Selain itu , prakarsa lain untuk menjadi pengguna yang bijak ialah pengguna seharusnya menghadiri kelas kepenggunaan yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan -Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA). Hal ini demikian kerana kelas ini membuka mata pengguna tentang formula yang perlu mereka pratikkan untuk menjadi pengguna yang bijak. Sebagai contoh, pengguna akan diajar untuk merancang sebelum membuat pembelian , membeli barangan yang mereka mampu sahaja malah mereka digalakkan untuk membeli barangan secara pukal. Kelas kepenggunaan ini juga membantu pengguna mengetahui cara untuk menuntut pampasan sekiranya mereka mendapati barangan atau perkhidmatan yang tidak bermutu diberikan kepada mereka. Sebagai contoh, pengguna diajar untuk membuat aduan ketika menghadapi penyelewengan seperti peniaga menaikkan harga barangan dengan sesuka hati , menjual barang yang sudah luput tarikhnya dan menjual barangan yang boleh mengancam kesihatan mereka. Hal ini demikian kerana pengguna yang bestari akan sentiasa berani menuntut hak mereka sebagai pengguna. Lebih-lebih lagi, kelas ini sebenarnya memberi keyakinan kepada pengguna supaya berani menuntut hak mereka. Tuntasnya, pengguna menghadiri kelas kepenggunaan turut merupakan modus operandi untuk menjadi pengguna yang bestari.
Di samping itu , pengguna yang bijak akan membuat analisa barangan yang hendak dibeli dengan lebih teliti.Kebanyakan pengguna kini mengambil ringan semasa membuat sesuatu pembelian.Tanpa mereka sedari, tindakan mereka itu hanya merugikan mereka.Sebagai pengguna bestari, analisis barangan boleh dilaksanakan dengan membandingkan beberapa produk dan memilih barangan yang berpatutan harganya.Sebagai contoh, kita boleh beli produk tenusu yang berlainan jenama agar kita tidak membeli produk yang mahal berikutan jenamanya yang tersohor sedangkan kualitinya setaraf dengan produk lain. Namun begitu, bukan semua barang yang murah harganya akan mempunyai kualiti yang baik. Oleh itu, pengguna harus membuat keputusan yang bijak dalam memilih barang yang berkualiti. PeribahasaโโAlang-alang mandi biar basahโโ mengingatkan kita agar membuat analisis barangan dengan lebih fokus,bukan hanya dengan membuta tuli sahaja. Tegasnya, pengguna bijak senantiasa membuat analisa barangan yang hendak dibeli oleh mereka .
Perbincangan diteruskan lagi dengan memperkatakan cara pengguna membuat pemilihan perkhidmatan terbaik dalam kehidupan seharian. Sebagai mana yang kita sedia maklum, banyak agensi menawarkan perkhidmatan dalam kehidupan seharian kita seperti kemudahan penerbangan, perbankan, komunikasi jalur lebar dan sebagainya. Setiap agensi yang menawarkan perkhidmatan mereka mempunyai kelebihan dan kelemahan. Oleh sebab itu, sebagai pengguna yang bijak mereka boleh menilai syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang baik sebagai pilihan utama. Fokus perbincangan kita tumpukan kepada perkhidmatan penerbangan. Di Malaysia, terdapat beberapa syarikat yang mengendalikan perkhidmatan penerbangan seperti Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Air Asia, Firefly dan sebagainya. Sebagai sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan penerbangan kepada pelanggan sama ada secara domestik mahupun peringkat penerbangan ke luar negara, setiap syarikat berkenaan cuba menambat hati pengguna dengan menawarkan harga berpatutan dengan perkhidmatan terbaik sebelum, semasa dan selepas penerbangan. Justeru, di Malaysia syarikat penerbangan yang berkembang maju ialah Syarikat Penerbangan Air Asia. Hal ini demikian kerana selain menumpukan kepada keuntungan , syarikat ini juga menawarkan harga perkhidmatan berdasarkan kemampuan pengguna atau tambang murah sehingga 50% berbanding dengan tambang perkhidmatan syarikat penerbangan lain. Bahkan juga, syarikat penerbangan Air Asia mengadakan penerbangan yang lebih kerap ke sesuatu destinasi yang menyebabkan pengguna boleh pergi ke destinasi mereka dengan lebih mudah pada setiap masa. Tambahan pula, bukan semua pengguna adalah dalam kalangan orang berada dan ini menyebabkan pengguna yang bijak akan memilih syarikat penerbangan seperti itu untuk menuju ke destinasi mereka tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak atas perkhidmatan yang diterima. Secara langsung juga, melalui perkhidmatan yang murah seperti ini akan menarik pelancong bak kata peribahasa , di mana ada gula di situ ada semut . Tegasnya di sini, pengguna yang bijak akan memilih perkhidmatan terbaik tanpa perlu berbelanja banyak.
Satu daripada cara untuk menjadi pengguna yang bijak termasuklah pengguna mestilah merancang sebelum membeli barang. Merancang sebelum membeli adalah amalan yang dilakukan oleh semua pengguna untuk menentukan sama ada barang yang hendak dibeli itu wajar dibeli ataupun tidak. Beberapa perancangan yang boleh dilakukan oleh semua pengguna termasuklah membuat senarai barang dengan menyediakan buku catatan sepanjang berbelanja. Dengan buku catatan ini, pengguna dapat mengetahui jumlah perbelanjaan setiap hari dan membolehkan pengguna merancang bajet pembelian agar tidak berlaku sebarang kerugian semasa berbelanja. Selain itu, semua pengguna yang bijak perlu mementingkan keperluan asas terlebih dahulu seperti makanan dan minuman daripada barangan kehendak seperti barang kemas dan kereta mewah. Waktu berbelanja yang paling sesuai untuk pengguna berbelanja adalah semasa terdapat promosi dan diskaun di pasar raya besar . Kesannya, membuat perancangan sebelum membeli boleh mengelakkan pengguna daripada berlakunya pembaziran duit. Tegasnya membuat pilihan tepat merupakan formula yang penting untuk menjadi pengguna yang bijak . Membuat perancangan sebelum berbelanja haruslah dipraktikkan dari awal lagi supaya masalah pembaziran wang dapat dielakkan.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa berjimat cermat adalah inisiatif yang paling berkesan untuk menjadi seorang pengguna bestari. Sebagai contoh, pengguna haruslah memberi keutamaan kepada produk buatan tempatan berbanding dengan produk luar negera ketika berbelanja. Misalnya, kereta Proton serta Perodua , beras Jati,telofon Ninetology, dan lain-lain. Hal ini demikian kerana barangan keluaran tempatan boleh dibeli dengan harga yang lebih murah dan sebenarnya lebih berkualiti. Persepsi yang mengatakan barangan luar negara lebih berkualiti perlu dikikis sama sekali kerana selama ini kita membeli jenama yang kononnya sudah terkenal sedangkan kualiti produk tempatan ternyata lebih mengungguli produk luar negara. Selain itu, pengguna haruslah berjimat cermat dengan berwaspada dalam penggunaan kad kredit. Kad kredit seolah-olah ''ceti teknologi'' kerana ia boleh menyebabkan pemegang terjebak dalam masalah hutang. Oleh hal yang demikian, pengguna janganlah berbelanja sesuka hati dan melepasi had yang telah ditetapkan kerana ini akan menjerat diri sendiri dalam kancah hutang yang berpanjangan dan tidak berkesudahan. Tuntasnya, pengguna haruslah berjimat cermat bagi menjadi seorang pengguna bijak.
Assalamualaikum, kami daripada UPM sedang menjalankan kajian terhadap Penerimaan Pengguna terhadap Produk Industri Kecil Sederhana (IKS) di Pasaraya Malaysia.
ReplyDeleteTerdapat 2 jenis questionnaire yang terdiri daripada bahasa;
Malay Version; http://goo.gl/forms/F7MDgs7Drd
English Version; http://goo.gl/forms/qSe18uErXF
Kami amat menghargai masa anda kerana sudi melengkapkan questionnaire kami
Terima Kasih
Sekian
Universiti Putra Malaysia.
bagus karangan ni
ReplyDeleteWow
ReplyDeleteVery clear๐๐
ReplyDelete๐ค๐ค๐ค๐ค๐ค๐ค๐ค๐ค๐ค๐ค๐ค๐ค๐ค๐ค๐ค๐ค
ReplyDeleteizinkn i copy. thnks
ReplyDeletemantap2
ReplyDelete