Sinopsis BAB DEMI BAB
BAB 1
Selepas berehat di dalam biliknya, Julia turun ke
bawah lalu menuju ke dapur. Dia melihat Mak Cik Noraini, sepupu papa, sedang
sibuk membancuh kopi dan menggoreng karipap. Mak Cik Noraini menyuruh Julia
makan seketul karipap sahaja dan meninggalkan baki yang lain untuk papa dan
mama Julia.
Sambil menghidangkan kopi O kepada Julia, pandangan
Mak Cik Noraini tertumpu ke arah
tingkap. Julia turut mengikuti perlakuan mak cik kesayangannya itu. Di luar,
papa Julia, Encik Jeffri, sedang sibuk mengerjakan kebun sayur-sayuran mereka.
Intan Maliana, mama Julia pula sedang berehat di sebuah kerusi plastik berwarna
merah sambil bercakap kepada suami tercinta.
Hubungan mesra, intim, dan bahagia terjalin erat
antara mereka. Perbualan mereka berkisar tentang kacang panjang yang ditanam
oleh mereka sama ada mencukupi untuk mereka berempat. Papa mahu mama memasak
lauk pada malam nanti kerana baginya, masakan mama amat sedap dan sentiasa
memenuhi seleranya.
Kemudian, mama bertanya kepada papa tentang tanaman
jagung. Menurut papa, jagung yang ditanamnya perlu menunggu selama dua atau
tiga minggu sebelum jagung tersebut matang. Bagi mama, jagung separa matang
sedap dibuat bubur jagung yang merupakan makanan kegemaran Encik Jeffri. Papa
sempat mengusikya dengan mengatakan bahawa dia hanya suka bubur jagung masakan
kekasih hatinya sahaja. Mama mula merajuk seketika sebelum mereka berdua masuk
ke dalam dapur untuk menikmati minuman petang yang disediakan oleh Mak Cik
Noraini.
Kasih sayang Encik Jeffri terhadap Puan Intan Maliana
begitu dikagumi oleh puteri tunggal mereka, Julia. Julia sendiri berasa harmoni
dan bahagia tinggal di sisi mereka berdua yang saling menyayangi. Kadang kala
Julia berasa segan apabila papa dan mama tanpa segan silu memperlihatkan
belaian kasih sayang antara mereka di hadapan Julia kerana bagi Julia, dia
sudah menjadi seorang remaja belasan tahun.
BAB 2
Julia terpaksa pulang sendiri dari sekolah kerana mama
kurang sihat. Papa membawa mama ke klinik. Petang itu, rumah kediaman mereka
hanya dihuni oleh Julia dan Mak Cik Noraini. Ibu sepupu kesayangan Julia mula
menceritakan kisah pertemuan papa dan mama. Julia terkenang akan peristiwa jari
mama terhiris pisau. Muka mama pucat lesi kerana takut akan darah.
Lamunan Julia terhenti apabila Mak Cik Noraini
menegurnya. Menurut Mak Cik Noraini, papa merupakan seorang guru Sains
Pertanian dan sentiasa menasihati pelajarnya agar berbudi kepada tanah. Mama
pula sering meminta buah daripada papa.
Bunyi dan hon kereta papa kedengaran di pintu hadapan.
Julia segera menyambut kepulangan mereka. Julia memeluk mama erat dan tidak
sabar untuk mengetahui keadaan mama. Papa mengejutkan Julia dengan berita
bahawa mama mengandung. Julia amat gembira dengan berita tersebut. Namun, tidak
bagi Mak Cik Noraini. Dia berasa amat bimbang mendengar berita mama mengandung
kerana mama pernah mengalami kompilasi sewaktu melahirkan Julia dahulu. Mak Cik
Noraini khuatir akan keselamatan Intan Maliana dan bakal zuriatnya . Bagi mama
pula, dia telah bersedia menghadapi apa jua dugaan yang bakal ditempuhnya.
BAB 3
Ketika pulang dari sekolah, Julia terdengar perbualan
antara mama dengan Mak Cik Noraini. Mak Cik Noraini mengingatkan peristiwa
semasa mama melahirkan Julia. Mama koma akibat kehilangan banyak darah. Selepas
Julia dilahirkan juga, Julia menghidap penyakit demam kuning dan alah kepada
susu tepung bayi.
Namun, kata mama seorang isteri perlu melakukan
pengorbanan demi membahagiakan seorang suami. Oleh sebab papa menginginkan anak
lagi, mama sanggup menggadaikan nyawanya. Yang pasti, mama akan menjaga
kandungannya dan tidak akan menggugurkan kandungan itu walaupun dirinya
menghadapi risiko.
Papa pulang tidak berapa lama selepas itu. Julia
mengajak papanya bermain tenis di Kelana Jaya. Pada mulanya, papa enggan tetapi
akhirnya bersetuju kerana tidak mahu membabitkan mama yang sedang mengandung.
Papa merupakan seorang pemain tenis yang handal.
Lantaran itu, banyak orang, terutamanya anak gadis, tergila-gilakannya. Ketika
Julia mengimbas kembali sesuatu peristiwa, secara tidak sengaja bola tenis yang
dibaling oleh papa terkena muka Julia. Semasa papa sedang sibuk menuam muka
Julia, salah seorang daripada pelajar papa, Aisyah, menegur papa.
Selepas bermain tenis, papa mengajak
Aisyah minum di kantin. Namun, Julia tidak berasa selesa dengan kehadiran
Aisyah lalu mengajak papa pulang. Julia bertanyakan pendapat papa tentang
Aisyah. Papa hanya menganggap Aisyah sebagai penuntutnya dan tidak lebih
daripada itu.
BAB 4
Selepas waktu sekolah, mama merungut
kerana lama menunggu Julia. Julia menerangkan bahawa beberapa rakan sekelasnya
ingin meminjam nota Geografinya. Mama memberitahu Julia bahawa dia terpaksa
menghantar Cikgu Suzie ke bengkel kereta di Seksyen 14 untuk mengambil kereta
yang telah siap dibaiki.
Dalam perjalanan, Cikgu Suzie bertanya
tentang hasrat mama untuk mengandung lagi. Cikgu Suzie mengungkit kisah silam
mama yang koma selepas melahirkan Julia. Julia yang tidak cukup bulan pula
menghidap Jaundis. Cikgu Suzie khuatir perkara yang sama akan berlaku kepada
kandungannya kali ini.
Namun, mama tetap berkeras untuk tidak
menggugurkan kandungannya. Bagi mama, dia sanggup melakukan apa-apa sahaja demi
membahagiakan papa, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai risiko. Julia amat
terharu dengan sikap mamanya yang tabah dan sanggup berkorban.
BAB 5
Kandungan mama kian hari kian membesar.
Menurut papa, mama bakal melahirkan anak kembar dalam masa empat bulan lagi.
Julia berasa sungguh gembira kerana akan menerima kehadiran adik-adiknya.
Semasa sedang duduk di ruang tamu, mama
menyuarakan perasaannya kepada papa tentang kerisauannya tentang perkara yang
akan berlaku. Papa mengatakan bahawa sekiranya kejadian lama berulang lagi, dia
telah bersedia untuk menghadapinya.
Papa menasihati mama agar sentiasa
menurut arahan doktor dan mengambil ubatan tepat pada masanya. Papa juga
bertanya kepada mama sama ada dia menyesal ataskeputusannya untuk mengandung
itu. Papa khuatir dengan komplikasi yang bakal dialami mama.
Di dapur, Julia bertanyakan keadaan mama ketika
melahirkannya kepada Mak Cik Noraini. Mak Cik Noraini menceritakan segalanya
dan memberitahu bahawa dialah yang banyak menjaga Julia sejak kecil.
BAB 6
Di kolej tempat papa mengajar itu,
terdapat seorang daripada pelajarnya, Aisyah, sering berjumpa dengan papa untuk
bertanya tentang pelajarannya. Aisyah amat meminati pengajaran papa. Kadang
kala, papa akan menumpangkan Aisyah hingga ke rumahnya di Seksyen 7, Kelana
Jaya. Aisyah sering mempelawa papa minum di warung yang berhampiran kolej.
Namun, sebagai seorang suami yang setia, papa tidak memenuhi pelawaan Aisyah
itu kerana tidak mahu menimbulkan salah faham antara dia, mama, dan Intan
Julia.
Bagi Julia, Aisyah seorang yang jelita.
Badannya lebih besar dan lebih berisi daripada mama dan Julia. Daripada papa,
Julia mengetahui bahawa Aisyah akan tamat pengajiannya pada tahun itu. Sebagai
anak gadis kepada seorang hartawan yang kaya, kehidupan Aisyah terjamin mewah
dan selesa dengan harta ayahnya yang menggunung. Oleh itu, pencapaian
akademiknya bukan penentu masa hadapannya.
Pernah Julia menduga papa kalau-kalau
papa berminat untuk menjadikan Aisyah sebagai kekasihnya dan seterusnya isteri
keduanya. Namun papa memberitahu Julia bahawa dia tidak berminat untuk menjalin
hubungan erat dengan Aisyah. Kasihnya terhadap mama tidak berbelah bahagi dan
tidak ingin melihat mama berkongsi kasihnya dengan perempuan lain. Lebih-lebih
lagi, mama tidak mengizinkan papa memadukannya.
BAB 7
Papa telah menyediakan pelbagai kelengkapan untuk anak
kembar lelakinya. Tindakan papa itu ditegur oleh sepupunya, Mak Cik Noraini
kerana menurut kepercayaannya, tidak elok membeli barangan bayi pada peringkat awal
kehamilan. Papa memarahi Mak Cik Noraini kerana terlalu mempercayai perkara
karut-marut. Bagi papa segalanya terpulang kepada takdir.
Pada pukul 4 pagi, semua orang dikejutkan oleh papa
kerana sudah tiba masanya untuk mama bersalin. Julia membantu papa memapah mama
menuruni anak tangga. Mama menahan kesakitan. Matanya terbeliak, mulutnya terkumat-kamit
dan dahinya berpeluh. Mama mengeluh beberapa kali menyatakan kesakitannya.
Selepas masuk ke dalam kereta, Julia cuba
mententeramkan mama. Papa masuk ke dalam rumah untuk menyalin pakaian sebelum
ke hospital. Mama dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di
Cheras untuk menerima rawatan. Bagi papa, kelengkapan di hospital kerajaan
lebih baik berbanding kelengkapan di hospital swasta.
Apabila sampai di hospital, beberapa pembantu hospital
segera menolak strecer untuk membawa mama. Semasa mama ditolak menuju ke bilik
pembedahan, mama sempat berpesan kepada papa agar reda dengan sebarang
kemungkinan yang terjadi. Mama juga memohon maaf atas segala kesalahan dan
kesilapannya.
BAB 8
Mama telah dimasukkan ke dalam bilik pembedahan. Papa,
Julia, dan Mak Cik Noraini menunggu di luar bilik pembedahan dengan penuh
keresahan. Tidak lama kemudian, papa didatangi oleh seorang doktor dan papa
diminta menandatangani surat kebenaran untuk menjalankan pembedahan ke atas
mama kerana terdapat komplikasi terhadap kandungan kembar mama.
Selepas tiga jam berlalu, doktor tersebut memberitahu
papa bahawa zuriatnya merupakan kembar siam. Namun begitu, mereka telah
meninggal dunia sewaktu masih dalam kandungan. Menurut doktor, mama kehilangan
darah yang banyak. Mama Berjaya diselamatkan namun koma. Papa mengisi borang
permohonan untuk membawa mayat kedua-dua anak lelakinya pulang untuk
disemadikan.
Banyak orang mengunjungi rumah papa dan memberi
dorongan kepada papa supaya tabah menghadapi cabaran.
BAB 9
Kini tugas menghantar dan mengambil Julia diambil alih
oleh papa. Papa sempat mencium pipi Julia sebelum meninggalkannya. Ketika di
dalam kelas, Julia disapa oleh seoarang pelajar baru bernama Rasylan . Rasylan
mengatakan bahawa Julia begitu bertuah memiliki seorang bapa yang prihatin.
Julia menangis apabila teringat akan mama. Rasylan , tanpa mengetahui sebab
Julia menangis, meminta maaf sekiranya dialah yang menyinggung perasaan Julia.
Selepas tamat mengajar, Cikgu Suziyah memberitahu
Julia tentang hasratnya untuk melawat mama selepas waktu sekolah. Beliau turut
mempelawa Julia agar pergi bersama-samanya. Julia menyatakan bahawa dia akan
pergi hospital bersama-sama papa dan mencadangkan Cikgu Suziyah mengikuti
kereta ppapa daripada belakang.
Selepas rehat, Julia dan rakan-rakannya ketiadaan guru
sejarah. Ketika itulah , Rasylan menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan
Julia di perpustakaan selepas waktu persekolahan. Namun, Julia terpaksa
menolak.
BAB 10
Apabila sampai di hospital, papa, Julia, dan Cikgu
Suziyah berjalan menuju ke wad ICU. Sebelum memasuki wad tersebut, mereka
terpaksa menyalin pakaian untuk memastikan kebersihan. Papa sempat menyatakan
hasratnya untuk melihat mama cepat sembuh. Julia amat terharu mendengar
kata-kata papa itu.
Ketika Julia menelaah buku di dalam bilik bacaannya,
dia melihat foto papa, mama dan dirinya. Pelbagai kenangan manis timbul
tenggelam dalam fikirannya. Dia melihat gambar papa dan mama ketika berkahwin,
gambar Julia ketika dia dilahirkan, dan gambar semasa menyambut hari jadi Julia
yang pertama.
Kemudian Julia mengambil sepucuk surat yang ditulis
oleh papa kepada mama lalu membaca kandungannya. Dalam surat tersebut, papa
meluahkan perasaan cinta dan kasihnya terhadap mama. Papa berterima kasih
terhadap mama atas nasihat dan dorongannya. Papa bersyukur kepada tuhan kerana
memilik seorang isteri yang baik seperti mama.
Mak Cik Noraini mengajak Julia makan bersama-samanya.
Bagi Julia , Mak Cik Noraini umpama ibu keduanya kerana dialah yang telah
menjaga Julia sejak kecil. Namun dia telah kehilangan suami dan anak-anaknya
tujuh belas tahun dahulu. Mereka telah terlibat dalam suatu kemalangan ketika
dalam perjalanan ke Bidor. Hanya Mak Cik Noraini yang terselamat. Sebagai
pertolongan, papa mengajak Mak Cik Noraini tinggal bersama-samanya. Mak Cik
Noraini yang mulanya sentiasa menangis diberikan tanggungjawab untuk menjaga
Julia. Sejak itu, dia memikul tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi.
BAB 11
Keadaan mama masih juga sama seperti dahulu. Pada
suatu petang, sekembalinya Julia daripada menduduki kertas Matematik untuk
peperiksaan SPMnya, dia terdengar perbualan antara Mak Cik Noraini dengan papa.
Mak Cik Noraini meminta papa agar berkahwin lagi. Dia tidak sampai hati melihat
papa hidup sendirian dan tidak seceria dahulu.
Namun, papa mengatakan bahawa dia sanggup menanti mama
pulih dan sukar baginya mencari pengganti mama. Lebih-lebih lagi, dia perlu
menjaga perasaan Julia. Papa bertanyakan Julia tentang peperiksaannya pada hari
itu. Menurut Julia, dia dapat menjawab soalansoalan tersebut dengan baik dan
yakin. Julia meminta izin daripada papa untuk ke rumah Rasylan pada keesokan
harinya.
Pada pandangan papa, Julia sepatutnya memperkenalkan
Rasylan kepadanya terlebih dahulu sebelum pergi ke rumahnya. Sebagai seorang
perempuan, Julia harus menjaga maruahnya dengan baik. Papa menyedarkan Julia
tentang kepentingan untuk membuat pertimbangan yang wajar sebelum mengambil
sebarang tindakan.
BAB 12
Pada keesokan hari, sekembalinya Julia dari sekolah,
dia mendapati bahawa sebuah ambulans berada di hadapan rumahnya. Mama telah
dihantar pulang dan ditempatkan di sebuah bilik yang dilengkapi dengan
peralatan perubatan. Julia berasa gembira kerana dapat berdampingan dengan mama
lagi.
Petang itu, Julia telah mengikuti Kak Aisyah bermain
tenis di Kelab Kelana Jaya. Pada mulanya, Julia agak keberatan untuk pergi
kerana dia mahu meluangkan masa dengan mama. Namun, papa menggesanya kerana dia
telah berjanji dengan Aisyah.
Ketika dalam perjalanan, Kak Aisyah bertanya sama ada
Julia ingin melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Julia
menyatakan bahwa dia berminat namun terpaksa menangguhkan hasratnya dan menjaga
mama. Kak Aisyah menasihati Julia supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran
kerana itulah tanggungjawab utama Julia.
Selepas bermain tenis, Kak Aisyah membawa Julia pulang
ke rumah banglonya dan memperkenalkan Julia kepada ibu bapanya. Julia sempat
berbual-bual dengan ibu Kak Aisyah yang bertanyakan keadaan mama. Julia
menyatakan bahwa mama sudah dibenarkan untuk dibawa pulang. Dia akan menjaga
mama sementara menunggu keputusan SPMnya.
BAB 13
Sudah hampir lapan bulan mama koma. Keputusan SPM
Julia bakal diumumkan tidak lama lagi. Papa tetap mencurahkan kasih sayng yang
tidak berbelah bahagi kepada mama dan berjanji akan sentiasa menemani mama
sehingga ke saat-saat mama sedar. Julia memperkenalkan Rasylan kepada papa.
Rasylan memberitahu bahawa dia tinggal di klang bersama-sama Datuk Mustakim
yang merupakan bapa angkatnya. Sebelum dijadikan anak yatim oleh Datuk Mustakim,
dia tinggal di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Papa sebenarnya kenal benar dengan Datuk Mustakim.
Menurut papa, semasa Julia berumur empat tahun, kereta yang dipandu oleh Datuk
Mustakim telah melanggar ibu bapanya. Kemalangan itu menyebabkan bapanya
meninggal dunia manakala ibu papa menjadi lumpuh. Datuk Mustakim tidak
menghentikan keretanya selepas melanggar ibu bapa papa, mungkin kerana takut
dibelasah penduduk kampung. Selepas kejadian tersebut, Datuk Mustakim sentiasa
menghantar wang pampasan demi membiayai kesemua kos rawatan ibu papa. Namun,
ibu papa meninggal dunia.
Rasylan bersedia untuk mengaturkan pertemuan papa
dengan bapa angkatnya. Namun begitu, papa menolak, mungkin kerana masih marah
terhadap perbuatan Datuk Mustakim yang meragut nyawa kedua ibu bapanya.
BAB 14
Hubungan Julia dengan Rasylan bertambah intim dan
mesra. Nyatalah Julia menaruh hati kepada Rasylan. Setelah pulang ke rumah,
Julia ditegur oleh papa kerana buat lewat. Papa tidak senang hati apabila Julia
bersahabat dengan Rasylan. Pendirian papa itu amat mengejutkan dan mengecewakan
Julia. Julia sendiri berasa keliru dan kecewa dengan perasaan papa itu.
Petang itu, Julia bertanya kepada papa sebab-sebab
papa tidak merestui hubungan Julia dengan Rasylan. Menurut papa, latarbelakang
Rasylan tidak begitu jelas. Tambahan pula, ibu bapa angkat Rasylan tidak
memperlihatkan cirri-ciri yang mulia. Namun bagi Julia, Rasylan baik orangnya.
Rasylan bukan sahaja pandai dan bijak, malah, dia memiliki nilai-nilai
kemanusiaan yang murni. Namun begitu, sebagai seorang anak yang patuh, dia
berjanji akan merenggangkan hubungannya dengan Rasylan.
BAB 15
Keputusan peperiksaan SPM diumumkan. Julia dan Rasylan
Berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Papa berasa amat gembira dngan
keputusan Julia yang begitu cemerlang. Selepas mendapat keputusan, Julia
mempelawa Rasylan untuk meraikan kejayaan itu bersama-sama. Di Starbucks
Coffee, Julia terserempak papa bersama seorang perempuan sedang menikmati pizza
bersama-sama dengan mesranya. Keadaan itu menyebabkan Julia berasa kurang
selesa.
Sekembalinya ke rumah, Julia disambut papa dengan
mesra. Papa sempat bertanyakan rancangan Julia selepas itu. Julia memberitahu
papa bahawa dia ingin melanjutkan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa
dalam bidang ekonomi. Bagi Julia, UIA menitikberatkan ajaran dan didikan agama
yang dapat mendorong kepada pembentukan insan mulia.
BAB 16
Permohonan Julia untuk menyambung
pelajaran di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa telah diluluskan.
Sebelum meninggalkan rumah, Julia ingin memaklumkan perkara itu kepada mama.
Julia melihat papa sedang berbual-bual dengan mama. Papa sedang memberitahu
mama tentang keputusan Julia untuk menyambung pelajarannya di matrikulasi UIA.
Papa akan berasa kehilangan tanpa Julia di sisinya. Dia turut menyuarakan
harapannya agar mama cepat sembuh.
Papa menghantar Julia ke UIA untuk sesi
pendaftaran. Julia ditempatkan di Asrama Khadijah. Rasylan turutditerima masuk
ke universiti yang sama dan ditempatkan di Asrama Usman bin Affan. Selepas pendaftaran,
Julia dan Rasylan bertemu. Rasylan menyatakan rasa cemburunya terhadap hubungan
mesra Julia dengan papa. Dia sendiri tidak menikmati hubungan semesra itu
bersama=sama ibu bapa angkatnya. Belakangan ini, hubungan mereka agak renggang.
Mereka tidak menemani Rasylan pada hari pendaftaran kerana pergi ke Kuala
Kangsar. Rasylan kecewa dengan sikap mereka.
Pada keesokan hari, Julia dan Rasylan pergi ke kedai
buku MPH di Mid Valley. Selepas itu, mereka ke Starbucks Coffee untuk menikmati
kopi dan muffin kegemaran Julia. Buat kali keduanya, Julia terserempak papa dan
Aisyah yang begitu mesra berbual-bual.
BAB 17
Peristiwa Julia terserempak dengan papa
dan Aisyah begitu merunsingkan Julia. Dia ingin bertanya kepada papa mengenai
hubungan mereka pada hari Sabtu nanti. Pada petang sabtu, Julia pulang ke
rumah. Julia bertanyakan keadaan mama kepada papa dan dimaklumkan bahawa mama
masih koma.
Ketika berada dalam bilik, Julia
memikirkan hubungan antara papa dengan Aisyah. Baginya, terdapat kemungkinan
papa memerlukan teman untuk berkongsi perasaan dan fikirannya. Akhirnya, Julia
membuat keputusan bahawa sangkaannya tidak benar. Pada keesokan hari, papa
menghantar Julia untuk pulang ke matrikulasi UIA. Papa turut memberikan wang
saku yang banyak kepada Julia memandangkan Julia tidak pulang ke rumah pada
hujung minggu itu.
Pada hari minggu, papa menelefon Julia.
Pada mulanya, Julia agak keberatan untuk menjawabnya kerana dia sibuk dengan
tugasannya. Namun begitu, selepas memikirkankalau-kalau papa membawa berita penting
tentang mama. Setelah diberitahu bahawa keadaan mama masih sama, Julia berasa
sia-sia sahaja dia menjawab panggilan papa itu. Tanpa disedari, Julia telah
menyinggung perasaan papa dengan melemparkan soalan yang tidak patut ditanya.
Julia sempat memohon maaf kepada papa atas sikapnya itu.
Rasylan mempelawa Julia untuk menjamu
selera di Restoran A&W yang terletak di Amcorp Mall. Dalam perjalanan,
Rasylan memberitahu Julia tentang Encik Muaz yang mendakwa dirinya sebagai bapa
kandung Rasylan. Encik Muaz memintanya untuk menjalankan pemeriksaan DNA. Julia
masih merahsiakan hubungannya dengan Rasylan daripada papa memandangkan papa
tidak merestui hubungan mereka.
Ketika mereka tiba di pusat beli belah tersebut, Julia
terlihat kereta papa. Di suatu sudut Restoran A&W, Julia mendapati papa
sedang berbual-bual dengan Aisyah. Julia kecewa dan sedih melihat kemesraan
mereka berdua. Kemudian, Julia menyatakan bahawa dia ingin meninggalkan
restoran itu kerana dia tidak ingin kehadirannya disedari oleh papa.
BAB 18
Julia pulang ke rumahnya. Semasa di pintu masuk, Julia
terdengar perbualan antara Mak Cik Noraini dengan papa. Mak Cik Noraini
menyatakan dia menyokong penuh keputusan papa untuk berkahwin lagi. Ketika
masuk ke rumah, papa yang sedang membaca majalah menyambut kedatangan Julia
dengan senyuman. Kemudian, Julia duduk di ruang tamu dan cuba membangkitkan
niat papa untuk berkahwin lagi. Julia mengingatkan papa bahawa mama masih
hidup. Dia juga memberitahu papa bahawa dia telah terserempak papa dengan
Aisyah sebanyak tiga kali. Dia tidak sanggup melihat papa menjadi seorang suami
yang tidak setia kepada isterinya. Julia menganggap papa sebagai pengkhianat
dan seorang suami yang curang. Dakwaan Julia itu benar-benar membuatkan papa
marah sehingga bertindak menampar Julia. Julia berasa terkejut dan sedih kerana
papa tidak pernah melayannya sedemikian.
Pada keesokan harinya, Julia pulang ke kampus.
Pelawaan papa untuk bersarapan bersama ditolak Julia. Ekspresi wajah papa jelas
memperlihatkan kekesalannya.
BAB 19
Rasylan menasihati Julia agar menerima kenyataan
bahawa papa ingin berkahwin lagi. Bagi Rasylan, papa seperti insan yang lain,
ingin mempunyai teman berkongsi pengalaman hidup dengannya. Namun, Julia tetap
dengan pendiriannya kerana dia tidak sanggup berkongsi papa dengan perempuan
lagi selain mamanya.Kemudian, Julia bertanya Rasylan sama ada dia telah
menjalani pemeriksaan DNA. Rasylan memberitahu bahawa keputusan pemeriksaan itu
adalah positif. Rasylan memberitahu Julia tentang nasib dirinya sebagai seorang
anak luar nikah hasil hubungan Enck Muaz dengan pengemas biliknya yang
berbangsa Indonesia. Namun, Encik Muaz meninggalkan Malaysia sewaktu ibu
Rasylan mengandungkannya. Selepas Rasylan dilahirkan, dia ditinggalkan di tepi
longkang di Bandar Klang kerana tidak sanggup menanggung malu melahirkan anak
tanpa suami. Rasylan berasa benci terhadap ibu kandungnya dan Encik Muaz.
Baginya, hanya Datuk Mustakim bapanya.
Julia bertemu dengan Rasylan di Laman Budaya. Rasylan
yang pada ketika itu sedang berbual-bual dengan Encik Muaz memberitahu Julia
bahawa papanya sedang menunggu di luar kampus. Papa mempelawa Julia minum
bersamanya kerana ingin membincangkan sesuatu dengan Julia. Di Coffee House,
Hotel Paya Serai, papa menerangkan situasi yang sedang dihadapinya. Dia berasa
sunyi sejak mama koma. Sebagai seorang lelaki, dia memerlukan teman untuk
berkongsi pengalaman hidup. Kesihatan papa juga kian merosot. Namun begitu,
Julia mendakwa bahawa papalah punca mama jatuh sakit. Dakwaan Julia itu
mengejutkan papa.
Papa tetap bersabar dengan karenah Julia dan
memberitahu Julia bahawa dia tetap bersabar sekian lama kerana terhutang budi
kepada mama. Penjelasan papa benar-benar membimbangkan Julia. Dia berasa
khuatir akan kesihatan papa. Akhirnya, Julia merestui keinginan papanya
berkahwin lagi.
BAB 20
Rasylan memberitahu Julia tentang nasib dirinya
sebagai seorang anak luar nikah hasil hubungan Enck Muaz dengan pengemas
biliknya yang berbangsa Indonesia. Namun, Encik Muaz meninggalkan Malaysia
sewaktu ibu Rasylan mengandungkannya. Selepas Rasylan dilahirkan, dia
ditinggalkan di tepi longkang di Bandar Klang kerana tidak sanggup menanggung
malu melahirkan anak tanpa suami. Rasylan berasa benci terhadap ibu kandungnya
dan Encik Muaz. Baginya, hanya Datuk Mustakim bapanya.
Emosi Rasylan itu telah membuatkan Julia
terfikir akan keikhlasan hatinya mengizinkan papa untuk berkahwin lagi. Namun
dia khuatir kasih sayang papa terhadapnya akan berkurangan. Julia benar-benar
berharap mama cepat sembuh supaya keluarga tersebut kembali bahagia.
Hari itu, Julia terpaksa akur dengan
pelawaan papa untuk minum di luar. Papa hendak memperkenalkan kak Aisyah kepada
Julia. Papa meminta agar memanggil Kak Aisyah “mak cik” . Julia sudah lama
berkenalan dengan Aisyah dan pertemuan itu sebenarnya bukan pertemuan yang
pertama.
Pada hujung minggu itu, papa meminta
agar Julia hadir ke upacara pernikahannya. Namun begitu, Julia enggan dan
member alas an bahawa dia ingin menjaga mama di rumah. Ketika melihat Julia
menangis, papa bertindak mahu membatalkan upacara pernikahan itu namun dihalang
Julia.
BAB 21
Julia mengalami demam panas yang agak
serius dan dihantar ke hospital. Ketika terlantar di hospital, Julia bermimpi
didatangi seorang lelaki bernama Jeffri yang mirip papa. Jeffri memujuk Julia
supaya merelakan keputusan papa untuk berkahwin lagi kerana itulah satu-satunya
cara untuk membahagiakan papa. Walau bagaimanapun, Julia tetap berat hati untuk
menerimanya. Ketika Julia sedar, papa dan Mak Cik Aisyah sedang memandangnya
sambil melemparan senyuman. Kemudian, doktor menyuntik ubat ke dalam badan
Julia. Selepas itu, Julia tidak sedarkan diri.
BAB 22
Tiga hari, Julia terlantar di hospital.
Pada hari yang ketiga, Julia didatangi Doktor Razif. Beliau cuba bertanyakan
sebab-sebab Julia jatuh sakit. Beliau menyatakan bahawa Julia mengalami masalah
jiwa dan emosi sehingga menjejaskan kesihatannya. Julia enggan memberiathu
masalahnya. Doktor menasihati Julia agar tabah menghadapi dugaan hidup. Papa
dan Mak Cik Aisyah menjemput Julia pulang. Mak Cik Aisyah meminta Julia agar
mengemaskan rambutnya. Julia yang pada mulanya tidak mengendahkan arahan Mak
Cik Aisyah akhirnya akur. Dia mengemaskan rambutnya dan mengenakan gincu pada
bibirnya.
Cuti pertangahan semester telah tamat
dan Julia akan pulang ke kampus. Sebelum dia melangkah turun dari kereta, Julia
bertanya kepada papa tentang bilakan mama akan sedar daripada koma. Julia akan
menduduki peperiksaan akhir semester yang bakal menentukan sama ada dia akan
ditawarkan tempat di kampus induk UIA di Gombak atau tidak. Dia dan Rasylan
berusaha bersungguh-sungguh tanpa jemu.
Selepas lapan minggu Julia dan Rasylan
belajar, mereka diberi pelepasan selama beberapa hari untuk merehatkan minda.
Rasylan mengajak Julia pergi ke Mid Valley. Selepas peperiksaan semester kedua,
Julia pulang ke rumahnya. Dia yakin bahawa dia akan memperoleh keputusan yang
baik.
Semasa duduk di ruang tamu, Julia
bertanya kepada papa tentang perancangan bulan madu mereka. Papa tidak
mengendahkan pertanyaan Julia dan bertanya tentang peperiksaan yang diduduki
Julia. Julia memberitahu bahawa keputusannya akan diumumkan dua minggu sebelum
akhir tahun.
Ketika Julia melepasi bilik bacaan papa,
dia terdengar pertelingkahan antara papa dengan ibu tirinya. Papa menegur
perbuatan Mak Cik Aisyah yang memasuki bilik mama kerana baginya mama merupakan
orang paling penting dalam hidupnya. Daripada perbualan mereka, Julia dapat
tahu bahawa Mak Cik Aisyah mengandung. Perbuatan Julia mencuri dengar perbualan
papa dan ibu tirinya ditegur Mak Cik Noraini. Ketika berada di meja makan,
Julia menceritakan perbualan papa dengan Mak Cik Aisyah kepada Mak Cik Noraini.
Julia menyatakan bahawa terdapat kemungkinan Mak Cik Aisyah ingin meracuninya.
Mak Cik Noraini terdengar dakwaan Julia dan berasa amat sedih. Julia meminta
maaf kerana terlanjur kata. Dia juga menyatakan keikhlasannya untuk menerima
Mak Cik Aisyah sebagai ibu tiri. Mak Cik Aisyah berterima kasih atas kesudian
Julia untuk menerimanya dan berjanji akan menjaga papa dan Julia dengan baik.
BAB 23
Hubungan antara Julia dengan Rasylan bertambah intim.
Kekacakan Rasylan pula kian terserlah. Tidak kira ke mana mereka berdua di
dalam kampus, kemunculan Rasylan menarik perhatian sesetengah warga kampus.
Kadang kala, Julia berasa kurang selesa dipandang orang begitu sahaja. Dia menyuarakan
ketidakselesaannya buat pengetahuan Rasylan. Namun di luar dugaannya, perkara
itu menimbulkan rungutan dan perasaan cemburu dalam diri Rasylan. Rasylan
pernah terserempak Julia ditegur dan didampingi seorang senior yang kacak.
Julia pula mengungkit kenyataan bahawa Rasylan sentiasa didampingi
pelajar-pelajar perempuan, tidak kira senior atau junior. Namun, dia tidak
pernah memarahi Rasylan tentang itu. Pertengkaran mereka terhenti apabila
pelajar perempuan senior member salam kepada mereka. Rasylan menjawab salam
mereka dengan cepat. Bagi Julia, tiada guna untuk dia cemburu kerana baginya,
Rasylan mempunyai kebebasan untuk bertegur sapa dengan sesiapa pun.
Dalam perjalanan pulang, Julia bertanya kepada Rasylan
sama ada Datuk Mustakim mengetahui tawaran Encik Muaz. Oleh sebab Rasylan
mengendahnkan pertanyaannya, dia bertanya pula sama ada Rasylan menerima
tawaran Encik Muaz. Menurut Rasylan, dia tidak menerimanya kerana baginya,
Encik Muaz seorang yang tidak bertanggungjawab. Dia kecewa Encik Mustakim dan
ibunya sanggup meninggalkan Rasylan begitu sahaja. Sebaliknya, dia cukup
berterima kasih kepada Datuk Mustakim kerana mengambilnya sebagai anak angkat.
Nasihat Julia supaya Rasylan menerima encik Muaz diendahkan oleh Rasylan.
Julia menyatakan bahawa dia akan tetap bersama Rasylan
walau apa keputusan yang Rasylan pilih. Bagi Rasylan janji yang dibuat oleh
Julia itu masih terlalu awal kerana dia sendiri tidak tahu apa yang akan
berlaku di kemudian hari. Namun, Julia tetap menegaskan bahawa dia akan berpegang
teguh pada janjinya.
BAB 23
Apabila Julia samapi di rumah , suasana rumahnya
kelihatan lengang. Papa dan Mak Cik Aisyah telah pergi ke rumah Mak Cik Aisyah
di Singapore. Julia berasa gembira menunggu saat kelahiran adiknya tidak lama
lagi. Papa kini semakin bersemangat untuk menjalani kehidupan.
Semasa duduk-duduk di ruang tamu, Mak Cik Aisyah
bertanyakan masalah Julia. Julia menceritakan masalah hubungan cintanya dengan
Rasylan. Julia bertanyakan sama ada ibu tirinya pernah menghadapi masalah seperti
itu. Mak Cik Aisyah menyatakan bahawa papalah orang yang dicintainya di
universiti. Mak Cik Aisyah menasihati Julia agar sabar menghadapi karenah teman
lelakinya kerana perasaan cemburu merupakan perkara biasa dalam hubungan.
Perbualan mereka terhenti apabila papa memberitahu
bahawa Rasylan menelefon Julia. Julia yang pada mulanya enggan menjawab
panggilan tersebut dinasihati papa supaya menyelesaikan masalah antara mereka
secepat mungkin. Rasylan mengajak Julia keluar tetapi Julia menolak.
Selesai sembahyang maghrib, Julia dan pap ke bilik
mama. Tanpa disangka, mama membuka matanya, menggerak-gerakkan jarinya dan
mulutnya kelihatan terkumat-kamit seolah-olah cuba mengucapkan sesuatu. Papa
dan Julia berasa gembira dengan perkembangan mama. Namun, kemunculan Aisyah
menghairankan mama. Papa memperkenalkan Aisyah kepada mama dan menerangkan
bahawa dia merupakan isteri keduanya.
Mama sukar untuk menerima kenyataan tersebut. Dalam
tangisannya, dia menghembuskan nafas yang terakhir. Papa tidak dapt menahan air
matanya atas pemergian mama. Bagi Julia, papa betul-betul telah tewas akibat
kehilangan isteri kesayangan.
No comments:
Post a Comment