Akhirulkalam, terdapat seribu satu cara untuk kita mengisi masa cuti dengan efisien serta efektif. Lagipun, Malaysia mempunyai pelbagai tempat menarik dan menyeronokkan yang mesti rakyat kunjungi serta rakyat dapat menghargai nikmat yang diberikan Tuhan. Sesungguhnya, Tuhan adalah Maha Berkuasa lagi Maha Pencipta sekalian alam. Oleh itu, kita haruslah bijak mengurus masa cuti kerana masa itu emas dengan menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat misalnya, mengunjungi destinasi percutian Malaysia. Janganlah kita leka meluangkan masa cuti dengan berduduk di hadapan kaca komputer atau melakukan apa-apa yang disukai sahaja kerana ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu. Ahli falsafah George Downing pernah berkata, "Istilah tidak ada masa bukan merupakan alasan jujur kerana pada dasarnya kita semua memiliki masa 24 jam setiap hari. Yang perlu ditingkatkan ialah membahagikan masa dengan lebih cermat". Semoga semua rakyat Malaysia bermula merancangkan aktiviti yang berfaedah untuk masa cuti yang akan datang agar kita tidak terjebak dalam gejala yang negatif.
No comments:
Post a Comment