Monday 13 July 2015

Tanggungjawab Masyarakat Dalam Membendung Gejala Penyalahgunaan Media Sosial


PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN DALAM MEMBENDUNG GEJALA PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL

               Tidak dapat dinafikan bahawa jika kita berganding bahu, nescaya kancah gejala penyalahgunaan media sosial dapat dibendung. Inisiatif yang boleh diambil oleh masyarakat dalam menangani gejala penyalahgunaan media sosial yang semakin hari semakin merunsingkan adalah dengan melibatkan institusi pendidikan yang merupakan antara pengaruh dominan dalam mendidik pewaris negara agar tidak terjebak dalam gejala ini. Institusi pendidikan bertanggungjawab dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam diri remaja yang masih belum mampu berfikiran matang, melalui Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang seyogianya diajar dengan efektif bagi mengelakkan remaja daripada mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang menular dari pelbagai jenis sumber. Namun begitu, penerapan nilai positif sewaktu sesi pembelajaran dan pendidikan ( PDP ) belum lagi mencukupi malah unit bimbingan kaunseling juga perlu memainkan peranan dalam menganjurkan pameran serta melibatkan penceramah luar bagi memberikan ceramah tentang penyalahgunaan media sosial. Melalui ceramah penyalahgunaan media sosial ini dapat memastikan remaja bukan lagi katak di bawah tempurung tetapi menjadi pemimpin masa hadapan yang berkaliber dan berpengetahuan. Namun, penerapan nilai positif tidak terhad kepada sesi pembelajaran dan pengajaran ( PDP ) dan unit bimbingan kaunseling sahaja, malah pendidikan nilai-nilai murni juga dapat disalurkan kepada remaja melalui pertandingan-pertandingan yang dapat dianjurkan selaras dengan minggu teknik dan vokasional yang melibatkan bidang ICT. Contohnya, melalui pertandingan deklamasi sajak, remaja dapat mempelajari tentang penyalahgunaan media social dalam pelbagai nada dan bentuk. Bukan sahaja dapat menikmati suara merdu rakan sebaya tetapi sekali gus dapat menimba ilmu bagai serampang dua mata. Hal ini jelaslah bahawa institusi pendidikan memain peranan penting untuk mendidik pemudi tiang negara dalam membantu masyarakat menangani gejala penyalahgunaan media sosial.

No comments:

Post a Comment