Punca Gejala Sosial Pembuangan Bayi
Pada zaman serba moden ini,kita sering disajikan dengan berita pembuangan bayi.Lebih menyedihkan lagi,bayi-bayi tidak berdosa ini dibuang secara membuta tuli tanpa sifat berperikemanusiaan.Sebagai contoh,anak-anak kecil ini dibuang di tempat-tempat kotor,misalnya di tepi longkang,di tempat pembuangan sampah dan di dalam tandas.Sebagai seorang manusia,di manakah nilai kemanusiaan dalam diri kita?Isu ini dikatakan seperti tidak menemui penghujungnya malah semakin meruncing sejak beberapa dekad belakangan ini.Satu persoalan pasti berlegar-legar di benak kita iaitu "Mengapakah gejala sedemikian boleh terjadi?"
Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa kurangnya didikan agama dalam diri remaja itu sendiri turut menyumbang kepada kemelut gejala sosial pembuangan bayi.Pendek kata,kurangnya ilmu agama di dada menyebabkan mereka menganggap perbuatan maksiat itu adalah perkara biasa.Amatlah tidak adil seandainya kita hanya menunding jari ke arah remaja sahaja.Jangan kita lupa bahawa ibu bapa juga terlibat dalam masalah ini.Kebanyakan ibu bapa lebih mengutamakan pendidikan duniawi daripada didikan agama.Tanpa pegangan agama yang mantap,remaja lebih mudah terjebak dalam maksiat zina.Lebih teruk lagi,apabila hubungan yang dilakukan tanpa ikatan sah membuahkan hasil.Dalam situasi ini,remaja yang baru berumur setahun jagung ini akan bertindak nekad dengan membuang bayi tersebut sejurus dilahirkan.Akibatnya,bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa ketelanjuran remaja yang bertuhankan nafsu semata-mata.
Rakan yang baik dapat membentuk sikap yang positif dalam diri seseorang remaja.Oleh itu,pengaruh rakan sebaya juga penyebab berlakunya fenomena pembuagan bayi.Hal ini kerana remaja terutamanya di peringkat sekolah menengah,lebih terdedah serta lebih mudah terpengaruh oleh elemen yang tidak sihatseperti rakan sebaya yang bersikap negatif.Sebagai contoh,remaja mudah terpujuk dengan ajakan rakan sebaya untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma dan perempuan.Remaja-remaja ini tanpa rasa malu melakukan hubungan seks bebas dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya telah hamil.Dalam keadaan terdesak dan tanpa berfikiran rasional,mereka membuang anak kecil yang tidak bersalah itu supaya maruah diri dan keluarga tidak tercemar.Jelaslah bahawa,kawan yang jahat umpama berkawan dengan tukang besi walaupun tidak terkena apinya,sekurang-kurangnya terkena asapnya.

No comments:
Post a Comment