Usaha memajukan Inap Desa
Ditaip oleh: Ali Ismail
Industri inap desa yang juga dikenali dnegan nama 'homestay' merupakan satu konsep percutian dengan cara menerokai dan merasai sendiri pengalaman gaya hidup di sebuah kampung.Pelancong dari luar negara mahupun pelancong domestik akan tinggal bersama-sama keluarga angkat untuk tempoh tertentu.Industri inap desu telah menjadi sebuah sektor ekonomi yang berpotensi untuk menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).Industri ini mendapat perhatian yang khusus oleh masyarakat dan acap kali menjadi polemik di dada-dada akhbar bak kata peribahasa melayu,'cendawan tumbuh selepas hujan'.Persoalannya,apakah pemangkin yang menyebabkan masyarakat untuk memilih inap desa sebagai tempat tinggal?Sudah terang lagi bersuluh.Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai puncanya.
Jika dilihat dari akar umbinya,kemajuan pembangunan prasarana merupakan antara faktor masyarakat memilih untuk tinggal di inap desa kemudahan prasarana yang lengkap dan kondusif seperti adanya bekalan elektrik,televisyen,dapur masak dan sebagainya di rumah yang disewa sudah tentu menarik perhatian pelancong luar untuk menyewa di kawasan inap desa.Lebih-lebih lagi,harga yang ditawarkan murah dan berbaloi setaraf dengan perkhidmatan yang disediakan.Selain itu,struktur pembinaan rumah sewa yang menepati seni bina tradisional mengikut negeri di kawasan itu menjadi seni bina rumah Minangkabau yang terdapat di Negeri Sembilan.Menginap di rumah tradisional memberi suatu pengalaman yang baharu bagi mengunjung.Oleh itu,pembagunan prasarana merupakan sebab masyarakat memilih tinggal di inap desa ketika melancong.
Kajian yang sahih lagi tepat menyatakan bahawa punca masyarakat memilih untuk menginap di inap desa ketika melancong termasuklah terdapat pelbagai aktiviti yang menarik.Masyarakat setempat telah memberi komitmen dan perhatian yang tidak berbelah bahagi dalam hal ini seperti hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah untuk mempromosikan budaya tempatan melalui pelbagai alternatif.Masyarakat setempat akan mempersembahkan tarian tradisional seperti tarian Zapin dan tarian Ngajat atau alatan muzik tradisional seperti rebana dan kompang di kawasan-kawasan pelancongan.Persembahan sebegini terbukti mampu memukau dan mengujakan pelancong asing.Bukan itu sahaja,masyarakat setempat juga akan mengajar cara untuk bermain permainan tradisional seperti congkak,gasing dan wau.Pelancong juga akan dihiburkan dengan persembahan wayang kulit dan mengenali gaya hidup budaya tempatan seperti cara mereka makan dan aktiviti harian yang lain.Jelasnya,dengan wujudnya aktiviti-aktiviti sebegini,sudah pasti pelancong akan mengunjungi kawasan tersebut untuk mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti tersebut.Tegasnya,dengan adanya aktiviti menarik,pelancong akan menginap di inap desa.
Kita sememangnya tidak dapat menyangkal bahawa kempen yang berkesan merupakan punca masyarakat memilih untuk tinggal di inap desa.Pihak kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen yang efektif dan menyeluruh melalui media massa cetak mahupun media massa elektronik untuk mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada pelancong sama ada dalam atau luar negeri.Sebagai contoh,kempen ''1 Malaysia Green,1 Malaysia Clean'' yang bertempat di Inap Desa Po'Ai di Sri Aman.Dengan ini,keunikan dan kelebihan sesebuah desa dapat disebar luas kepada masyarakat dengan cepat dan tepat.Lebih-lebih lagi,kerajaan telah membina laman sesawang yang mengandungi pelbagai informasi tentang keistimewaan sesebuah desa untuk disebarkan kepada pelancong.Jadi pelancong akan sentiasa dimaklumkan tentang pelancongan inap desa.Oleh itu,kempen yang berkesan merupakan punca pelancong memilih untuk tinggal di inap desa.
Konklusinya,sebab yang diutarakan di atas membuka fikiran pelancong untuk memilih inap desa sebagai tempat melancong.Oleh itu,senua pihak haruslah berganding bahu dan bersinergi bagai aur dengan tebing untuk memajukan industri inap desa di Malaysia kerana tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.Bukan itu sahaja,kerjasama oleh semua pihak harus ada supaya industri inap desa dapat dikekalkan hak peribahasa melayu,tak lapuk dek hujan,tak cekang dek panas supaya generasi akan datang dapat menikmati gaya hidup orang desa.
Ditaip oleh: Ali Ismail
No comments:
Post a Comment