Monday, 1 December 2014

KERJASAMA NEGARA SERANTAU DALAM MENANGANI ISU GLOBAL - KUMPULAN 6(JASON)


 MALAYSIA PERLU GUNAKAN KEKUATAN DIPLOMASI UNTUK BANTU GAZA



Malaysia dan Palestin, secara khusus Gaza juga mempunyai hubungan yang cukup istimewa. Datuk Seri Najib mencatat sejarah sebagai ketua negara pertama yang menjejakkan kaki ke Gaza pada Januari 2013. Ketika Gaza diserang baru-baru ini, Datuk Seri Najib berhubung melalui telefon dengan Khalid Meshaal bagi menyatakan solidariti dan komitmen kita untuk membantu Gaza. Oleh kerana inilah, dalam ucapannya semalam di Qatar, Khalid Meshaal menyebut bahawa Malaysia adalah rakan istimewa bagi Gaza. Hal ini bukan sesuatu yang asing kerana selain lawatan Datuk Seri Najib, banyak NGO-NGO Malaysia seperti Aman Palestin, Aqsa Syarif, Yayasan Salam dan Viva Palestin yang aktif bergerak di Gaza bagi menyalurkan bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia dan membina kembali bandar tersebut yang teruk dimusnahkan oleh rejim pengganas Zionis.

Atas dasar rekod baik kita dalam diplomasi dan hubungan baik kita dengan Mesir dan Palestin, terutamanya Gaza, maka amat wajar Malaysia menggunakan kekuatan diplomasi kita untuk membantu Gaza yang sedang teruk dihentam oleh Israel. NGO-NGO Islam perlu menyuarakan hasrat ini kepada kerajaan dengan segera agar sesuatu dapat dilakukan, Apatah lagi, atas dasar semangat persaudaraan Islam, keperluan Malaysia sebagai sebuah negara Islam untuk membantu Gaza lebih-lebih lagi dituntut.

 

No comments:

Post a Comment