KUMPULAN 6
Selanjutnya, sumbangan remaja kepada kemakmuran negara juga memberikan cabaran kepada mereka. Sebagai intiha, Kementerian Pemdidikan Malaysia telah merangka perencanaan yang terperinci untuk menambah baik sistem pendidikan yang sedia ada demi membangunkan modal insan yang bakal menerajui pucuk pimpinan dan mengemudikan bahtera kemakmuran negara. Sehubungan dengan itu, kerjasama pelbagai pihak yang bagaikan aur dengan tebing amat diperlukan untuk merealisasikan hasrat khususnya 11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dalam usaha memelihara kesejahteraan negara, terdapat beberapa aspirasi murid yang perlu dicapai oleh generasi muda kini iaitu pengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin serta kemahiran dwibahasa. Sesungguhnya, remaja perlu sentiasa menambah ilmu pengetahuan supaya dapat meningkatkan taraf pemikiran seperti peribahasa yang berbunyi tuntutlah ilmu sehingga ke negara China. Selain daripada itu, remaja juga perlu menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran dwibahasa. Hal ini demikan kerana sekiranya belia dapat menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Ingeris, itu membolehkan mereka dalam mengaitkan pelbagai pengetahuan yang berbeza dan menjana sesuatu pengetahuan yang baharu. Kemudian, sifat kepemimpinan mahupun potensi terpendam masing-masing akan tercungkil. Sebagaimana kita sedia dimaklum, sudah setengah abad kita menghela nafas kemerdekaan, namun remaja di negara kita masih bergelut dengan kemelut social yang melanda. Dukacitanya, kes penyalahgunaan dadah, pelacuran, dan perbuatan maksiat yang terpapar pada dada-dada akhbar seringkali melibatkan golongan belia kita. Satu soalan pasti berlegar-legar di benak fikiran kita, yakni bagaimanakah golongan tersebut yang merupakan pewaris bangsa kepada nusa tercinta ini dapat memimpin negara pada masa hadapan? Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, remaja kini yang bakal membangunkan negara perlulah sedar akan tanggungjawab serta kewajipan masing-masing dan seterusnya membuka minda untuk membezakan intan dan permata supaya tidak terjadi sudah terhantuk baru tengadah. Lantaran itu, remaja patutlah menghayati kisah sejarah sebelum dan selepas Malaysia menggapai kemerdekaan. Usaha ini dilakukan supaya lahirnya jati diri dalam sanubari setiap remaja dan juga bagi memastikan peristiwa 13 Mei tidak berulang sama sekali lantaran sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Seterusnya, sikap menghormati terhadap perbezaan yang wujud antara kaum dan bangsa juga amat penting demi menjaga kemakmuran negara. Tamsilnya, tiga kaum yang terbesar iaitu Melayu, Cina, dan India haruslah saling menghormati antara satu sama lain dan berusaha memurnikan perpaduan antara kaum. Tegasnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa cabaran remaja untuk menjamin kemakmuran negara terletak pada bahu mereka.

No comments:
Post a Comment