Selain melawat pusat-pusat kebudayaan serta mengembara, rakyat Malaysia turut gemar mengisi masa cuti mereka dengan berkunjung ke pusat-pusat beli-belah . Hal ini dikatakan demikian kerana selari dengan kemajuan tekonologi yang kini membangun secara pesat di Malaysia, rakyat Malaysia terpaksa bekerja keras mengejar arus kemodenan sehingga tidak mempunyai masa secukupnya untuk membawa ahli keluraga mereka bercuti jauh. Oleh hal yang demikian musim perayaan atau hujung minggu merupakan masa lapang untuk semua ahli keluarga meluangkan masa mereka bersama dengan berkunjung ke pusat beli-belah . Lebih-lebih lagi, pada musim cuti kebanyakkan pusat beli-belah akan menawarkan promosi-promosi jualan untuk menarik perhatian pengunjung serta melariskan hasil produk mereka di pasaran. Semasa membeli- belah rakyat Malaysia diberi pilihan sama ada untuk memilih barangan buatan tempatan ataupun barangan buatan luar negara. Pada masa inilah rakyat tempatan seharusnya mengambil peluang untuk menyahut seruan kempen kerajaan “Belilah Barangan Buatan Tempatan” dengan membeli barang –barang buatan Malaysia yang tidak kurang kualitinya berbanding dengan barang buatan luar negara.Melalui langkah proaktif dan bersinergi ini rakyat tempatan bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara malah merangsang para usahawan yang lain untuk mengusahakan barang buatan Malaysia.Hal ini demikian kerana rakyat seharusnya menyumbang kepada negara dan bukan hanya berharap kepada kerajaan seperti kata John. F Kennedy ‘Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tetapi tanyalah apa yang kamu boleh buat untuk negara’. Semasa musim cuti ini rakyat Malaysia juga akan berkunjung ke pusat penjualan batik ,cendera mata , kraf tangan dan sebagainya. Sebagai contoh, mereka boleh berkunjung ke Pusat Kain Batik Sarung yang terdapat di Pantai Timur dan Institusi Kraf Negara di Rawang, Selangor. Di sana mereka akan didedahkan kepada proses penyediaan pelbagai barangan kraf justeru sahih lagi autentik bahawa ilmu pengetahuan tentang kebudayaan rakyat Malaysia akan bertambah semasa melawat ke pusat berkenaan. Bukan itu sahaja, rakyat juga berkunjung ke pusat-pusat beli-belah yang terdapat di Malaysia seperti The Curve, Cathay CinePlex, IOI Mall, Berjaya Times Square termasuklah One Utama dan Mid Valley yang merupakan antara sepuluh kompleks terbesar di dunia. Sudah terang lagi bersuluh , bahawa mengunjungi pusat beli-belah merupakan cara orang Malaysia mengisi masa cuti mereka.
No comments:
Post a Comment