PERANAN MALAYSIA PERJUANGKAN KEAMANAN DI DUNIA ISLAM DIPUJI
KUALA LUMPUR: Peranan Malaysia dalam memperjuangkan keamanan, keadilan dan kemanusiaan di dunia Islam mendapat pujian banyak pihak termasuk Sheikh Yusuf al-Qaradawi, Pengerusi Al-Quds International Institution.
Dalam perjuangan rakyat Palestin tatkala ini, peranan Malaysia yang menyokong perjuangan adil dan kemanusiaan telah mendapat pujian daripada Al-Quds International Institution (QII) menerusi dua pucuk surat daripada al-Qaradawi.Dalam surat beliau kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, al-Qaradawi melahirkan penghargaan dan terima kasih beliau terhadap dedikasi dan komitmen Malaysia yang menyokong perjuangan penduduk di Baitulmaqdis.
"Tidak memeranjatkan, kami sentiasa mendapati anda antara yang pertama dan terawal dalam menyokong perjuangan adil dan kemanusiaan, isu Palestin dan Baitulmaqdis adalah antaranya," katanya dalam surat kepada Najib. Beliau menambah: "Kami amat tersentuh dengan keprihatinan anda dalam konteks ini, khususnya berhubung keperluan segera bagi inisiatif seumpamanya."
Pencapaian terbaharu hasil daripada usaha tanpa mengenal jemu Malaysia itu ialah perjanjian damai yang dimeterai kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bagi pewujudan wilayah autonomi Bangsamoro di selatan Filipina. Al-Qaradawi berkata: "Lebih penting lagi, Malaysia telah diiktiraf sebagai antara negara Islam yang mempunyai strategi pembangunan mengagumkan dan terbuka, kini menjadi pusat rujukan dan contoh bagi dunia Islam.
"Malah lebih membanggakan kami ialah pencapaian dan kejayaan mewujudkan cawangan QII di Malaysia, pencapaian yang mungkin tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan dan naungan anda".
Beliau merujuk kepada pelancaran Al-Quds Foundation Malaysia, sebuah yayasan kebajikan untuk rakyat Palestin, yang antara lain mendidik masyarakat mengenai isu di negara berkonflik itu di samping membantu rakyat Palestin.
Sementara itu, kalangan rakyat Malaysia turut memuji kerajaan berhubung peranan strategiknya dalam menamatkan konflik dan penderitaan selama kira-kira 40 tahun di selatan Filipina dan dalam mewujudkan prospek bagi keamanan dan pembangunan di Mindanao. Mereka berkata sewajarnya bagi Malaysia, sebagai jiran terdekat dan prihatin, untuk memainkan peranan berterusan dalam membantu kerajaan Filipina dan Bangsamoro melaksanakan pembangunan semula di kawasan itu demi manfaat rakyat.
Memuji usaha jitu kerajaan Malaysia dalam membantu umat Islam di seluruh dunia, Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata banyak negara khususnya negara Islam mempercayai dan menerima Malaysia untuk memainkan peranan sebagai pengantara ekoran pencapaiannya sebagai sebuah negara Islam yang progresif dan dinamik.
"Pujian Sheikh Yusuf Al Qaradawi merupakan satu pengiktirafan dunia kepada Malaysia (dalam memperjuangkan isu Palestin) dan kejayaan kerajaan Malaysia bertindak sebagai pengantara bagi menamatkan konflik antara Manila dan Bangsamoro pastinya suatu pencapaian membanggakan," katanya.

No comments:
Post a Comment