TUGASAN 1
b)
Litar
Lumba Antarabangsa Sepang
Lima
tempat menarik di Malaysia.
A)
Padang
besar
Pekan
yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand ini merupakan tempat pertemuan
warga Thailand dan Malaysia. Ramai warga Malaysia yang berkunjung ke Thailand
untuk membeli-belah, berniaga atau bercuti melalui pekan ini dan begitu juga
sebaliknya. Stesen keretapi di sini mempunyai platform yang panjang yang dijaga
oleh pihak berkuasa Malaysia di satu hujung dan pihak berkuasa Thailand di
hujung yang satu lagi. Selain dari pusat pemeriksaan Kastam dan beberapa papan
tanda di sini, amat susah untuk membezakan di mana sebenarnya sempadan tersebut
kerana kedua-dua negara mempunyai budaya yang hampir sama.
Berjalan
melewati stesen dan landasan keretapi ini akan membawa anda ke Pekan Siam iaitu
'syurga' bagi mereka suka tawar menawar harga barangan. Pekan ini dipenuhi
barangan seperti kain, hasil kraftangan, makanan, buah-buahan dan pelbagai
cenderahati. Jangan hairan sekiranya penduduk tempatan memanggil Padang Besar
'Padang Besaq' kerana ini adalah mengikut loghat tempatan mereka.
Cara termudah untuk ke Padang Besar ialah
dengan menaiki keretapi malam KTM iaitu Ekspres Langkawi dari stesen Sentral di
Kuala Lumpur. Ekspress Langkawi bertolak setiap hari kira-kira jam 8 malam
menuju ke Padang Besar dan perjalanan memakan masa selama lebih-kurang 10 jam.
Batu Pahat dan Kangar yang terletak hanya 10km dari sini menawarkan hotel
bertaraf 2 dan 3-bintang.
b)
Gua
Kelam
Salah satu dari gua yang paling menarik
di Malaysia ialah gua yang berukuran 370-meter panjang berhampiran pekan kecil
Kaki Bukit yang dinamakan Gua Kelam.
Gua Kelam terletak kira-kira 33km ke
utara Kangar iaitu ibu negeri Perlis dan sangat popular kerana laluan guanya
yang sangat menarik di mana pelawat boleh memasuki gua ini melalui pintu utama
dan keluar di tempat yang lain.
Satu-satunya jalan untuk ke gua ini ialah
melalui sebatang jambatan kayu yang tergantung. Jambatan ini menghubungkan Kaki
Bukit dengan Lembah Wan Tangga iaitu sebuah lembah di hujung Gua Kelam. Pada
tahun 1935, seorang warga Inggeris menyedari bahawa laluan sungai di sini
adalah cara yang baik untuk mengangkut bijih timah dari sebuah lombong
berhampiran sungai ini menerusi gua bawah tanah ke Kaki Bukit. Kini pelawat
tempatan dan asing boleh berjalan menerusi gua ini menggunakan sebuah laluan
kayu yang diterangi cahaya lampu.
Anda masih boleh melihat peninggalan
operasi melombong di sini. Sambil anda berjalan di dalam gua ini, bunyi air
dari anak sungai yang mengalir di bawah tanah berserta bunyi decitan kelawar
dan titisan air dari bongkahan stalaktit bergabung membentuk bunyi semula jadi
yang unik.
Bunyi yang agak menyeramkan ini
meningkatkan lagi suasana misteri yang terdapat di gua ini yang dahulunya
pernah digunakan oleh penduduk zaman purba sebagai tempat tinggal. Pelawat
disarankan untuk mendapatkan khidmat pemandu pelancong untuk memasuki gua ini.
Naiki
bas yang menuju ke Kaki Bukit dari stesen bas utama di Kangar. Kemudian anda
hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit sebelum tiba di hadapan pintu gua.
b)
Zoo
Negara
Zoo Negara mempunyai pelbagai koleksi
haiwan, dan dibuka pertama kali kepada orang ramai pada 1963. Zoo Negara dibuka
secara rasminya oleh Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman pada
14 November, 1963. Pada waktu itu, bayaran masuk ialah 50 sen untuk orang
dewasa dan 20 sen untuk kanak-kanak. Antara tarikan di zoo tersebut termasuk
Akuarium Negara yang dibuka pada 1972. Pada 1984 ia diberi nama sebagai
Akuarium Tunku Abdul Rahman. Selain itu terdapat rumah burung, rumah reptilia,
pusat monyet, laluan Savannah serta banyak lagi. Terdapat juga zoo malam hari
pada hujung minggu. Anda boleh melihat pelbagai jenis haiwan yang hanya aktif
pada malam hari.
Terdapat lebih 5137 haiwan, iaitu 459
spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Zoo Negara merangkumi
kawasan seluas 110 ekar yang terletak hanya 5 km dari Kuala Lumpur. Jangan lupa
untuk bersiar-siar di sekitar zoo, atau anda boleh juga menaiki tren dan
menyaksikan pelbagai aksi haiwan di sini!
Waktu
pembukaan: 9 pagi - 5 petang (hari biasa), 9 pagi - 10.30 malam ( hujung minggu
dan cuti umum). (Tertakluk kepada pertukaran). Ambil LRT dan turun di stesyen
Wangsa Maju. Naiki teksi untuk ke Zoo Negara.
b)
Institut
Kajian Hutan Malaysia [FRIM]
FRIM
menawarkan pengalaman kembali-ke-alam-semulajadi dan peninggalan penempatan
Orang Asli. Air terjun dan sungai yang mengalir menerusi hutan simpan ini
menambahkan lagi suasana tenang di landskap yang kaya ini.
Terdapat empat laluan trek hutan : Jejak
Keruing, Jejak Rover, Jejak Engkabang dan Jejak Salleh yang kesemuanya membawa
pelancong merentas hutan sekunder yang menakjubkan. Titian Kanopi yang terletak
30m dari aras tanah menawarkan sudut pandangan yang hebat untuk memerhati
burung dan tumbuhan kanopi tropika.
Mereka yang minat mencuba titian kanopi ini
harus mengaturnya terlebih dahulu kerana jumlah pelawat yang dibenarkan
berjalan di titian kanopi ini setiap hari adalah terhad kepada 250 orang
sahaja. Di FRIM, kemudahan perkhemahan disediakan untuk mereka yang ingin
bermalam di hutan ini tetapi mereka perlu mendapatkan kebenaran terlebih
dahulu.
FRIM terletak di Lebuhraya Selayang-Kepong
kira-kira 16km ke barat-laut Kuala Lumpur. Pelawat boleh berkhemah di sini
setelah memperolehi kebenaran dari Pejabat FRIM. Terdapat juga bilik untuk
disewa di perkarangan FRIM.
Memandangkan minat dunia yang semakin
mendalam di dalam sukan bermotor, Malaysia kini mempunyai sebuah litar Formula
1 yang mencabar yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa KL
(KLIA) di Sepang.
. Litar F1 Sepang mempunyai dua lapis anjung
penonton yang boleh menampung 30,000 orang hadirin serta anjung utama yang
boleh memuatkan 100,000 orang hadirin. Sejak menjadi tuan rumah perlumbaan
Formula 1 buat kali pertama pada tahun 1999, Litar F1 Sepang telah menjadi
salah sebuah litar yang paling terkenal di kalangan pemandu-pemandu F1. Litar
sepanjang 5.542km yang mengagumkan ini memaparkan 15 selekoh dan 8 jalan lurus.
Perlumbaan Malaysia F1 Grand Prix Petronas mengumpulkan pemandu-pemandu terbaik
dunia untuk bertanding di litar ini. Pastikan anda membawa losyen pelindung
sinar matahari, air minuman dan topi!
Dari Kuala Lumpur (KL), gunakan Lebuhraya
Utara-Selatan menuju ke Persimpangan KLIA. Perjalanan dari KL ke Litar Lumba F1
Sepang memakan masa lebih-kurang 45 minit. Selepas anda membayar tol, ambil
susur keluar yang pertama di sebelah kiri jalan. Anda akan melihat sebuah
masjid di sebelah kiri anda. Anda akan tiba di sebuah bulatan di mana anda
perlu mengambil jalan terus di hadapan. Kemudian anda akan melepasi sebuah set
lampu trafik. Belok ke susur keluar yang pertama di sebelah kiri selepas lampu
trafik tersebut (kira-kira 8km selepas lampu trafik tersebut). Dari situ, anda
akan nampak banyak papan-papan tanda yang menunjukkan jalan ke arah litar lumba
ini.
Dari
Stesen Sentral Kuala Lumpur, naiki keretapi Komuter menuju ke Nilai atau
keretapi ERL (Express Rail Link) menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA). Dari Nilai dan KLIA, anda boleh menaiki teksi atau Sepang
Omnibus untuk pergi ke litar ini iaitu 10 minit perjalanan dari KLIA.
Kuala Lumpur merupakan pengkalan untuk destinasi ini . Tempat ini menawarkan
pelbagai pilihan tempat penginapan dari asraman pengembara yang ringkas hingga
hotel mewah bertaraf 5-bintang. Hotel Pan Pacific KLIA terletak hanya 10 minit
dari litar lumba ini.
Lima tempat menarik di dunia
1. Venice, Italy
Venice adalah sebuah tempat paling sesuai untuk dilawati. Di sini kereta
bukanlah satu keperluan kerana apabila kita mula berjalan , keindahan di
sekeliling kita membolehkan kita terus berjalan sehingga sampai ke destinasi.
Kebanyakan pelancong sering berjalan kaki dari tempat ke tempat hanya untuk
menikmati keindahan bandar ini.
2. Srinagara, Kashmir
Tempat
yang yang dikenali sebagai ” Syurga di Bumi “, juga sesuai dikenali sebagai
tempat paling sesuai untuk dilawati. Pandangan di sekitar bandar seakan-akan
sempurna dan sangat menyegarkan. Kashmir sangat terkenal dengan taman-taman
yang subur, tasik yang tenang , dan landskap yang selalu berubah-ubah. Hanya
dengan melihat gambar-gambar Kashmir mampu membuat pelancong menggilainya.
3. Granada, Spain
Bandar
yang indah ini tersenarai sebagai antara tempat paling sesuai untuk dilawati di
dunia kerana ia menawarkan beberapa tempat menarik yang tidak boleh dilihat
dari kereta. Granada mempunyai beberapa tempat kebudayaan besar yang telah
dibina apabila umat Islam , Yahudi dan Kristian menggunakannya untuk hidup
bersama secara damai. Bandar ini layak untuk diterokai dengan berjalan kaki
kerana seni bina dan sejarahnya.
4. Angkor
Wat
Sudah tentunya yang paling terkenal
adalah Senibina bersejarah, Angkor Wat. Sebuah kompleks candi kurun ke 12 yang
merupakan kompleks agama terbesar di dunia yang pernah di bina.
Terletak di utara Bandar Seam Reap, Angkor
Wat menawarkan keindahan dan keunikan senibina serta kemajuan tamadun yang
sungguh menakjubkan pada zamannya sehinggakan diiktiraf sebagai salah satu
keajaiban dunia.
Dikelilingi oleh alam semulajadi yang
menjadikan lokasi ini tarikan utama dan menjadi simbol kebanggaan dan paling
berharga buat negara Kemboja. Paling diingati pastinya Angkor Wat ini pernah
menjadi lokasi pengambaran filem 'Tomb Rider'.
5. Kompleks
Kuil di Khajuraho
Tempat
wisata yang satu ini merupakan tempat yang sangat popular yang boleh kita melawati jika kita berkunjung ke India. Kerana
tempatnya yang romantic dengan adanya patung batu yang atraktif kita bisa
melihat pemandangan yang begitu indah. Bangunan ini sudah di akui oleh UNESCO
sebagai situs warisan dunia. Jika anda pergi ke sana harus mengunjungi Panna national Park yang tak jauh
dari sana lokasinya.
No comments:
Post a Comment