Sunday, 16 November 2014

Kumpulan 3 Pembentukan Keluarga bahagia

 CIRI CIRI PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA

 1.Menitikberatkan dan melaksanakan suruhan agama
- Agama adalah panduan hidup manusia. Oleh itu, setiap ahli keluarga perlu berpegang kepada asas-asas agama sebagai panduan. 
- Sembahyang itu tiang agama. Setiap ahli wajib menunaikan sembahyang. Tambahan pula, dapat melakukan sembahyang secara berjemaah - boleh mengeratkan      silaturahim sesama ahli keluarga. 
- Ketua keluarga hendaklah menanam keimanan anak-anak semenjak kecil lagi supaya keimanannya kekal hingga dewasa - mereka dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk, yang mana dilarang dan yang mana disuruh. 

2.Mengamalkan budaya penyayang 
- Semua ahli keluarga saling sayang menyayangi 
- Sebuah keluarga akan hidup aman dan harmoni sekiranya dilimpahi dengan rasa kasih sayang, percaya-mempercayai dan hormat-menghormati. 
- Dalam keluarga tidak ada perbalahan, kata-kata nista, dengki dan sebagainya.
- Biduk berlalu kiambang bertaut, air dicincang tidak akan putus.Perbalahan akan membawa keretakan hubungan keluarga.

3.Prihatin antara ahli keluarga 
- Semua ahli keluarga saling berkerjasama dalam segala hal
- Semua ahli keluarga saling mengambil berat antara satu sama lain 
- Ibu bapa mengambil berat hal anak-anak, kakak dan abang mengambil berat hal adik-adik dan sebagainya. 
- Hubungan seperti isi dengan kuku, cubit paha kanan, paha kiri terasa juga.

4.Mengutamakan pendidikan
- Sebuah keluarga yang bahagia hendaklah berpaksikan pendidikan yang sempurna. 
- Ilmu penyuluh hidup. Berbekalkan ilmu pengetahuan menyebabkan seseorang itu dapat menjaga tingkah laku yang sopan. 
- Dengan pendidikan menyebabkan setiap anggota tahu yang mana baik dan buruk
- Anak-anak diajar cara menghormati orang lain terutama orang yang lebih tua. 

5.Mengamalkan budaya cemerlang
- Ahli keluarga yang mengamalkan cara hidup yang sihat. 
- Mengutamakan aktiviti keluarga daripada yang lain 
- Memastikan keperluan keluarga mencukupi

No comments:

Post a Comment