KOMSAS - CERPEN MEMORI SEORANG TUA
AHLI KUMPULAN :-
- KISHEN
- LINGGESWARY
- HUI YEE
- ALYA
Sinopsis
Pak Itam
digambarkan seorang sebagai pejuang yang cekal. Dia telah beberapa kali keluar
masuk penjara kerana penentangannya terhadap Inggeris. Beliau berhasrat untuk
mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85. Beliau turut bercadang
untuk menjemput wartawan, mahasiswa universiti serta para penduduk Langat ke
majlis berkenan bagi berkongsi kisah perjuangannya. Ketika Pak Itam membaca
majalah Mastika lama, beliau tersentuh akan paparan Siti Nurhidayah yang
menuntut fasakh ketika beliau ditahan di penjara Singapura. Itulah kali terakhir beliau
menatap wajah dua orang anaknya, iaitu Izwan dan Nuryani Iman.
Tuk Mat merupakan orang yang banyak
membantu Pak Itam menguruskan segala persiapan untuk majlis itu dan turut
dibantu oleh beberapa orang pemuda kampung seperti Isa, Latif dan Jali. Pada hari yang ditetapkan, Pak Itam lengkap berbaju Melayu menyambut
tetamu. Orang kampung memenuhi tempat berlangsungnya majlis tersebut, namun Pak
Itam kecewa kerana tetamu dari jauh masih
belum sampai. Tambah mengecewakan Pak Itam kerana wartawan akhbar dan
televisyen tidak muncul. Pak Itam merasakan segala pengorbanannya selama ini
telah dilupakan.
Apabila tiba waktu Zuhur, Pak Itam masuk untuk menunaikan solat. Kiah
yang cemas cuba memberitahu perkara yang berlaku kepada Pak Itam. Apabila Tuk
Mat mendekati Pak Itam yang terbaring di sejadah, beliau dilihat sudah meninggal dunia. Tetamu yang hadir membacakan
surah Yasin untuk jenazah. Pada ketika itu, datang seorang perempuan tua mendekati jenazah membawa sejambak ros. Tatkala
orang ramai tercengang memikirkan identiti perempuan tersebut, Tuk Mat
menyapu air matanya dan menganggap hajat Pak Itam untuk bertemu
isterinya, Siti Nurhidayah telah tercapai.
Tema
Semangat
patriotik,
iaitu tentang keinginan seorang tokoh yang ingin berkongsi memori lampaunya
dengan masyarakat.
Sebagai
contohnya, Pak Itam ingin berkongsi perjuangan yang telah dilaluinya dengan
anak cucunya dalam usaha beliau membebaskan negara ini daripada penjajahan.
Persoalan
1) Persoalan
tentang semangat
patriotisme yang ada dalam diri pejuang untuk menentang
penjajah.
Contohnya, Pak Itam dipenjarakan beberapa kali
kerana menentang kerajaan Inggeris demi menuntut kemerdekaan.
2) Persoalan
tentang pelbagai cabaran dihadapi pada zaman sebelum kemerdekaan Negara .
Contohnya, Pak Itam terpaksa menghadapi
pelbagai rintangan termasuklah berpisah dengan isterinya serta
anak-anaknya dalam usaha hendak membebaskan bangsa dan negaranya daripada
cengkaman penjajah.
3) Persoalan
tentang perasaan kecewa
seorang pejuang Negara pada saat-saat akhir
hidupnya.
Contohnya, hati Pak Itam agak hiba kerana
tidak ramai orang yang dijemput hadir pada hari lahirnya seperti wartawan, ahli
sejarah, pelajar-pelajar universiti dan anak isterinya.
Watak utama
Pak
Itam
1.
Berasal dari Kuala Semantan, Pahang.
2.
Berumur 85 tahun.
3. Mempunyai isteri iaitu, Siti Nurhidayah dan
dua orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani
Iman
yang terpisah sejak isterinya meminta fasakh ketika dia di penjara.
4. Mempunyai seorang anak
angkat bernama Sidah.
Watak sampingan.
Tuk
Mat
1.
Seorang bekas anggota polis.
2.
Jiran Pak Itam.
3.
Bertubuh sasa, kulit dan batang lengannya masih pejal dan kemas.
4.
Beliau rajin membantu
Pak Itam dalam usaha mengadakan sambutan hari lahirnya.
Nilai
1.
Nilai pengorbanan.
Pak
Itam sanggup menolak jawatan sebagai majistret demi cinta akan bangsa
dan
negara.
2.
Nilai cinta akan negara.
Pak
Itam berjuang
untuk membebaskan anak bangsanya daripada dibelenggu
kemiskinan
dan mahu melihat anak bangsanya mendapat pendidikan tinggi.
3.
Nilai bekerjasama.
Semua
penduduk kampung tidak kira muda atau tua berganding bahu menjayakan
persiapan
majlis sambutan hari jadi Pak Itam.
Pengajaran
1.
Kita hendaklah cinta akan bangsa dan negara agar tidak dijajah oleh
bangsa lain.
2.
Kita wajarlah saling membantu dalam setiap usaha agar pekerjaan menjadi mudah.
3.
Kita hendaklah sentiasa mentaati perintah Tuhan dengan meningkatkan amal ibadah
agar
mendapat kesenangan di kemudian hari.
4.
Kita haruslah mengenang jasa tokoh yang banyak berkorban untuk bangsa dan
negara
walaupun masa berubah.
No comments:
Post a Comment