Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara. Setiap tahun bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Ramai pelancong sama ada dari luar ataupun dalam memilih negara kita sebagai destinasi pelancongan. Persoalannya, apakah kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara kita?
Antara kepentingan sektor pelancongan ialah kita dapat mempromosikan tempat pelancongan yang menarik di Malaysia. Malaysia mempunyai banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati seperti Bandar Bersejarah yang terletak di negeri Melaka. Tempat – tempat bersejarah ini dapat mengembangkan ilmu pengetahuan seseorang. Di negara kita pelancong juga boleh bermain sambil melawat tempat – tempat bersejarah ini kerana kita mengetahui bahawa sekiranya cuma melihat barangan bersejarah amat membosan bagi sesetengah pelancong. Jadi, bagi memanfaatkan pelbagai pihak, selain barangan bersejarah persembahan turut diadakan seperti di Kota A – Famosa. Di Kota A – Famosa pelancong bukan sahaja dapat menambahkan ilmu sejarah tetapi juga beriadah pada masa yang sama kerana tempat beriadah seperti Bandar Cowboy, Dunia Binatang Safari dan Dunia Air turut disediakan. Tempat – tempat ini sesuai untuk semua golongan masyarakat sama ada kanak – kanak ataupun dewasa. Jelasnya, sektor pelancongan dapat mempromosikan tempat pelancongan yang menarik di negara kita.
Selain itu, sektor pelancongan dapat mempromosikan makanan setempat di negara kita. Malaysia mempunyai beraneka jenis makanan yang digemari oleh pelancong. Negara kita yang mempunyai pelbagai kaum yang berlainan dan masakan yang berbeza seperti masakan Melayu, masakan Cina dan masakan India. Negara – negara Barat seperti England cuma mempunyai satu jenis kaedah masakan seperti kentang goreng, stik dan salad. Negara Itali pula mempunyai masakan seperti spageti, pizza dan telur dadar. Negara kita tidak seperti negara lain yang cuma mempunyai satu kaedah masakan. Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mengetahui pelbagai jenis makanan dari serata dunia seperti yu sang, bau dan char kuey teow daripada kaum Cina, rendang, ketupat dan nasi lemak daripada kaum Melayu, capati, tosai dan idli daripada kaum India serta tidak kurangnya masakan barat dan masakan enak daripada kaum yang berlainan. Masakan yang tidak pernah dirasai oleh pelancong ini memberikan mereka rasa baharu maka menarik minat mereka untuk mengunjungi Malaysia. Tegasnya, makanan setempat dapat dipromosikan melalui sektor pelancongan.
Di samping itu, sektor pelancongan dapat memperkenalkan dan mengembangkan industri kraf tangan di Malaysia. Barangan kraf tangan buatan rakyat tempatan bukan sahaja bermutu bahkan harga yang ditawarkan amat berpatutan. Barangan kraf tangan buatan rakyat Malaysia yang diperbuat daripada kain batik, seramik, kayu, perak, kaca dan kulit amat cantik dari segi reka bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada pelancong. Pelancong pasti membeli – belah barangan kraf tangan buatan Malaysia seperti batik, kain songket, wau dan lain – lain sebagai buah tangan atau ole-ole buat keluarga atau rakan mereka. Kedatangan pelancong asing ke Malaysia bukan sahaja memajukan industri kraf tangan ke luar negara kita bahkan menjadi periuk nasi kepada pengusaha kraf tangan tempatan. Jelasnya, industri kraf tangan dapat dimajukan melalui sektor pelancongan.
Akhir sekali, sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang unik lagi istimewa kepada dunia luar. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan lain-lain. Kaum-kaum di negara kita yang mempunyai adat, budaya dan cara pemakanan yang berbeza dan istimewa mampu menarik minat pelancong asing. Sektor pelancongan dapat mempromosikan warisan budaya yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ke serata dunia. Pelancong yang datang ke suatu destinasi pelancongan boleh dihidangkan dengan persembahan kesenian tradisional misalnya wayang kulit, makyung, dikir barat, ronggeng dan kuda kepang. Mereka juga diberi peluang untuk mencuba permainan tradisional seperti sepak raga, galah panjang, congkak, batu seremban dan lain-lain. Pakaian tradisional seperti baju kurung yang diperbuat daripada kain batik dan sari yang diperbuat daripada kain sutera boleh cuba dipakai oleh pelancong asing. Keseronokan pengalaman yang dibawa pulang ke negara asal pelancong akan menjadi memori indah yang akan menggamit mereka untuk datang semula ke negara kita. Tegasnya, keunikan budaya masyarakat Malaysia yang berjaya dipromosi melalui sektor pelancongan sebenarnya memberi imej yang sangat baik kepada negara Malaysia.
Kesimpulannya, sektor pelancongan merupakan salah satu sumber ekonomi yang amat penting dalam negara kita. Oleh itu, kita harus menggunakan kelebihan yang ada pada negara kita dengan sepenuhnya supaya negara kita dapat menjadi pusat pelancongan yang terkenal di dunia dan seterusnya membangunkan ekonomi negara kita. Walaupun masyararakat kita terdiri daripada berbilang kaum, kita harus bersatu padu demi menjaga kepentingan tanah air tecinta kita. Tegasnya, kita perlulah bersatu padu bak kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

________________________________________________________________________________________________
Malaysia ialah sebuah negara yang aman makmur kerana hasil pembangunan negaranya yang maju. Ini juga kerana, industri pelancongannya yang dapat menyumbang kearah pembangunan negaranya. Industri pelancongan memainkan peranan yang dominan dalam memajukan sesebuah Negara. Terdapat pelbagai sebab majunya Negara Malaysia.
Antara sebab majunya Negara Malaysia ialah industri pelancongan meyebabakn penambahan pendapatan negara kerana dapat menggalakan dan manambahkan pertukaran wang asing. Pertukaran wang asing dapat memberikan sumber kepada industri pelancongan untuk mempamerkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan eksport automobil dan barangan elektrik.
Seterusnya, Negara Malaysia ialah sebuahnegara di bawah premis industri pelancongan yang menyediakan peluang pekerjaan. Banyak peluang pekerjaan terbuka yang disediakan kepada penduduk tempatan contohnya, khusus kepada para belia yang mengganggur, boleh membuka perniagaan seperti menjual makanan, minuman atau bekerja di hotel mahupun sebagai pemandu pelancong. Secara tidak langsung, masalah pengangguran, sosial dapat dihindari.
Di samping itu, kita juga boleh memperkenalkan nama Negara di mata dunia. Di Negara kita terdapat pelbagai keunikan dan pelbagai keistimewaan di Malaysia. Oleh itu, terdapat ramai pelancong yang ingin melancong ke Malaysia. Dengan ini, pelabur asing juga akan merebut peluang melabur dalam bidang perhotelah.
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita bahawa terdapat pelbagai sebab untuk kita memajuakn negara. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk meningkatkan prestasi Malaysia.
______________________________________________________________________________________
Kebaikan sektor pelancongan kepada negara kita.
Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara. Setiap tahun bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat. Persoalannya, apakah kebaikan yang diperoleh negara dalam usaha mempromosikan negara yang kita cintai ini, iaitu Malaysia kepada pelancong dari luar negara.
Satu daripada kebaikan sektor pelancongan negara ialah kita dapat memperkenalkan negara Malaysia ke seantero dunia. Misalnya, melalui kejohanan perlumbaan kereta Formula 1 di litar Sepang, Sukan Komanwel 1998, kita dapat mempopularkan negara kita dalam kalangan peminat sukan dunia. Selain itu, kita dapat membuktikan bahawa kita mampu menjadi tuan rumah bagi sukan berprestij dunia yang lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana. Slogan ”Malaysia Boleh’’ telah membuktikan keupayaan negara kita dalam penganjuran sukan yang bertaraf antarabangsa tersebut. Melalui penganjuran Kejohanan F1, Malaysia dapat dipromosikan ke seluruh dunia dengan kos yang rendah melalui siaran langsung kejohanan tersebut ke seluruh dunia. Ini membuktikan bahawa tarikan penganjuran sukan bertaraf dunia bukan sahaja menggalakkan kedatangan pelancong ke negara kita bahkan dapat mempromosi Malaysia kepada dunia luar secara meluas dengan kos yang minima bertepatan dengan maksud peribahasa, ”Sambil Menyelam Minum Air”.
Seterusnya, sektor pelancongan juga dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran wang asing masuk ke negara kita. Pelancong yang datang dari negara luar terpaksa menukar mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia sebelum boleh berbelanja di sini. Ini dapat dilakukan sama ada di bank tempatan mahupun di pusat pertukaran mata wang asing. Mata wang asing ini kemudian disimpan untuk digunakan ketika membiayai perbelanjaan mengimport barang dari luar negara. Peniaga mata wang asing juga mendapat keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan. Pengaliran masuk mata wang asing ke negara kita bukan sahaja menguntungkan entiti perniagaan bahkan dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan asas untuk rakyat tempatan dari luar negara.
Sektor pelancongan dapat memajukan industri kraftangan di Malaysia . Barangan kraftangan buatan rakyat tempatan bukan sahaja bermutu bahkan harga yang ditawarkan amat berpatutan. Barangan kraf tangan buatan rakyat Malaysia yang diperbuat daripada kain batik, seramik, kayu, perak, kaca dan kulit amat cantik dari segi reka bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada pelancong. Pelancong pasti membeli-belah barangan kraf tangan buatan Malaysia seperti batik, kain songket, dan lain-lain sebagai buah tangan buat keluarga atau rakan mereka. Kedatangan pelancong asing ke Malaysia bukan sahaja memajukan industri kraf tangan ke luar negara kita bahkan menjadi periuk nasi kepada pengusaha kraf tangan tempatan.
Sektor pelancongan dapat memajukan bidang perniagaan di Malaysia . Pelancong asing yang datang ke Malaysia memerlukan tempat penginapan, makanan dan minuman, perkhidmatan pengangkutan, juru pandu pelancong dan perkhidmatan lain. Pelancong asing amat menggemari makanan sama ada makanan tradisional mahu pun makanan barat di Malaysia. Mereka diberi pilihan yang amat banyak sama ada menikmati makanan di hotel bertaraf lima bintang, medan selera yang besar dan berhawa dingin mahupun di kedai dan warung yang terletak di tepi jalan. Mereka juga boleh menikmati hidangan makanan laut di restoran yang didirikan secara terapung di atas air. Sambil menikmati makanan, mereka dapat menghirup panorama yang amat cantik dan menghirup udara segar di tepi laut. Permintaan yang tinggi terhadap makanan ini mewujudkan peluang perniagaan yang luas kepada usahawan tempatan. Pusat-pusat penginapan juga giat dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan di kawasan peranginan seperti di pulau dan tepi pantai. Pelancong asing diberi pilihan untuk menginap di hotel bertaraf lima bintang, resort atau menginap secara pakej seperti ”Eco-Tuorism” yang membolehkan pelancong asing menginap di rumah kampung dan mempelajari cara hidup masyarakat termasuk cara berpakaian, makanan tradisional dan sebagainya. Pelancong juga memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk bergerak dari satu lokasi pelancongan ke lokasi yang lain. Ini membolehkan pengusaha bidang pengangkutan seperti bas, teksi, van, bot, feri dan lain-lain mendapat peluang untuk menjalankan perniagaan. Tidak dinafikan peluang yang datang memberi rezeki yang melimpah ruah kepada peniaga yang ringan tulang.
Sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang unik lagi istimewa kepada dunia luar. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan lain-lain. Kaum-kaum di negara kita yang mempunyai adat, budaya dan cara pemakanan yang berbeza dan istimewa mampu menarik minat pelancong asing. Selain itu, sektor pelancongan dapat mempromosikan warisan budaya yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ke serata dunia. Pelancong yang datang ke suatu destinasi pelancongan boleh dihidangkan dengan persembahan kesenian tradisional misalnya wayang kulit, makyung, dikir barat, ronggeng dan kuda kepang. Mereka juga diberi peluang untuk mencuba permainan tradisional seperti sepak raga, galah panjang, congkak, batu seremban dan lain-lain. Pakaian tradisional seperti baju kurung yang diperbuat daripada kain batik dan songket boleh cuba dipakai oleh pelancong asing. Keseronokan pengalaman yang dibawa pulang ke negara asal pelancong akan menjadi memori indah yang akan menggamit mereka untuk datang semula ke negara kita. Keunikan budaya masyarakat Malaysia yang berjaya dipromosi melalui sektor pelancongan sebenarnya memberi imej yang sangat baik kepada negara Malaysia.
Akhir kalam, industri pelancongan banyak memberikan sumbangan yang besar terutama dari segi ekonomi kepada negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia kerana tak kenal maka tak cinta .
_________________________________________________________________
______________________________
SEKTOR PELANCONGAN DI MALAYSIA DAN
Sektor pelancongan antara sektor yang paling banyak menyumbang jasa dalam meningkatkan ekonomi negara.namun begitu,masih banyak kepentingan sektor pelanconganselain daripada yang disebutkan sebentar tadi.Kita akan mengupas satu demi satu kepentingan sektor pelancongan dalam ruangan ini.
Kehadiran pelancong dari dalam dan luar negra membuka pintu rezeki penduduk desa yang menjalankan industri kecil-kecilan seperti industri kraf tangan.pelancong yang datang berkunjung menjadikan kraf tangan sebagai cenderamata sebelum pulang dan hal ini memajukan industri kecilan ini.kehadiran pelancong secara berterusan memberi jaminan kepada keutuhan perniagaan ini.
Selain itu,industri pelancongan kini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan sebaik sahaja kerajaan menjadikan sektor pelancongan sebagai pintu sumber ekonomi negara.kehadiran industri perhotelan di negara ini bukan sahaja menyinari lagi sektor pelancongan,malahan,mengurangkan kadar pengangguran dengan cara membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Tambahan pula,kemajuan ekonomi negara yang bergantung pada sektor pelancongan menyemarakkan semangat kerajaan bagi membangunkan kawasan pelancongan.Langkah ini diambil bagi memastikan kita tidak putus dalam menerima kehadiran pelancong.
Di samping itu,sektor pelancongan juga menjadi salah satu sebab mengapa kerajaan ingin memajukan sektor pengangkutan.Hal ini kerana sektor pengangkutan yang lancar melicinkan kegiatan pelancongan di negara ini.Natijahnya,rakyat juga akan turut dapat merasai kesenangan sektor pengangkutan yang moden ini.
Akhir kata,sektor pelancongan membawa banyak kepentingan kepada negara.Diharap semua pihak dapat memastikan sektor ini sentiasa berada dalam keadaan cemerlang.
Kehadiran pelancong dari dalam dan luar negra membuka pintu rezeki penduduk desa yang menjalankan industri kecil-kecilan seperti industri kraf tangan.pelancong yang datang berkunjung menjadikan kraf tangan sebagai cenderamata sebelum pulang dan hal ini memajukan industri kecilan ini.kehadiran pelancong secara berterusan memberi jaminan kepada keutuhan perniagaan ini.
Selain itu,industri pelancongan kini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan sebaik sahaja kerajaan menjadikan sektor pelancongan sebagai pintu sumber ekonomi negara.kehadiran industri perhotelan di negara ini bukan sahaja menyinari lagi sektor pelancongan,malahan,
Tambahan pula,kemajuan ekonomi negara yang bergantung pada sektor pelancongan menyemarakkan semangat kerajaan bagi membangunkan kawasan pelancongan.Langkah ini diambil bagi memastikan kita tidak putus dalam menerima kehadiran pelancong.
Di samping itu,sektor pelancongan juga menjadi salah satu sebab mengapa kerajaan ingin memajukan sektor pengangkutan.Hal ini kerana sektor pengangkutan yang lancar melicinkan kegiatan pelancongan di negara ini.Natijahnya,rakyat juga akan turut dapat merasai kesenangan sektor pengangkutan yang moden ini.
Akhir kata,sektor pelancongan membawa banyak kepentingan kepada negara.Diharap semua pihak dapat memastikan sektor ini sentiasa berada dalam keadaan cemerlang.
No comments:
Post a Comment