Majlis Belia Malaysia (MBM)
PENGENALAN
Majlis
Belia Malaysia (MBM) ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan
bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan
pelajar di negara ini. Penubuhan rasmi MBM adalah pada 9 September 1950
apabila Perlembagaan MBM diterima dan Sdr. F.C Arulanandum telah
terpilih sebagai Presiden MBM yang pertama. MBM telah didaftarkan di
bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).
MBM
juga turut diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan induk pertubuhan belia
di peringkat kebangsaan seperti dinyatakan di bawah seksyen 49 (1) Akta
668 dan ianya ditubuhkan dengan tujuan untuk mengalakkan kemajuan belia
yang seimbang di semua bidang ekonomi, sosial, mental, fizikal, akhlak
dan politik. Di samping itu MBM juga bertujuan untuk memupuk perasaan
kebangsaan dan semangat bekerja dengan penuh dedikasi untuk kepentingan
masyarakat serta negara dan dengan itu melengkapkan diri mereka agar
dapat hidup sebagai warga negara yang matang, kreatif, proaktif dan
bertanggungjawab.
OBJEKTIF
Objektif-objektif utama majlis ialah :
Menggalakkan dan mendorong pertubuhan belia supaya memainkan peranan yang positif dan berkesan kepada masyarakat dan negara.
Merangsang
dan mewujudkan perhubungan, kerjasama, persefahaman dan persahabatan
antara pertubuhan belia dengan belia atau dengan pertubuhan belia
antarabangsa.
Menggalakkan kemajuan pertubuhan belia yang seimbang dalam pelbagai bidang.
Memupuk sikap bertanggungjawab, semangat patriotisme dan kesukarelawanan di kalangan pertubuhan belia.
Menganjurkan
dan mengalakkan minat untuk kesuburan rohani, jasmani, ekonomi dan
pendidikan belia di kalangan badan-badan yang mempunyai minat dalam
perkara ini.
Bekerja rapat dengan badan-badan yang bertanggungjawab berkenaan hal ehwal belia untuk kepentingan pergerakan belia.
KEAHLIAN
Keahlian
MBM adalah terbuka kepada pertubuhan-pertubuhan belia kebangsaan dan
Majlis-Majlis Belia Negeri di Malaysia yang mendukung matlamat serta
usaha MBM.
Sesebuah
pertubuhan belia kebangsaan layak menjadi badan gabungan jika ia
mempunyai tidak kurang dari 20,000 ahli perseorangan dan bergerak
sekurang-kurangnya di enam daripada empat belas buah negeri di Malaysia.
Pertubuhan
itu juga hendaklah demokratik, dan bergerak sebagai pertubuhan
sukarela, menjalankan urusan-urusan dengan berdikari dan memberikan
peluang sepenuhnya kepada semua ahli untuk mengambil bahagian yang wajar
dalam semua kegiatan, di samping keahlian itu terbuka kepada semua
warganegara Malaysia.
Sekarang
ini terdapat 38 buah badan kebangsaan dan majlis belia negeri serta
sebuah badan bersekutu yang bergabung dengan MBM (hampir kesemua
pertubuhan belia di Malaysia) dengan jumlah ahli perseorangan tidak
kurang dari 3 juta orang.
Organisasi
belia kebangsaan terbahagi kepada empat kategori iaitu; Organisasi
Belia Biasa, Organisasi Belia Beruniform, Organisasi Belia Agama dan
Organisasi Belia Pelajar.
i. Organisasi Belia Biasa
Organisasi
Belia Biasa ini merupakan pertubuhan belia yang memberi tumpuan kepada
aktiviti sosio-ekonomi. Mereka merupakan kumpulan yang terbesar dan
mempunyai rangkaian di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan kampung
(akar umbi). Antara persatuan yang terlibat dalam kategori ini ialah :
1. Gerakan Belia 4B Malaysia
2. Gerakan Belia Bersatu Malaysia
3. Majlis Belia Felda Malaysia
4. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia
5. Pergerakan Pemuda Malaysia
6. Persatuan Asrama Belia Malaysia
7. Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)
8. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
9. Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA)
10. Persatuan Belia Sikh Malaysia
11. Persatuan Belia Thai Malaysia
13. Junior Chamber Malaysia
14. Majlis Belia India Malaysia
15. Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia
2. Gerakan Belia Bersatu Malaysia
3. Majlis Belia Felda Malaysia
4. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia
5. Pergerakan Pemuda Malaysia
6. Persatuan Asrama Belia Malaysia
7. Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)
8. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
9. Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA)
10. Persatuan Belia Sikh Malaysia
11. Persatuan Belia Thai Malaysia
13. Junior Chamber Malaysia
14. Majlis Belia India Malaysia
15. Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia
ii. Organisasi Belia Beruniform
Organisasi
belia beruniform kebanyakannya ditubuhkan di zaman penjajahan British
pada awal abad ke 20. Aktiviti organisasi ini lebih tertumpu kepada
gerakan perkhidmatan dan sosial. Kebanyakan organisasi pertubuhan dalam
kategori ini terdapat di sekolah-sekolah dan institusi-institusi
pendidikan. Persatuan-persatuan tersebut ialah :
1. Briged Putera Malaysia
2. Briged Puteri Malaysia
3. Persatuan Pandu Puteri Malaysia
4. Persekutuan Pengakap Malaysia
5. St. John Ambulans Malaysia
6. Pergerakan Puteri Islam Malaysia
2. Briged Puteri Malaysia
3. Persatuan Pandu Puteri Malaysia
4. Persekutuan Pengakap Malaysia
5. St. John Ambulans Malaysia
6. Pergerakan Puteri Islam Malaysia
iii. Organisasi Belia Agama
Organisasi
yang terletak di bawah kategori ini menjadikan agama sebagai landasan
gerakan mereka. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk
meningkatkan kefahaman dan mengamalkan hidup beragama di kalangan
ahli-ahli. Persatuan-persatuan yang tergolong dalam kategori ini ialah :
1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
2. Persaudaraan Belia Methodist Malaysia
3. Persatuan Pemuda Kristian (YMCA)
4. Majlis Belia Hindu Malaysia
5. Persatuan Belia Buddhist Malaysia
2. Persaudaraan Belia Methodist Malaysia
3. Persatuan Pemuda Kristian (YMCA)
4. Majlis Belia Hindu Malaysia
5. Persatuan Belia Buddhist Malaysia
iv. Organisasi Belia Pelajar
Organisasi
belia yang termasuk dalam kategori ini kebanyakkan daripada golongan
masyarakat melayu. Matlamat mereka ialah bagi memperkembangkan kemajuan
pendidikan belia pelajar yang sedang melalui alam persekolahan atau yang
tercicir dalam bidang pendidikan. Persatuan belia yang termasuk dalam
kategori ini ialah :
1. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
2. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
2. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
v. Majlis Belia Negeri
Majlis
Belia Negeri merupakan badan penyelaras belia peringkat negeri. Kecuali
Sabah dan Sarawak, semua negeri-negeri mempunyai majlis belia negeri
masing-masing.
BADAN GABUNGAN MBM
1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
2. Briged Putera Malaysia
3. Briged Puteri Malaysia
4. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
5. Gerakan Belia 4B Malaysia
6. Gerakan Belia Bersatu Malaysia
7. Majlis Belia Felda Malaysia
8. Majlis Belia Hindu Malaysia
9. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia
10. Pergerakan Pemuda Malaysia
11. Persatuan Asrama Belia Malaysia
12. Persatuan Belia Buddhist Malaysia
13. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
14. Persatuan Pandu Puteri Malaysia
15. Persaudaraan Belia Methodist Malaysia
16. Persekutuan Pengakap Malaysia
17. St. John Ambulans Malaysia
18. Persatuan Pemuda Kristian (YMCA)
19. Pergerakan Puteri Islam Malaysia
20. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
21. Majlis Belia Negeri Perlis
22. Majlis Belia Negeri Kedah
23. Majlis Belia Negeri Pulau Pinang
24. Majlis Belia Negeri Perak
25. Majlis Belia Selangor
26. Majlis Belia Negeri Sembilan
27. Majlis Gabungan Belia Melaka
28. Majlis Belia Negeri Johor
29. Majlis Belia Negeri Pahang
30. Majlis Belia Negeri Terengganu
31. Majlis Belia Negeri Kelantan
32. Majlis Belia Wilayah Persekutuan
33. Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)
34. Majlis Belia Sabah
35. Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA)
36. Majlis Belia India Malaysia
37.Junior Chamber International Malaysia
38.Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia
2. Briged Putera Malaysia
3. Briged Puteri Malaysia
4. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
5. Gerakan Belia 4B Malaysia
6. Gerakan Belia Bersatu Malaysia
7. Majlis Belia Felda Malaysia
8. Majlis Belia Hindu Malaysia
9. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia
10. Pergerakan Pemuda Malaysia
11. Persatuan Asrama Belia Malaysia
12. Persatuan Belia Buddhist Malaysia
13. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
14. Persatuan Pandu Puteri Malaysia
15. Persaudaraan Belia Methodist Malaysia
16. Persekutuan Pengakap Malaysia
17. St. John Ambulans Malaysia
18. Persatuan Pemuda Kristian (YMCA)
19. Pergerakan Puteri Islam Malaysia
20. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
21. Majlis Belia Negeri Perlis
22. Majlis Belia Negeri Kedah
23. Majlis Belia Negeri Pulau Pinang
24. Majlis Belia Negeri Perak
25. Majlis Belia Selangor
26. Majlis Belia Negeri Sembilan
27. Majlis Gabungan Belia Melaka
28. Majlis Belia Negeri Johor
29. Majlis Belia Negeri Pahang
30. Majlis Belia Negeri Terengganu
31. Majlis Belia Negeri Kelantan
32. Majlis Belia Wilayah Persekutuan
33. Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)
34. Majlis Belia Sabah
35. Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA)
36. Majlis Belia India Malaysia
37.Junior Chamber International Malaysia
38.Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia
BADAN BERSEKUTU MBM
39. Persatuan Belia Sikh Malaysia
PERHUBUNGAN
i. Hubungan dengan Kerajaan
MBM
mempunyai hubungan yang erat dengan kerajaan, terutamanya melalui
Kementerian Belia dan Sukan dalam hal-hal yang bersangkutan dengan belia
dan gerakan belia. MBM juga turut bekerjasama dengan lain-lain agensi
kerajaan samada sebagai perunding atau jawatankuasa dalam beberapa badan
yang ditubuhkan oleh agensi berkenaan.
ii. Hubungan dengan lain-lain badan bukan kerajaan
MBM
saling menjalinkan hubungan baik dengan lain-lain agensi bukan kerajaan
seperti Persatuan Pengguna, Alam Sekitar, PEMADAM, Pergerakan Wanita,
Persatuan Kebajikan, Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia, dan
sebagainya.
iii. Hubungan dengan Pertubuhan Antarabangsa
Dalam
hubungan antarabangsa, MBM mengamalkan Dasar terbuka dan liberal tetapi
selari dengan Dasar Luar Negara kerajaan. MBM sentiasa memperkukuhkan
hubungan antarabangsanya di samping terlibat secara aktif menyertai
program-program antarabangsa yang dianjurkan.
Keutamaan
hubungan antarabangsa MBM ialah melalui pertubuhan peringkat
sub-regional, regional dan antarabangsa lainnya. Dalam hal ini,
pertubuhan-pertubuhan yang menjadi keutamaan MBM dalam Dasar Luarnya
adalah CAYC, AYC, WAY dan lain-lain.
STRUKTUR
Perhimpunan
Agung merupakan peringkat tertinggi dalam menentukan dasar dan
pendirian Majlis, Perhimpunan yang bersidang setahun sekali ini juga
bertanggungjawab memilih ahli-ahli Jawatankuasa Kerja, menerima dan
meluluskan laporan tahunan, penyata dan neraca kewangan. Setiap badan
gabungan menghantar perwakilan ke Perhimpunan ini.
Di
bawah Perhimpunan Agung ini terdapat Dewan Tertinggi yang dianggotai
oleh Jawatankuasa Kerja MBM dan seorang wakil dari tiap-tiap badan
gabungan MBM. Dewan Tertinggi adalah quasi-legistive dan
bertanggungjawab menentukan dasar, pendirian serta program MBM yang
tidak dapat diputuskan oleh Perhimpunan Agung. Di samping itu Dewan
Tertinggi juga berkuasa memandu perjalanan Jawatankuasa Tetap dan Khas
yang dilantiknya.
Kemudian
terdapat pula Jawatankuasa Keja (EXCO) yang berfungsi sebagai badan
petugas Majlis. Jawatankuasa Kerja yang dipilih oleh Perhimpunan Agung
ini terdiri daripada seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, tiga
orang Naib Presiden, seorang Setiausaha Agung, seorang Bendahari
Kehormat, dua belas orang Ahli Jawatankuasa Kerja dan seorang wakil dari
Kementerian Belia dan Sukan sebagai ex-officio. Jawatankuasa Kerja
melaksanakan semua program selaras dengan dasar-dasar yang ditentukan
oleh Perhimpunan Agung dan Dewan Tertinggi.
Berikut
terdapat Jawatankuasa Tetap yang bertugas dalam perkara-perkara
tertentu seperti Pentadbiran, Hal Ehwal Antarabangsa, Kewangan,
Penerangan, Pendidikan, Pembangunan, Perindustrian, Pertanian, Hari dan
Minggu Belia Negara dan Hal Ehwal Wanita. Bagi melaksanakan tugas-tugas
selain daripada yang dinyatakan di atas, MBM telah membentuk beberapa
Jawatankuasa Khas seperti Bangunan, Integrasi Nasional, Sukarelawan,
Remaja, Anti Dadah dan lain-lain.
Seterusnya
terdapat sekretariat yang menjalankan kerja-kerja pentadbiran,
perhubungan dan perkhidmatan. Sekretariat MBM diketuai oleh Setiausaha
Agung dengan dibantu seramai 8 orang kakitangan sepenuh masa.
1BestariNet (FROG)
1BestariNet
adalah projek inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang
dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini,
10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet
berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan
jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian
pendidikan bersepadu bertaraf dunia.Visi 1BestariNet adalah mengubah
platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di
antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan
pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat
Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara
pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE
sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia. Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet menerusi Virtual Learning Environment (Frog VLE), yang boleh diakses di sekolah atau dimana-mana sahaja yang mempunyai capaian Internet. Bagaimana komponen penyelesaian pendidikan ini dijalankan secara bersepadu? | ||
Di Kawasan Sekolah: Akses dan Keselamatan Sekolah-sekolah akan dilengkapi capaian Internet, membolehkan akses ke VLE yang bertaraf dunia. Ini merupakan sumbangan progresif ke arah pendidikan berteras teknologi Internet untuk pengajaran dan pembelajaran berkesan serta memudahkan pengurusan pentadbiran sekolah. Di Luar Kawasan Sekolah: Fleksibiliti dan Mobiliti Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah. Fail dan data yang disimpan dicloud boleh diakses dimana-mana sahaja dan bila-bila masa dengan capaian Internet. Malah, pengguna diberi akses percuma ke VLE setiap kali log masuk dari rangkaian Yes dengan ID log masuk VLE. Samada menggunakan rangkaian Yes atau Yes Hotspot tiada caj yang dikenakan bagi penggunaan VLE. Kerjasama Teknologi
|
No comments:
Post a Comment