Sunday, 19 April 2015

Isi 1 :Melawat ke pusat-pusat kebudayaan(kumpulan 1 dan kumpulan 2)

        Pelbagai inisiatif untuk marhaen Malaysia mengisi masa lapang seperti mengunjungi ke pusat-pusat kebudayaan yang wujud di tanah air kita.Antara contoh pusat kebudayaan yang ada di Negara kita ialah Muzium Negara Malaysia, Dewan Filharmonik Kuala Lumpur dan Istana Budaya.Tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas untuk rakyat Malaysia mempelajari budaya lama yang unik dan menarik pelbagai etnik seperti Melayu ,Cina ,India ,dan Iban.Setiap etnik memiliki kebudayaan lagi imej tersendiri.Secara logiknya, mempelajari budaya kaum lain mampu menjaga keharmonian tanpa berlakunya rusuhan kaum kerana tak kenal makan tak cinta.Hal ini amatlah dominan demi mengelak titik hitam 13 Mei 1969 berulang kembali.Selain itu, masyarakat juga dapat mengetahui aspek lain mengenai mereka seperti cara pemakanan, tarian, pakaian, musim perayaan, dan,sebagainya.Tegasnya, melawat ke pusat-pusat kebudayaan merupakan teknik penting demi mengisi masa cuti.

No comments:

Post a Comment