Tuesday, 8 April 2014

MERAH SILU

SINOPSIS
Kisah bermula apabila Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Pada awalnya, Merah Gajah tidak mengetahui isterinya mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah kepala sehingga beliau terpandang isterinya menyikat rambut. Sewaktu Puteri Betong tidur, Merah Gajah telah mencabut rambut tersebut menyebabkan keluar darah dari liang-liang rambut sehingga menyebabkan kematiannya. 

Berita kematian Puteri Betong telah menimbulkan kemarahan ayahandanya Raja Muhammad dan mengambil tindakan membunuh Merah Gajah. Ayahanda Merah Gajah iaitu Raja Ahmad telah bertindak balas menyerang Raja Muhammad sehungga berlaku peperangan sengit menyebabkan kedua-duanya terbunuh termasuk sebilangan besar rakyat. Hanya yang tinggal Merah Silu dan Merah Hasum serta beberapa rakyat yang masih hidup dan mengaku taat setia kepada kedua-duanya untuk terus tinggal di negeri Semerlanga itu.

Merah Silu dan adiknya Merah Hasum berhasrat meninggalkan negeri itu kerana tidak ada sesiapa lagi kaum kerabatnya yang tinggal. Mereka berdua meninggalkan negeri Smerlanga menuju ke sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan di tepi sungai. Suatu hari ketika di sungai, Merah Silu terlihat banyak ikan dan dia pergi ke hulu sungai menahan bubu. Berberapa kali bubu yang ditahannya dipenuhi dengan cacing gelang-gelang. Akhirnya dia mengambil balik cacing gelang-gelang itu dan merebusnya di dalam kawah. Cacing itu telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan Merah Silu menjadi kaya. 

Merah Hasum hanya diam apabila mendengar berita Merah Silu menjadi kaya. Pada suatu hari, Merah Silu menangkap kerbau liar tetapi tindakannya itu tidak disenangi oleh Merah Hasum kerana pada pendapatnya kerja itu tidak berfaedah dan hanya memalukan dirinya sebagai saudara kepada Merah Silu. Merah Hasum meminta Merah Silu menghentikan perbuatan tersebut dan menyuruh Merah Silu keluar dari negeri itu jika tidak mauh mendengar katanya. Akhirnya Merah Silu mencari petermpatan baru dengan membawa segala harta dan kerbaunya. Merah Silu tiba di hulu Karang dan menetap di situ tetapi kehadirannya tidak disenangai oleh penduduk kampung kerana kerbau-kerbay itu memakan tanaman mereka. Merah Silu berpindah lagi ke sebuah negeri bernama Buluh Telang. Di sini beliau bertemu dengan Megat Iskandar dan menyatakan hasratnya untuk tinggal di negeri tersebut dan menganggap Megat Iskandar sebagai bapanya. Megat Iskandar bersetuju membenarkan Merah Silu tinggal di situ dan boleh memelihara kerbau kerana ada ladang yang luas. Merah Silu suka menyabung ayam dan selalu memberi kerbau sebagai hadiah kepada sesiapa yang menyabung ayam dan yang menontonnya. Megat Iskandar dengan persetujuan pembesar dan rakyat telah melantik Merah Silu menjadi raka di Rimba Jerun. Sultan Maliku'l- Nasar tidak bersetuju dan menyerang Merah Silu. Beberapa siri peperangan berlaku antara Merah Silu dengan Sultan Maliku"l- Nasar dan akhirnya sultan tewas dan Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun.

Tema
Ketabahan seorang anak raja dalam menghadapi cabaran hidup. 

contoh;
Merah Silu menjadi anak yatim piatu setelah kematian kedua-dua ibu bapa dan terpaksa merantau dengan adiknya Merah Hasum meninggalkan Semerlanga dan membuka petempatan baru di Beruana. Merah Silu terpaksa berpindah kerana sikapnya tidak disenangi oleh adiknya. Dia berpindah ke Hulu Karang tetapi tidak disukai oleh penduduk di situ kerana kerbau-kerbaunya telah merosakkan tanaman mereka. Merah Silu menetap pula di Buluh Telang apabila dipelawa oleh Megat Iskandar. Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Maliku'l- Nasar sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun.

Persoalan
1. Persoalan perselisihan antara adik-beradik
contoh peristiwa;
Perselisihan faham antara Merah Silu dengan Merah Hasum kerana tindakan Merah Silu yang menangkap kerbau liar tidak disukau oleh Merah Hasum dan dianggap memalukannya. 

2. Persoalan perkara di luar logik akal
contoh peristiwa;
Keistimewaan seseorang keturunan raja digambarkan dengan peristiwa aneh misalnya cacing gelang-gelang yang direbus oleh Merah Silu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak. 

3. Persoalan keberanian anak raja
contoh peristiwa;
Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Maliku'l- Nasar sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun. 

4. Persoalan sikap pemurah dalam kalangan masyarakat
contoh peristiwa;
Merah Silu yang suka menyabung ayam dan juga kepada yang hanya datang melihat sahaja malah dia juga memberi semula wang pertaruhan kepada mereka yang kalah.

5. Persoalan kegemaran berjudi dalam kalangan masyarakat
contoh peristiwa;
Merah Silu suka menyabung ayam dan menggunakan wang pertaruhan.

Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Merah Silu
1. Anak sulung Merah Gajah dengan Puteri Betong
2. Mempunyai saudara bernama Merah Hasum
3. Menjadi yatim piatu sejak kecil setelah kematian ibu dan ayahnya
4. Seorang yang kaya - Cacing gelang-gelang yang direbusnya bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak. 
5. Suka menyabung ayam - Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu.
6. Seorang yang tidak berputus asa - Merah Silu berulang kali menahan bubu walaupun hasilnya hanya cacing gelang-gelang.
7. Seorang yang berani - Merah Silu terlibat dalam beberapa siri peperangan.
8. Seorang yang pemurah - Merah Silu suka memberi hadiah kerbau kepada sesiapa yang terlibat dalam sabung ayam

Watak Sampingan
Merah Hasum
1. Adik kepada Merah Silu
2. Menghormati saudara - Dia bersetuju dengan pandangan Merah Silu untuk berpindah dari negeri Semerlanga. 
3. Bersikap tegas - Dia menyuruh Merah Silu meninggalkan Beruana jika tidak mahu menghentikan perbuatan menangkap kerbau liar. 

Nilai
1. Nilai Taat Setia
- Rakyat mematuhi perintah raja untuk berperang sehingga melibatkan banyak kehilangan nyawa.

2. Nilai Murah Hati
- Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada setiap orang yang hadir ke gelanggang sabung ayam

3. Nilai Keberanian
- Merah Silu berani berperang menentang Sultan Maliku'l- Nasar untuk menjadi raja di Rimba Jerun.

4. Nilai Berdikari
- Merah Silu keluar mencari petempatan baru sendirian setelah dihalau oleh Merah Hasum.

Pengajaran
1. Kita hendaklah menyelesaikan masalah yang timbul melalui rundingan bukan peperangan.
2. Kita hendaklah berani mempertahankan maruah supaya hak kita tidak diganggu-gugat.
3. Kita janganlah suka menganiyai haiwan kerana haiwan adalah makhluk Tuhan yang bernyawa.
4. Kita hendaklah menyelidik dahulu sesuatu perkhabaran sebelum mengambil sebarang tindakan. 

Disediakan oleh;
Husnina
Lavainya
Laiyan
Hema
Noorazzalea bt Gazali
Aimi Rusdi

No comments:

Post a Comment