Wednesday, 11 February 2015

KUMPULAN SEGITIGA BERMUDA (3)

CARA-CARA MENJADI PENGGUNA YANG BIJAK


        Golongan cendikiawan berpendapat bahawa,tidak membeli barang berharga daripada had pasaran juga merupakan antara cara menjadi pengguna yang bijak .Kini,kita dapat tahu bahawa peniaga dan para ushahwan sengaja menjual barang dengan harga yang tinggi daripada harga had pasaran .Sebagai contoh barangan asas , barangan kosmetik,pakaian dan, lain lain. Mereka melakukan kegiatan ini semata-mata untuk meraut keuntungan. Para peniaga dan usahawan juga menjual barang dengan istilah-istilah menarik perhatian pelanggan seperti barangan berkualiti,berjenama,bervitamin dan sebagainya. Sebagai pengguna yang bijak ,kita perlu sentiasa was-was dan elakkan diri daripada membeli barangan yang berharga daripada harga had pasaran.Dengan cara ini kita juga dapat menyelmatkan diri daripada tipu helah peniaga dan usahawan di luar sana.Tegasnya cara ini menjadikan kita seorang pengguna yang dan kerajaan juga telah (isthiarakan) cara ini untuk menjadi pengguna yang bijak melalui ikhlan.

         Seterusnya, seorang pengguna bijak perlu membuat perancangan sebelum membeli barangan kerana apabila pengguna membeli barangan tanpa perancangan boleh menyebabkan mereka mengalami kerugian atau berlakunya unsur boros  semasa berbelanja.Mereka harus mempunyai catatan sepanjang berbelanja. Antara keutamaan semasa merancang perbelanjaan termasuklah pengguna dapat menumpukan terhadap barang yang diperlukan terlebih dahulu semasa berbelanja. Secara langsung, pengguna dapat membuat perbandingan perbelanjaan pada setiap bulan.Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan berlakunya sebarang pembaziran dan masalah kewangan, jesteru masyarakat wajar berpegang pada peribahasa berjimat sebelum terlambat, beringat sebelum terkena.

        
Kita tidak sememangnya menolak hakikat bahawa,pengguna harus berjimat-cermat untuk mengatasi kemelut ini.Hal ini demikian kerana,pada zaman kini,pengguna tidak mengamalkan amalan berjimat-cermat semasa berbelanja.Bah kata pepatah beringat sebelum kena dan berjimat sebelum habis.Pengguna harus berjimat-cermat ketika berbelanja dengan membuat perancangan perbelanjaan terlebih dahulu.Dalam membuat perancangan perbelanjaan ithu,pengguna perlu mengutamakan pembelian keperluan asas daripada kehendaknya. Mereka perlu membuat perbandingan harga dan mutu barangan tanpa terburu-buru membuat keputusan semasa membeli sesuatu barang. Bukan sahaja membeli keperluan asas,pengguna juga harus berbelanja mengikut kemampuan dan tidak mengikut perasaan atau orang lain.  

        Pengguna yang bijak akan membeli barangan yang murah dan berkualiti. Barangan yang murah dan berkualiti tidak semestinya barangan import kerana barang-barang import adakalanya lebih rendah kualitinya daripada barangan tempatan. Barangan importy seperti makanan dan pakaian dari Thailand, China dan Taiwan amat rendah kualitinya. Namun, masih banyak orang yang membelinya kerana harganya yang murah. Pengguna yang bijak seharusnya peka dengan perkembangan semasa, terutama mengenai kualiti barangan import. Mereka seharusnya meneliti label atau kandungan sesuatu barangan untuk menentukan kualiti, penggunaan bahan kimia dan lain-lain. Seorang pengguna yang bijak harus berpegang kepasa konsep alah membeli menang memakai.

No comments:

Post a Comment