Negara kita, Malaysia sememangnya tersohor dalam kalangan pelancong kerana Malaysia kaya dengan tempat percutian yang menarik lagi indah. Sebagai analoginya, terdapat pelbagai tempat dan lokasi yang menarik yang mesti rakyat Malaysia nikmati seperti I-City di Shah Alam, Istana Budaya di Kuala Lumpur, Pulau Langkawi di Kedah, dan lain-lain tempat lagi. Keindahan kawasan percutian ini telah memukau rakyat kita untuk melancong sebagai langkah mengisi masa cuti. Kendatipun demikian, rakyat Malaysia seyogianya meluangkan masa cuti dengan aktiviti yang bermanfaat agar rakyat mendapat pengalaman yang penuh bermakna dalam hidup. Dalam sesebuah keluarga juga wujud perasaan kasih sayang yang lebih mendalam dalam kalangan ahli keluarga sekiranya waktu cuti diamalkan dengan efisien sekali. Tidak dapat disangkal bahawa percutian ini dapat mengeratkan silaturahim malah menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi negara.Sedasawarsa ini juga kita dapat menyaksikan bahawa warga tanah air kita memenuhi waktu cuti yang terluang dengan beraneka cara bak kata peribahasa, jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman.Oleh itu,pelbagai usaha rakyat mengisi masa cuti yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci.
this is so nice im going to copy and paste this for my homework
ReplyDelete