Isi daripada kumpulan 1:
Tanggungjawab masyarakat dalam membendung gejala penyalahgunaan media sosial ialah masyarakat seyogianya berkolaborasi bersama dengan pihak swasta.Pascainovasi ini, pihak swasta memainkan peranan signifikan dalam menjalankan tanggungjawab mereka demi membendung gejala penyalahgunaan media sosial.Hal ini dikatakan demikian kerana pihak swasta merupakan badan bukan kerajaan dalam sesebuah negara yang berhempas pulas untuk membantu kerajaan menjaga perihal dalam negara.Masyarakat perlu menggalakkan pihak swasta untuk menjalankan obligasi mereka dengan melancarkan kempen yang selari dengan gejala-gejala penyalahgunaan media sosial.Hal ini dibicarakan demikian kerana kempen mampu memberi kesedaran kepada pengguna media sosial khususnya remaja berkaitan dengan penyalahgunaan media sosial.Bukan sekadar itu sahaja, kempen-kempen ini boleh diiklankan menerusi media massa yang merupakan wadah signifikan bagi masyarakat heterogen.Masyarakat juga perlu memastikan pihak swasta menjalinkan kerjasama kukuh dengan kerajaan agar dapat melanjau dari kepompong masalah ini yang saban hari semakin parah.Pihak swasta sewajarnya bahu membahu dengan pihak Kementerian Penerangan , Komunikasi dan Multimedia dalam melakukan penapisan maklumat secara total atau separa.Negara-negara yang turut melakukan penapisan ini ialah negara China dan Cuba malahan negara China juga menggunakan perisian khas "Green Dam" untuk menghalang kandungan yang tidak sesuai melalui laman web di negaranya.Sekiranya, kerjasama antara masyarakat, pihak swasta serta kerajaan berjaya sudah pasti generasi akan datang tidak mempunyai masalah penyalahgunaan media sosial.Secara tidak langsung, masalah sosial dalam kalangan pelajar serta remaja dapat dikurangkan demi mencapai hasrat murni kerajaan untuk menzahirkan barisan pemimpin masa hadapan yang soleh lagi beragama.Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu pembangunan remaja dalam etika dan kerohanian.Namun begitu, hakikatnya pihak swasta dengan kerajaan sering bertikam lidah bagai anjing dengan kucing dalam pelbagai hal serta berlumba-lumba untuk mengaut dan mengumpul harta duniawi.Tegasnya, masyarakat perlu berganding bahu dengan pihak swasta supaya gejala penyalahgunaan media sosial dapat dicantas sebelum kudis menjadi tokak.
No comments:
Post a Comment