Para cendekiawan berpendapat bahawa golongan belia pada alaf ini dipenuhi dengan pelbagai cabaran untuk menjamin kebahagiaan keluarga.Usaha pasti akan membuahkan hasil,bak kata peribahasa,usaha tangga kejayaan,jikalau pemuda dan pemudi mengambil pelbagai langkah yang efektif dengan segera untuk memenuhi kehendak keluarga.Kita sememangnya tidak dapat menyangkal bahawa semua ibu bapa di seantero dunia mahu melihat cahaya mata mereka berjaya.Sejajar dengan itu,remaja haruslah bertungkus-lumus untuk belajar bersungguh-sungguh serta mendapat kecemerlangan dalam akademik dan bukannya mensia-siakan usaha ibu bapa yang telah memberi kita pendidikan.Selain itu,golongan belia haruslah mempunyai pekerjaan yang stabil agar tidak menjadi,bak kata peribahasa,itik diajarkan berenang, dan seterusnya memberikan sebahagian daripada gaji kita kepada ibu bapa supaya orang tua kita dapat meneruskan kehidupan dengan sejahtera.Bukan itu sahaja,remaja patut mempuyai akhlak dan peribadi yang baik.Tamsilnya,remaja harus mengelakkan daripada menengking atau meninggikan suara kepada ibu bapa lantaran perangai tersebut akan menyakiti hati mereka sebaliknya remaja haruskah berkomunikasi dan bertutur dengan sopan dan menghormati ibu bapa kita.Remaja juga mesti mengelakkan daripada terjebak dalam aktiviti negatif yang boleh mencukur kepala keluarga seperti berpeleseran di pusat membeli-belah dan merempit.Di samping itu,remaja wajar bergiat aktif dalam meraikan hari-hari penting seperti hari ulang tahun ahli keluarga,hari perayaan,dan sebagainya kerana ini akan merapatkan silaturahim antara keluarga dan seterusnya melahirkan keharmonian dan kegembiraan dalam keluarga.Selanjutnya,remaja juga hendaklah membantu adik-beradik mereka atau memberi panduan hidup kepada mereka.Bagi remaja yang merupakan anak sulung,mereka patut mempraktikkan elemen tolak ansur dalam sanubari mereka dengan memberi keutamaan kepada adik mereka.Sudah terang lagi bersuluh,usaha di atas merupakan antara cabaran remaja untuk memelihara kebahagiaan keluarga,bak kata peribahasa,besar-besar istana raja,kecil-kecil pondok sendiri,kendatipun remaja hidup senang tetapi kebahagiaan dapat diperoleh jika kita sentiasa bersama keluarga.
No comments:
Post a Comment