tua, mereka hidup bagai sampah masyarakat, bahkan suatu saat akan menjadi penyebab terjadinya kerosakan dan kejahatan di tengah-tengah umat. Sebagai ringkasan, kesibukan ibu bapa adalah punca masalah sosial terjadi.
Punca seterusnya aspek keagamaan menyebabkan berlakunya masalah sosial dalam kalangan masyarakat adalah kelalaian ibu bapa mendidik anak-anak. Kebanyakan ibu bapa masih memandang enteng terhadap kepentingan menerapkan aspek keagamaan dalam diri anak-anak mereka. Perkara sebegini mengakibatkan mereka alpa dalam mendidik anak mereka untuk menjadi modal insan yang berkualiti. Lebih membimbangkan masyarakat hari ini kerana terdapat ibu bapa yang tergamak melepaskan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak kepada pembantu rumah. Mereka seakan lupa akan peribahasa anak-anak bagaikan kain putih yang suci lagi kudus yang perlu diwarnakan oleh ibu bapa yang membesarkannya, jelas sekali bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorak sahsiah diri anak-anak mereka. Ibu bapa masa kini terlalu kerap ponteng daripada menjalankan tanggungjawab mereka atas pelbagai urusan duniawi. Tanpa mereka sedari, mereka telah meletakkan keutamaan kepada anak-anak sebagai nombor dua. Bukan itu sahaja, masih ada ibu bapa masa kini yang ditakuk lama dengan tanggapan bahawa anak-anak yang masih kecil wajar dimanjakan. Peribahasa tatkala rebung tiada dipatah, ketika sudah jadi aur apa gunanya kerap kali mengingatkan umat manusia bahawa anak-anak perlu dididik dari kecil lagi. Apabila ibu bapa lalai mendidik anak-anak, jati diri dan akhlak cahaya mata mereka tidak akan dapat dibentuk dengan baik. Tanpa jati diri, anak-anak muda akan mudah terpengaruh dengan godaan gejala negatif yang mampu membinasakan diri mereka sendiri. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan utama dalam membentuk anak-anak menjadi modal insan yang berkualiti.
Tidak khusus kepada itu sahaja,ibu bapa sewajarnya membawa anak-anak ke ceramah agama. Hal ini dikatakan demikian kerana ceramah agama sebegini penuh dengan ilmu agama lagi bertauliah. Ibu bapa seyogianya acap kali bersama dengan anak dalam menyertai aktiviti sebegini bersama. Ceramah agama sering kali menjemput ustaz,ustazah dan juga pakar motivasi yang berkaliber menghadiri demi memberi ceramah.Sudah terang lagi bersuluh bahawa tindakan ibu bapa membawa anak ke ceramah agama membantu mengurangkan kemelut social di negara kita. Bukan sekadar itu,mengikut Doktor Fazilah Kamsar, Pakar motivasi yang terulung,anak-anak akan menjadi berdisiplin jika kita menerangkan sebab dan akibatnya apabila mereka melakukan kesilapan. Hal ini dibicarakan demikian kerana nasihat yang bernas daripada ibu bapa lebih efektif daripada jeritan marah yang hanya membazir masa dan tenaga. Sejarah juga telah membuktikan bahawa unsur keagamaan bukan sekadar mendisiplinkan manusia malahan nilai agama mampu menjajah negara. Alibinya,raja Asoka telah melaksanakan penjajahan secara baharu iaitu dengan menyebarkan agama Buddha. Mutiara Melayu pernah berkata air yang tenang jangan disangka tiada buaya,peribahasa ini dapat dikaitkan dengan unsur agama jangan anggap tiada maslahatnya, Tegasnya, ibu bapa membawa anak-anak ke ceramah agama boleh membendung gejala social yang kian menjadi perbualan hangat dalam kalangan marhaen di tanah air kita.
Bukan itu sahaja , usaha yang istiqamah seperti melengkapkan pengetahuan agama melalui media massa seperti akhbar ,radio dan majalah turut merupakan tanggungjawab ibu bapa dalam menangani masalah ini. Hal ini dikatakan demikian kerana kini terdapat cacamerba rancangan dalam televisyen seperti USRAH dapat membantu remaja dalam memahami agama mereka dengan lebih mendalam. Ibu bapa sayugianya membekalkan pelbagai bahan bacaan yang berkaitan dengan ilmu keagamaan kepada anak-anak kerana bahan bacaan sebegini akan memberi didikan agama yang mantap dan sempurna kepada pembaca. Didikan agama ini secara tidak langsung akan menguatkan iman dan membina kalbu zakiah anak-anak serta membentuk mafsadah akhlak dan moralisasi yang tinggi dalam diri anak –anak. Sebagai anologi, majalah yang boleh dibekalkan oleh ibu bapa kepada anak-anak ialah majalah Hidayatullah, Agama Falsafah , Al-Islam dan Fardu Ain. Ibu bapa juga boleh menurut serta dalam program–program keagamaan bersama anak-anak mereka seperti Program Keagamaan dan Dakwah . Program ini bertujuan untuk memberi kefahaman Islam terutamanya kepada orang Islam dan saudara baharu . Lebih-lebih lagi , sekiranya ibu bapa dan anak-anak menyertai program keagamaan dan usaha berdakwah ini mereka dapat memantapkan semangat ukhwah umat Islam selain menambahkan pahala. Program sebegini melalui pendidikan agama akan menanam nilai keinsanan yang syumul dan nilai- nilai mahmudah dalam diri remaja . Hal ini bukan sahaja memberi kesan kepada remaja tetapi juga membantu dalam pembentukan masyarakat yang sakinah. Ironinya , remaja yang sudah dilengkapi dengan pelbagai pengetahuan agama sudah pasti tidak akan melakukan onar dan jauh sekali daripada membuat perkara – perkara yang menjurus kepada keretakan rumah tangga dan kebejatan akhlak . Namun begitu, pada hakikatnya masih terdapat ibu bapa bertanggapan bahawa tanggungjawab mereka tidak ebih daripada menyekolahkan dan menyediakan keperluan anak-anak . Tanggapan ini tidak benar sama sekali kerana anak-anak terutamanya remaja seharusnya mendapat keperluan anak-anak terutamanya remaja seharusnya mendapat keperluan rohani yang boleh membina jati diri mereka . Kita tidak mahu remaja kita yakni barisan pemimpin masa depan kita maju dari segi pendidikan tetapi mundur nilai keagamaan. Tegasnya, sudah terbukti bahawa pengetahuan agama melalui media massa perlu dilengkapkan oleh ibu bapa dalam menangani masalah sosial.
Kesimpulannya, pencorakan aktiviti sosial anak-anak dari rumah, yaknidaripada komitmen ibu bapa akan membuahkan hasil suatu hari seandainya ibu bapa menyedari hakikatnya masalah sosial anak-anak juga ditentukan oleh ajaran dan teguran dari segi aspek keagamaan. Anak-anak yang baik boleh membahagiakan ibu bapa sejadi mereka di dunia mahupun di akhirat. Oleh hal yang demikian, saya berharap bahawa ibu bapa menyedari tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa dalam mendidik pendidikan agama untuk anak-anak agar ibu bapa tidak menyesal selepas anak-anak terjerumus dalam kancah kebejalan sosial. Keburukan sikap anak-anak mestilah dikekang daripada menjadi duri dalam daging masyarakat supaya negara kita disegani seantero dunia andainya anggota generasi akan datang penuh dengan sifat-sifat yang terpuji.
No comments:
Post a Comment