Sunday, 16 November 2014

KUMPULAN 5: AKTIVITI KOKURIKULUM


KEBAIKAN KEGIATAN KOKURIKULUM

 

1. Kita dapat memenuhkan masa lapang. Sebagai contoh, jika mereka aktif dalam bidang sukan, mereka akan berlatih setiap petang.

2. Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan. Apabila pelajar memegang jawatan pengerusi atau jawatan penting yang lain, mereka akan belajar menjadi lebih berdisiplin.

3. Seterusnya, menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya.

4. Badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum. Badan akan mengeluarkan peluh dan kita akan menjadi sihat dan kuat.

5. Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum. Melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama ketika waktu persatuan atau kelab dapat mengeratkan hubungan dan kerjasama antara satu dengan yang lain.

 

SEBAB REMAJA TAK MELIBATKAN DIRI DALAM KOKURIKULUM

 

1. Antara punca isu ini ialah  ibu bapa kurang memberi galakan kepada anak-anak mereka untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal ini demikian kerana, ibu bapa terlalu mementingkan pencapaian anak mereka dalam bidang akademik semata-mata.

2. Selain itu, jadual harian yang padat seperti menghadiri kelas tuisyen menjadi satu punca kegiatan kokurikulum kurang mendapat sambutan dalam kalangan murid. Hal ini menyebabkan murid-murid tiada masa untuk melakukan kegiatan kokurikulum. Tegasnya, murid-murid mesti bijak menguruskan masa supaya dapat menjalankan aktiviti kokurikulum.

3. Akhir sekali, pihak sekolah tidak menyediakan prasarana yang cukup untuk menjalankan pelbagai aktiviti sukan. Hal ini demikian kerana, pihak sekolah menghadapi masalah kewangan  untuk membina   gelanggang badminton, tenis dan sebagainya. Tegasnya, sekiranya isu ini tidak dapat dibendung, sekolah gagal melahirkan seorang murid  yang berbakat dan berkebolehan  dalam bidang sukan.

No comments:

Post a Comment