Thursday, 26 March 2015

Qma & Afiqah

  Berdasarkan novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain, terdapat beberapa persoalan yang dapat diperoleh dalam novel ini.

  Antara persoalannya termasuklah persoalan ketabahan dalam menghadapi cabaran hidup. Sebagai contoh, Helmi tabah menerima penghinaan daripada Datin Salmah yang selalu memaki hamun Helmi kerana perbezaan darjat mereka.

  Persoalan kedua adalah persoalan kegigihan untuk mencapai kejayaan.Sebagai contoh, Helmi gigih berusaha untuk mempelajari ilmu muzik dari Encik Bakar. Dia sanggup berulang-alik ke rumah Encik Bakar walaupun dalam keadaan susah. Akhirnya dia berjaya menjadi seorang pemuzik yang terkenal.

  Persoalan yang terakhir adalah persoalan kasih sayang antara ibu dan anak.Sebagai contoh, Datin Salmah amat risau tentang keadaan anaknya yang berubah setelah Helmi meninggalkannya. 

No comments:

Post a Comment