Monday, 22 June 2015

KUMPULAN 2 ( EDITED 50% )


Sebab Masalah Sosial dan Tanggungjawab Ibu Bapa 

Dalam dunia era pascaperindustrian dan pasca globalisasi ini manusia tidak terlepas dalam mengejar kekayaan duniawi, maka tidak hairanlah kes gejala sosial remaja semakin meningkat saban hari. Sejak dua tiga dekad belakangan ini memang kita dapat menyaksikan kes gejala sosial remaja seperti penyalahgunaan dadah, lari daripada rumah, dan merokok sering terpampang dan terhidang di dada-dada akhbar dan tersiar melalui kaca televisyen. Seandainya teradapat pihak yang berpendapat bahawa masalah ini sering timbul dan bersinonim dengan faktor kurangnya didikan agama, maka faktor ini tidak seharusnya dipandang remeh begitu sahaja. Semestinya masyarakat sekeliling akan menunding jari ke arah ibu bapa kerana mereka merupakan pencorak sahsiah remaja. Maka apakah punca masalah ini terjadi dan apakah tanggungjawab ibu bapa dalam menangani masalah ini?

Umum mengetahui bahawa faktor remaja terjerumus ke dalam masalah sosial adalah kerana ibu bapa terlalu mengejar  hidupan duniawi daripada akhirat. Misalnya, ibu bapa yang terlalu bimbang akan masa depan anak mereka sehinggakan alpa dalam ajaran agama kepada anak-anak. Faktor ini sering menjadi punca remaja terdesak dan memilih untuk terjun ke kancah permasalahan sosial sebagai tanda pemberontakan dan cara melepaskan tekanan daripada harapan yang menggunung itu. Namun begitu, ibu bapa haruslah menitikberatkan agama terlebih dahulu bagi memastikan anak berjaya di dunia mahupun di akhirat. Sesetangah ibu bapa berpendapat bahawa ilmu agama tidak dapat menjamin masa depan yang cerah untuk anak mereka tetapi sebaliknya ilmu agama digandingkan dengan ilmu dunia akan menjamin kebahagiaan anak mereka pada masa depan. Hal ini jelaslah bahawa sebab masalah gejala sosial berlaku kerana ibu bapa terlalu mengejar hidupan duniawi berbanding dengan akhirat.

Sebagaimana yang kita maklumi, ibu bapa yang tiada pegangan agama yang utuh secara tidak langsung akan menyebabkan anak-anak terlibat dalam kancah gejala social. Hal ini dikatakan demikian kerana agama menjadi tombak perisai yang ampuh membentengi remaja daripada sebarang anasir negatif. Misalnya, ibu bapa yang tidak pernah solat, suka minum arak, dan ibu bapa yang tidak mempamerkan gaya hidup yang dianjurkan agama mereka akan menghumban anak mereka ke kancah negatif itu. Bapa borek anak rintik, anak-anak akan mencontohi setiap kelakuan ibu bapa mereka. Jika ibu bapa tidak pernah mengerjakan solat maka adakah anak akan melakukan ibadah tersebut?. Ibu bapa yang minum arak sudah pasti akan melahirkan kaki botol. Jika kelakuan ini berpanjangan sehingga mereka dewasa, maka hancurlah masa depan mereka sebagai seorang insan yang bersahsiah tinggi dan bermoral. Oleh itu, ibu bapa hendaklah mempersiap diri anak dengan agama agar mereka terselamat daripada permasalahan sosial yang merunsing ini. Tegasnya, ilmu agama ibu bapa yang ceterk telah menyumbang ke arah kemelut sosial.

Tiada penyakit yang tidak ada penawarnya, ibu bapa perlulah manjalankan tanggungjawab mereka dengan sepenuh hati untuk meningkatkan kemahuan anak mereka untuk mempelajari pengajaran agama. Tanggungjawab ibu bapa untuk menangani masalah ini termasuklah menonjolkan teladan baik untuk anak- anak. Ibu bapa hendaklah mengingatkan kata- kata orang tua iaitu ke mana tumpahnya kuah jika bukan pada nasi, oleh itu ibu bapa perlulah sentiasa menonjolkan teladan yang baik kepada anak mereka seperti mengerjakan solat pada setiap hari atau membacakan doa sebelum menjamu selera supaya dicontohi oleh anak. Hal ini secara tidak langsung dapat menambahkan keminatan anak- anak mempelajari ilmu keagamaan. Tambahan pula, ibu bapa juga boleh mengajar anak- anak untuk mengerjakan solat di surau pada setiap hari Jumaat dan menghadiri aktivti keaagamaan bersama-sama. Tindakan tersebut umpama usaha serampang dua mata kerana bukan sahaja dapat mengelak anak terlibat dalam kancah sosial malah dapat meningkatkan keinginan anak- anak mempelajari ilmu keagamaan dan seterusnya dapat mengeratkan hubungan silaturahim, hal ini selaras dengan peribahasa serampang dua mata. Deduktifnya, uslub perlu diambilkan oleh ibu bapa untuk mengatasi masalah remaja yang kekurangan didikan agama.

Sekiranya ditinjau dalam skop yang lebih holistik, ibu bapa juga memikul tanggungjawab dalam memberi didikan agama dan memupuk nilai murni dalam diri remaja. kata pujangga ada mengatakan bahawa anak ibarat kain yang putih adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorakkannya. Dalam mendepani pengaruh asing yang bermula daripada riak kecil sehinggalah gelombang besar, didikan agama yang kukuh akan menjadi tombak perisai yang ampuh membentengi remaja daripada sebarang anasir negatif. Didikan agama dan pemupukan nilai ketimuran haruslah bermula dari peringkat akar umbi selaras dengan ungkapan melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa perlulah menyahut seruan Perdana Menteri kita yang mengilhamkan prinsip Islam Hadari. Dalam prinsip ini, didikan agama diperdanakan untuk membentuk peribadi mulia anak. Tuntasnya, didikan agama dan nilai-nilai murni wajar dimulakan di peringkat keluarga agar dapat membimbing remaja yang keliru antara kaca dengan permata ke arah kebaikan.


Sebagai intiha, sudah terang lagi bersuluh bahawa agama dan moral amatlah penting dalam kehidupan sosial masyarakat zaman ini. Sehubungan dengan itu ibu bapa hendaklah memberi penekanan kepada ajaran agama dalam mendidik anak kerana tanpa agama tidak akan wujud sahsiah dan nilai murni dalam kehidupan masyarakat. Ini selaras dengan apa-apa yang dinyatakan oleh tokoh sejarawan iaitu tamadun haruslah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah dan penting untuk mengukur tahap ketamadun sesebuah masyarakat. Semoga pewaris negara ini  dapat menjadi peneraju pemimpin yang bersahsiah tinggi dan berakhlak mulia berbekalkan ilmu agama yang merupakan salah satu aspirasi murid iaitu etika dan kerohanian dalam membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.

No comments:

Post a Comment