Sunday, 8 February 2015

Kumpulan 5: Cara-cara menjadi pengguna yang bijak

  Dalam generasi yang makin dibanjiri dengan gajet-gajet,mendapatkan maklumat telah dibuat makin mudah.Sebarang jenis maklumat boleh didapati dengan melayari internet yang boleh diakses melalui telefon pintar. Dengan itu, seseorang pengguna mampu mendekatkan diri tentang perkembangan dan berita-berita terkini tentang makanan dan minuman melalui internet.Bukan itu sahaja, pengguna tersebut dapat memperolehi maklumat-maklumat dengan lebih pantas berbanding dengan mendengar berita di radio ataupun di kaca televisyen.Sebagai contoh, insiden epal 'Granny Smiths' dan 'Gala Variety' yang diimport dari Amerika Syarikat yang dipercayai mengandungi virus listeriosis yang akan mengakibatkan demam panas, pening kepala, kekejangan otot di tengkuk dan nausea.Namun, maklumat tersebut dapat disebar dengan segera melalui rangkaian sosial seperti Twitter, Facebook dan Whatsapp. Sikap serumpan bak serai, sesusun bak sirih ini telah mengelak masyarakat dari menjangkiti virus yang berbahaya itu dengan segera dan efisyen. Tetapi kepada yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing,berita-berita palsu yang disampaikan oleh segelintir pengguna yang tidak bermoral ini telah membuat masyarakat kurang yakin berita-berita yang disebarkan.Amatlah diharapkan bahawa si pelaku kepada perkara yang tidak bermoral ini berhenti menyebarkan maklumat-maklumat palsu agar masyarakat mampu menerima maklumat penting tentang makanan dan minuman.Tuntasnya,kita mampu menjadi pengguna yang bijak dengan mendekatkan diri dengan berita-berita  serta berkembangan terhadap makanan dan minuman.

Tidak dapat dinafikan bahawa kesilapan mempamerkan barangan yang rosak, kemik atau melepasi tarikh luput adalah disebabkan oleh sikap kelalaian dan ketidaktanggungjawaban para pekerja. Kesalahan ini bukan sahaja diketahui oleh para pengguna malah sebarang tindakan tidak diambil untuk mencegah kesilapan ini daripada berulang lagi. Oleh itu , para pengguna mestilah membuat aduan kepada pengurus atau wakil yang bertugas untuk menjadi pengguna yang bijak. Langkah yang bertimbang rasa ini dapat menyelamatkan ramai pengguna yang lain dari segi kesihatan. Bak kata peribahasa, alang-alang berdakwat biar hitam kerana sikap yang tidak berhati perut ini akan memudaratkan kesihatan ramai pengguna jika tidak dibendung. Jika sikap bagai melepaskan batuk di tangga ini diteruskan dan diabaikan, perkara ini akan semakin berleluasa dan berkemungkinan menjatuhkan maruah negara. Tidak dilupakan juga tanggapan negara lain terhadap sikap masayrakat kita juga dipandang negatif dan akan memberi kesan yang tidak diingini. Sebagai rumusan, para pengguna yang bijak perlulah bersikap berwaspada dan bertanggungjawab agar negara kita bebas daripada unsur yang tidak sihat. Tegasnya, jadilah pengguna yang bijak dengan melakukan perkara yang betul dan tidak melepas tangan jika ternampak suatu kesalahan yang nyata.  

Selain itu, pengguna juga perlu bertindak dengan lebih agresif bagi mengetahui hak- hak mereka untuk menjadi pengguna yang bijak. Hal ini dapat mengelakkan pengguna tertipu oleh para penjual. Bak kata peribahasa, sediakan payung sebelum hujan, mereka perlu menghadiri kursus- kursus atau bengkel- bengkel yang telah dianjurkan oleh Persatuan Pengguna. Bengkel- bengkel ini bertujuan untuk menyampaikan pengetahuan yang lebih lanjut tentang hak- hak pengguna. Hal in akan mengelakkan berlakunya penipuan dalam kalangan penjual terhadap pembeli. Pengguna juga akan menjadi lebih berwaspada ketika ingin membeli sesuatu barangan. Sekiranya mereka tetap ditipu juga, mereka akan mengetahui bahawa mereka mempunyai hak untuk membuat aduan tentang sesuatu produk belian yang mereka bertidak puas hati. Persatuan Pengguna yang menerima aduan berkenaan seterusnya akan mengambil tindakan yang wajar terhadap penjual tersebut sama ada dengan menyaman mereka ataupun menyebabkan penjual tersebut terpaksa “tutup kedai”. Perkara ini tentu akan memberikan impak yang mendalam terhadap penjual lalu beragak- agak sebelum cuba memperdayakan para pembeli lagi. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa para pengguna dapat menghindarkan diri mereka daripada diperdayakan oleh penjual dengan berusaha untuk mengambil tahu tentang hak- hak mereka, ini secara langsung akan menjadikan mereka sebagai pengguna yang bijak.

Bak kata peribahasa, hemat pangkal kaya, sia-sia hutang tumbuh, pengguna yang bijak seharusnya berjimat cermat ketika ingin membelikan sesuatu barangan. Pengguna patut lebih berwaspada dan peka ketika membeli barang. Bahkan juga, pengguna yang bijak akan membeli barangan yang betul-betul diperlukan dan bukan mengikut nafsu sendiri. Mereka juga tidak akan membazirkan wang dengan membeli barang yang tidak akan mendatangkan apa-apa faedah. Pengguna yang rasional tidak akan mengutamakan barangan yang berjenama kerana akan membawa pembelanjaan yang besar. Konsep hidup sederhana dan tidak mementingkan aspek kebendaan membolehkan kehidupan pengguna lebih selesa dan tenang tanpa sebarang masalah kewangan. Perbandingan harga sesuatu barangan juga harus dibuat oleh pengguna sebelum membelinya. Kadang kala harga barangan sesebuah kedai akan lebih tinggi berbanding dengan kedai yang lain. Penjual yang tidak jujur akan menjual barangan dengan harga yang lebih mahal untuk mengaut keuntungan yang lebih banyak. Walau bagaimanapun, pengguna haruslah memperhatikan kualiti barangan, janganlah tertipu oleh barang yang murah tetapi kualitinya rendah. Kita hendaklah bijak membuat perbandingan bukan sahaja dari segi harga, tetapi dari segi kualiti juga. Tegasnya, amalan berjimat cermat dapat melahirkan pengguna yang bijak untuk mengelakkan pembaziran wang.

  Lain daripada itu, inisiatif yang boleh diambil sebagai pengguna yang bijak adalah menyokong produk tempatan. Kita boleh menyokong produk tempatan dengan membeli bahan- bahan  masakan yang berasal dari malaysia seperti adabi, cap ayam, dan lain lain. Dengan memakai pakaian dibuat dalam Malaysia, kita juga dapat menyokong produk tempatan dan mengkomersialkan produk-produk Malaysia dan budaya kita. Perkara tersebut juga dapat mengurangkan bilangan pengangguran pada masa yang sama. Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri, dengan menyokong produk tanah air kita sendiri, ekonomi nama dapat ditingkatkan dan negara kita dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama negara- negara lain. Tegasnya, dengan menyokong produk tempatan, kita dapat menjadi pengguna yang bijak dalam membantu negara kita sendiri.

1 comment: