Gejala yang melibatkan remaja
Tiada penyakit yang tidak ada penawarnya,gejala ponteng sekolah dalam kalangan remajayang dihadapi sewajarnya dibanteras sehingga ke akar umbinya.Para pelajar masa kini merupakan para cendekiawan dan barisan pemimpin masa hadapan bak kata mutiara "pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara".Kita berharap agar golongan pewaris negara yang tercinta ini terdiri daripada insan yang berdisiplin tinggi dan berpekerti mulia justeru , tiada pihak yang boleh dikecualikan daripada memikul tanggungjawab dalam membanteras gejala ini kerana tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. tidak mustahil mimpi ngeri akan menjadi realiti seandainya kita masih berpeluk tubuh. sama-samalah kita berusaha dan berdoa agar kemelut sosial ini merupakan sesuatu yang sementara sahaja.
No comments:
Post a Comment