Monday 13 July 2015

Tanggungjawab Masyarakat Dalam Membendung Gejala Penyalahgunaan Media Sosial


PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN DALAM MEMBENDUNG GEJALA PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL

               Tidak dapat dinafikan bahawa jika kita berganding bahu, nescaya kancah gejala penyalahgunaan media sosial dapat dibendung. Inisiatif yang boleh diambil oleh masyarakat dalam menangani gejala penyalahgunaan media sosial yang semakin hari semakin merunsingkan adalah dengan melibatkan institusi pendidikan yang merupakan antara pengaruh dominan dalam mendidik pewaris negara agar tidak terjebak dalam gejala ini. Institusi pendidikan bertanggungjawab dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam diri remaja yang masih belum mampu berfikiran matang, melalui Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang seyogianya diajar dengan efektif bagi mengelakkan remaja daripada mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang menular dari pelbagai jenis sumber. Namun begitu, penerapan nilai positif sewaktu sesi pembelajaran dan pendidikan ( PDP ) belum lagi mencukupi malah unit bimbingan kaunseling juga perlu memainkan peranan dalam menganjurkan pameran serta melibatkan penceramah luar bagi memberikan ceramah tentang penyalahgunaan media sosial. Melalui ceramah penyalahgunaan media sosial ini dapat memastikan remaja bukan lagi katak di bawah tempurung tetapi menjadi pemimpin masa hadapan yang berkaliber dan berpengetahuan. Namun, penerapan nilai positif tidak terhad kepada sesi pembelajaran dan pengajaran ( PDP ) dan unit bimbingan kaunseling sahaja, malah pendidikan nilai-nilai murni juga dapat disalurkan kepada remaja melalui pertandingan-pertandingan yang dapat dianjurkan selaras dengan minggu teknik dan vokasional yang melibatkan bidang ICT. Contohnya, melalui pertandingan deklamasi sajak, remaja dapat mempelajari tentang penyalahgunaan media social dalam pelbagai nada dan bentuk. Bukan sahaja dapat menikmati suara merdu rakan sebaya tetapi sekali gus dapat menimba ilmu bagai serampang dua mata. Hal ini jelaslah bahawa institusi pendidikan memain peranan penting untuk mendidik pemudi tiang negara dalam membantu masyarakat menangani gejala penyalahgunaan media sosial.

Sunday 12 July 2015

Tanggungjawab Masyarakat Dalam Membendung Gejala Penyalahgunaan Media Sosial

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBENDUNG PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL


         Anak yang lahir ke dunia bagaikan kain putih, tangan ibu bapa yang mencoraknya. Peribahasa ini izhar menunjukkan bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian anak-anak. Tindakan pragmatik ibu bapa dalam menangani kemelut penyalahgunaan media sosial termasuklah mereka harus memantau anak ketika menggunakan media sosial.Pemantauan ibu bapa sebenarnya mampu mengelakkan annak-anak daripada mengakses laman laman-sesawang yang berunsurkan negatif.Bukan setakat itu sahaja,ibu bapa harus menyekat pengunaan media sosial oleh anak-anak.Ibu bapa pada masa kini mampu mengawal media sosial seperti internet dengan menyekat laman-laman sesawang yang berunsurkan negatif sebagai langkah mengatasi pengguna internet mengakses laman-laman tersebut dan sistem yang sama digunakan pada peranti komputer yang disediakan di semua milik kerajaan.Bayangkan,sekiranya ibu bapa melakasanakan sistem sebegini di rumah,sudah tentu anak-anak akan menggunakan perkhidmatan internet dengan lebih bijak dan dapat menghindari mereka daripada mengetahui mahupun mencuba untuk mengakses laman-laman berunsurkan negatif seperti yang kebiasaanya berlaku dalam kalangan remaja masa kini.Tambahan pula,gajet seperti komputer riba, i-pad, dan telefon pintar haruslah diletakkan di tempat umum di dalam rumah. Ketika melayari media sosial, remaja harus memaparkan skrin tersebut di tempat yang boleh dilihat oleh ahli keluarga. Ibu bapa harus menegur anak ketika mereka melayari ke laman web yang tidak diketahui. Ibu bapa harus mendedahkan anak-anak dengan segala maklumat berkaitan dengan media sosial.Hal in demikian kerana anak-anak perlu diberitahu mengenai baik-buruk penggunaan media sosial sebelum mereka didedahkan dengan cara menggunakan kemudahan media sosial secara bijak.Sekiranya anak-anak sudah diajar dari awal,sudah tentu anak-anak akan lebih berhati-hati dan lebih bijak dalam menggunakan media sosial pada masa akan datang bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Ibu bapa harus mengawal masa penggunaan remaja ketika menggunakan media sosial. Mereka harus menetapkan masa penggunaan dan tidak membenarkan anak menggunakan melebihi masa yang telah ditetapkan. Langkah ini membolehkan anak-anak mengamalkan etika penggunaan media sosial dengan betul.Tegasnya, ibu bapa harus memainkan peranan mereka dalam membendung gejala penyalahgunaan media sosial yang kian mempengaruhi minda generasi muda kerana tiada kusut yang tiada peleraiannya.