KUMPULAN 6
Malaysia
terkenal dan dikenali di mata dunia kerana kaya dengan pelbagai jenis khazanah semula jadi seperti hutan hujan tropika, hutan
pantai, hutan paya dan hutan gunung. Sememangnya
tidak dapat disangkalkan bahawa hutan merupakan khazanah dunia yang sangat
bernilai dan berharga. Namun, kegiatan
pembalakan haram semakin berleluasa bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan dan
telah menyaksikan dampak yang ketara kepada nusa tercinta kita ini.
Persoalannya, apakah implikasi negatif akibat pembalakan haram yang kian
menjadi-jadi di Malaysia?
Antara kesan pembalakan haram
termasuklah kemusnahan habitat flora dan fauna. Biodiversiti kita terdiri
daripada seribu satu flora dan fauna yang menjadikan hutan sebagai habitat
mereka. Akibat daripada pembalakan haram yang tidak terkawal, binatang-binatang
liar akan kehilangan tempat tinggal dan secara tidak langsungnya menjejaskan
keseimbangan ekosistem. Di samping
itu,hutan juga merupakan sumber makanan bagi binatang liar yang tergolong dalam
kategori 'herbivore'.Sekiranya mereka kehilangan sumber makanan, kita juga akan
kehilangan sumber makanan kerana sumber protein kita ialah daging
binatang-binatang yang diperolehi daripada hutan. Kemusnahan flora dan
fauna turut meninggalkan impresi buruk kepada pelancong asing yang seterusnya
menjejaskan imej negara. Jadi, pembalakan haram harus dikawal bagi mengelakkan
situasi seperti kerana nila setitik, rosak susu belanga.
Selanjutnya, peningkatan suhu juga
berlaku kerana pembalakan haram yang berterusan. Tumbuh- tumbuhan merupakan
pelindung bumi daripada kepanasan matahari serta dapat menstabilkan peratus
oksigen di permukaan bumi. Hal ini demikian kerana hanya hutan sahaja yang
boleh menjalankan proses fotosintesis.Proses fotosintesis amat penting dalam
kehidupan masyarakat dalam memastikan purata suhu di negara kita tidak
meningkat kerana kesan rumah hijau boleh mendatangkan impak negatif kepada
masyarakat. Sekiranya penebangan hutan berlaku, bilangan tumbuh-tumbuhan akan
menurun dan menyebabkan karbon dioksida di atmosphera meningkat seperti pegaga tumbuh melata, manakala
kadar oksigen yang amat vital kepada kita akan berkurangan. Intijahnya,
fenomena ini akan mendatangkan peningkatan suhu di bumi kita. Tegasnya, masyarakat yang bersikap materialistik perlulah
menjaga hutan rimba kita supaya generasi
kini tidak menyesal ibarat peribahasa sesal dahulu pendapatan sesal
kemudian tiada gunanya.
Seterusnya, hakisan tanah akan berlaku sekiranya ada penebangan
hutan yang tidak terkawal. Bencana alam seperti tanah runtuh akan menimpa
kerana pembalakan hutan akan menyebabkan permukaan tanah menjadi gondol dan
terdedah kepada hakisan. Selain itu, bahan hakisan seperti sampah sarap dan
sebagainya akan dimendapkan di dasar sungai. Apabila hujan lebat, sungai yang
menjadi cetek akibat hakisan tanah yang berterusan tidak mampu menampung air
yang banyak dan melimpah ke kawasan sekeliling.Kemudian, banjir akan berlaku.
Sebagai contohnya, pembalakan haram telah menyumbang kepada kejadian banjir
kebelakangan ini di Malaysia. Kejadian malang tersebut bukan sahaja membawa
penderitaan kepada mangsa-mangsa, malah pihak kerajaan terpaksa menanggung kos
yang tinggi bagi memulih kembali kawasan yang ditimpa bencana alam. Adat
bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung, sesungguhnya kita
haruslah berfikir dengan wajar dan rasional sebelum bertindak tanpa mengabaikan
kepentingan orang lain kerana keputusan kita akan mendatangkan impak sama ada
yang positif atau negatif kepada masyarakat, negara serta alam sekitar.
Intihanya, pembalakan
haram telah menampakkan seribu satu kesan negatif kepada kita. Sikap yang bagaikan
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing tidak patut dipraktikkan
dalam isu ini kerana sikap sedemikian hanya akan mendatangkan kemudaratan
kepada kita. Setiap satu insan sewajarnya
sedar akan kepentingan hutan dan menggembleng tenaga dalam memastikan
pemeliharaan dan pemuliharaan hutan boleh dijalankan dengan lancar. Pihak
kerajaan turut memainkan peranan penting dalam menguatkuasakan undang-undang
dan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang masih menjalankan
pembalakan hutan dengan giat. Tiada penyakit yang tiada penawarnya, jadi dengan
adanya kerjasama bagai aur dengan
tebing, kita dapat membendung isu ini daripada terus membelenggui masyarakat
dan meragut keindahan alam ciptaan ilahi. Seperkara lagi, mampukah kita hidup
dengan selesa tanpa kewujudan hutan? Tepuk dada, tanyalah selera.
wah! terima kasih kerana berkongsi :D karangan yg gempak dan seimbang <3 terima kasih
ReplyDeletegempak sangat ayat karangan ni
ReplyDeleteInilah kualiti yang dicari sebenarnya
DeletePanjang sangat ayat karangan ini
ReplyDeleteAda karangan yang pendek ke hehe... Melainkan awak nk buat karangan darjah 6
Deletebanyak huraian, sgt bagus ;)
ReplyDeletegood
ReplyDeleteterima kasih dan bermanfaat untuk karangan saya:)
ReplyDelete