Saturday, 17 January 2015

USAHA USAHA MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM ( KUMPULAN 1)



               Dasarwarsa ini , sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap penjuru tentang isu perpaduan kaum. Di Malaysia, kita mempunyai pelbagai kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazandusun. Pihak kerajaan telah betungkus lumus memikirkan seribu satu cara untuk mengeratkan lagi perpaduan kaum agar peristiwa hitam pada 13 Mei yang melanda Negara Malaysia tidak berulang lagi. Persoalannnya , apakah strategi yang boleh dilaksanakan demi mewujudkan perpaduan kaum di tanah air tercinta ini?

              Pihak sekolah turut memikul tanggungjawab dalam mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan pelajar. Tindakan ini harus dilakukan oleh setiap guru di sekolah. Sebagai  contoh, para pendidik di sekolah boleh menerapkan nilai perpaduan kaum dalam diri pelajar melalui mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewargenegaraan dan Moral. Bukan sekadar itu, pendidik juga seyogianya mempratikkan nilai perpaduan ini dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini demikian kerana murid akan mudah terpengaruh dengan setiap perkara yang dilihatnya melalui tindakan guru. Tegasnya, semua guru haruslah menunujukkan teladan yang baik kepada pelajar dan mereka harus menjauhi perkara buruk bak kata peribahasa kalau baik jadikan teladan, kalau jahat jadikan sempadan.
 
             Selain itu, modus operandi yang boleh digunakan oleh pihak kerajaan bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat termasuklah menggiatkan kempen kebudayaan bagi menarik minat masyarakat mempelajari budaya kaum lain. Dengan mempelajari budaya kaum lain, masyarakat akan mampu untuk memahami aktiviti kebudayaan kaum lain. Aktiviti yang boleh diadakan semasa kempen tersebut termasuklah pertandingan pakaian tradisional, permainan tradisional, pertandingan tarian tradisional seperti tarian Zapin, Kuda Kepang , Ngajat, Bharata Natyam dan tarian Singa serta pertandingan kuiz berkaitan dengan budaya sesuatu kaum. Dengan melibatkan masyarakat berbilang bangsa dalam sesebuah aktiviti kebudayaan, nilai perpaduan akan dapat disemai sedikit demi sedikit. Orang dahulu selalu berpesan bahawa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit maka perpaduan yang disemai sedikit-sedikit akan menyubur dalam diri masyarakat berbilang kaum hari ini. Tegasnya , kepelbagaian budaya tidak akan dapat menghalang masyarakat pelbagai kaum untuk bersatu padu.
 
Seterusnya , perpaduan kaum dapat diwujudkan dengan mengunjungi rumah terbuka. Pelbagai bangsa berkumpul di bawah satu bumbung menepati harapan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak iaitu Gagasan 1 Malaysia. Bukan itu sahaja , pelbagai juadah enak boleh dihidangkan semasa rumah terbuka tersebut seperti nasi minyak , aneka masakan goreng  , aneka kuih tradisional ,serta makanan kegemaran ramai iaitu ketupat. Perpaduan kaum akan terjalin secara tidak langsung sambil mereka menikmati juadah yang diadakan . Intim perpaduan yang diwujudkan dengan mengunjungi rumah terbuka dapat menjamin kedamaian di Malaysia demi jangka masa yang lebih lama bak kata mutiara Melayu bersatu teguh,bercerai roboh. Tegasnya, rumah terbuka bukan sahaja didefinisikan sebagai juadah yang enak dan mampu membuatkan orang terliur, malahan tindakan ini juga ditafsirkan sebagai perpaduan kaum akan terjalin dengan lebih erat. 
           
           Tuntasnya, berbagai-bagai pendekatan yang boleh diambil bagi mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Semua pihak perlu bahu-membahu bagai aur dengan tebing agar nilai perpaduan dapat diterapkan dalam kalangan generasi muda kini kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Sebagai pemimpin masa hadapan,generasi muda seharusnya memiliki sikap perpaduan dalam diri mereka. Hal ini demikian kerana pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara. Hal ini juga secara tidak langsung memudahkan kerajaan dalam mencapai visi kudsi Gagasan 1 Malaysia pada masa hadapan.

 

1 comment: