Tuesday, 9 December 2014

Kerjasama Negara Serantau Dalam Menangani Isu Global- kumpulan 6

PENYAKIT EBOLA: NEGARA KOMANWEL DIGESA MERANGKA PELAN BERSEPADU

PUTRAJAYA - Negara-negara Komanwel digesa untuk merangka pelan bersepadu bagi memerangi penularan wabak Ebola di Afrika Barat yang setakat ini telah mengorbankan 4,500 orang.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan dan Pentadbiran Awam Afrika Selatan Dr Patrick M. Sokhela berkata melalui penyelarasan dan kerjasama yang berkesan, negara-negara perkumpulan itu boleh menyedia dan bertindak cepat jika negara mereka dilanda wabak penyakit itu.

"Saya fikir sudah tiba masanya kita (negara-negara Komanwel) merangka pelan bersepadu mengenai isu ini. Ini sebahagain daripada perubahan yang kita perlu lakukan kerana krisis Ebola menyebabkan kita perlu bekerjasama untuk menanganinya," kata beliau kepada Bernama di luar Persidangan Dwi Tahunan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) 2014 semalam.

Sierra Leone ialah anggota Komanwel yang dilanda wabak penyakit ini , manakala dua negara bukan anggota Komanwel yang turut dilanda wabak penyakit itu ialah Guinea dan Liberia.

Menteri Perkhidmatan dan Pentadbiran Awam Afrika Selatan Collins Chabane berkata negara-negara Komanwel harus segera menyalurkan dana, bekalan dan peralatan perubatan untuk membantu ketiga-tiga negara Afrika Barat itu memerangi wabak Ebola selain menyelamatkan ekonomi mereka.

Ini ekoran kebimbangan bahawa menyisihkan Guinea, Liberia dan Sierra Leone dalam memerangi penularan wabak itu mungkin boleh membawa keruntuhan ekonomi ketiga-tiga negara itu yang bergelut dengan krisis global.

No comments:

Post a Comment