Wednesday, 10 December 2014

KERJASAMA ANTARA NEGARA JEPUN DAN MALAYSIA (kumpulan 6)

RAKYAT JEPUN PILIH MALAYSIA- BERNAMA

Masahiko Horie berkata demikian pada sidang media terakhir di kediamannya sebelum menamatkan tempoh perkhidmatannya di negara ini. Masahiko berkata, dia juga optimis lima tahun akan datang negara ini akan terus menjadi destinasi pilihan rakyat Jepun sekali gus dapat melonjakkan industri pelancongan Malaysia.

“Berdasarkan tinjauan, sebab utama rakyat Jepun suka datang ke sini kemesraan rakyat berbilang kaum di sini selain mudah berkomunikasi.“Malah mereka (rakyat Jepun) tidak terasa seperti orang asing ketika berada di negara ini. Orang Jepun dan masyarakat Cina negara ini juga tidak banyak perbezaan,” katanya.

Selain itu, katanya, kerjasama erat antara Jepun dan Malaysia dalam usaha membanteras kegiatan lanun dan kegiatan pengganas yang berlaku di Selat Melaka akan diteruskan. Beliau berkata, kerjasama sedia terjalin sebelum ini akan diteruskan bagi menjaga kepentingan kedua-dua negara seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Ekonomi (EPA) yang ditandatangani 2006 lalu. “Melalui perjanjian itu, nilai dagangan Malaysia-Jepun meningkat sehingga 50 peratus dan menjadi keutamaan untuk memastikan ia konsisten dan membantu negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia turut menerima kesan positif hasil kerjasama erat ini.

“Selain itu, kami juga akan meneruskan kerjasama dalam bidang kepakaran lain seperti sektor tenaga baru dan biofuel. Kedua bidang ini mampu membantu’ melonjakkan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi seperti hasrat Wawasan 2020,” katanya.Masahiko berkata, kerjasama dalam bidang pendidikan juga akan diperkemaskan dan satu persetujuan sudah dicapai pada kunjungan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak ke Jepun April lalu.

“Selain itu, Jepun akan membantu Malaysia dalam usaha menjadikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai bandar mesra alam dengan mencari jalan mengurangkan kadar pelepasan gas karbon dioksida (CO2) yang memberi kesan kepada perubahan cuaca.

“Perbincangan lanjut mengenai langkah yang boleh diambil sedang dilakukan membabitkan pihak berkenaan. Kami percaya ia boleh direalisasikan melalui komitmen tinggi kedua-dua negara bagi mencari jalan penyelesaian terbaik,” katanya.Beliau pada masa sama turut mengulangi ucapan terima kasih di atas sumbangan dan sokongan padu komuniti antarabangsa khususnya dari negara ini terhadap mangsa tsunami yang berlaku di negaranya pada 11 Mac lalu mengorbankan 28,000 nyawa.

No comments:

Post a Comment