Tuesday, 2 September 2014

ULANG KAJI NOVEL PAPA

ULANG KAJI NOVEL PAPA

1.Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman. Nyatakan
tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca.

Berdasarkan PAPA…(Akhirnya kau tewas jua!), salah satu unsur penting dalam sesebuah novel ialah latar. Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat pelajar dalam novel ini. Intan Julia dan Rasylan belajar di tingkatan empat dan lima di Sekolah Seri Gading. Latar masyarakat yang kedua ialah masyarakat penyayang yang menyayangi ahli keluarga. Watak utama iaitu Intan Julia sebagai anak amat sayang akan ibunya Intan Maliana serta bapanya Jeffri. Jeffri juga amat sayang a isterinya Maliana. Latar masyarakat ketiga yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Selama Intan Maliana koma, Jeffri telah menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah selain  mengambil tahu perkembangan pelajaran Intan Julia sehinggalah Intan Julia belajar di UIA.

2. Klimaks merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yang
telah anda baca, jelaskan persitiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut.               
Plot terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah klimaks. Pada peringkat ini, perkembangan plot sesebuah cerita memuncak. Peristiwa yang menjadi klimaks dalam novel PAPA…(Akhirnya kau tewas jua!) berlaku pada bab 18 apabila Intan Julia pulang ke rumah dari asrama. Dia sampai ke rumah dalam keadaan diam sehingga bapanya dan Mak Cik Noraini tidak menyedari kepulangannya. Niatnya hanya untuk memeranjatkan Mak Cik Noraini dan membuatkan Mak Cik Noraini melatah. Semasa dia menuju ke dapur, dia terdengar perbualan Mak Cik Noraini dengan bapanya. Mak Cik Noraini menyarankan bapanya berkahwin lagi. Walaupun bapanya risau tentang Intan Julia yang mungkin tidak dapat menerima, Mak Cik Noraini berpendapat Intan Julia akan memahami dan dapat menerimanya suatu hari nanti.
Intan Julia terus naik dan masuk ke biliknya. Dia berdoa sambil menangis agar apa yang didengarnya sebentar tadi tidak akan menjadi kenyataan. Dia tidak rela bapanya mencari pengganti ibunya. Dia turun semula ke tingkat bawah dan mendapati bapanya yang membaca majalah yang mengandungi artikel tentang poligami. Intan Julia tidak menyenangi perbuatan bapanya itu, tambahan pula apabila mengingatkan hubungan bapanya dengan Aisyah. Intan Julia sudah tidak tahan lagi menanggung rasa marah terhadap sikap bapanya.
Intan Julia terus terang menyatakan tujuan bapanya membaca artikel tentang poligami kerana bapanya ingin berkahwin lagi. Intan Julia dengan jelas menyuarakan perasaan tidak senang hati dengan hubungan bapanya dengan Aisyah. Seterusnya dia mengatakan bahawa bapanya telah tidak setia dengan ibunya. Malah Intan Julia menuduh bapanya curang. Kata-kata itu menyebabkan bapanya marah dan Intan Julia ditempeleng. Intan Julia kecewa dengan tindakan bapanya dan pulangke asrama pada awal pagi keesokan harinya. Dia hanya berada di asrama dan tidak pulang selama beberapa minggu.
3. Pembaca novel akan mendapat banyak pengajaran berguna yang boleh dijadikan
panduan hidup. Jelaskan tiga pengajaran utama yang dapat anda petik daripada novel
yang telah anda kaji.

PAPA…(Akhirnya kau tewas jua!)
Terdapat banyak pengajaran yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca. Antara pengajaran yang awal yang dapat dikesan dalam novel PAPA…(Akhirnya kau tewas jua!) ialah seseorang bapa dan suami hendaklah menunaikan tanggungjawab dengan baik terhadap keluarga. Selepas Intan Maliana koma, Jeffri telah menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah selain daripada mengambil tahu perkembangan pelajaran Intan Julia sehinggalah Intan Julia belajar di UIA. Pengajaran lain yang diselitkan oleh pengarang ialah seseorang anak haruslah memahami perasaan ibu bapa. Intan Julia telah merestui perkahwinan bapanya, Encik Jeffri dengan Aishah kerana tidak ingin melihat bapanya hidup dalam kesunyian. Selain itu, seseorang pelajar juga haruslah belajar dengan rajin dan tekun untuk menjamin kejayaaan pada masa hadapan. Sebagai contoh, Intan Julia dan Rasylan tekun dan rajin belajar sehingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan.

4.Novel yang telah anda baca mengandungi banyak peristiwa menarik. Nyatakan tiga
peristiwa menarik dalam novel tersebut.

PAPA…(Akhirnya kau tewas jua!)
Sesebuah cerita dalam novel mengandungi banyak rentetan peristiwa. Terdapat beberapa peristiwa tertentu yang menarik bagi pembaca novel tersebut. Antara peristiwa menarik bagi saya dalam novel PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) ialah peristiwa apabila Intan Maliana sakit hendak bersalin pada pukul empat pagi. Dia dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Intan Maliana terpaksa melalui satu pembedahan. Dia melahirkan dia orang anak lelaki kembar siam yang telah meninggal dalam rahim. Intan Maliana dimasukkan ke bilik ICU dan berada dalam keadaan tidak sedar diri. Jeffri membawa jenazah anaknya pulang dan menguruskan pengkebumiannya. Peristiwa ini menarik kepada ia menimbulkan perasaan suspens dan sedih pada diri pembaca.

Peristiwa lain yang menarik ialah semasa Intan Julia pulang ke rumah dari asrama. Dia tidak senang hati dengan perbuatan bapanya yang membaca majalah yang mengandungi artikel tentang poligami. Tambahan apabila mengingatkan hubungan bapanya dengan Aisyah. Intan Julia sudah berani menjawab kata-kata bapanya kerana tidak tahan lagi menanggung rasa marah terhadap sikap bapanya. Intan Julia dengan jelas menyuarakan perasaan tidak senang hati dengan hubungan bapanya dengan Aisyah. Seterusnya dia mengatakan bahawa bapanya telah tidak setia dengan ibunya. Malah Intan Julia menuduh bapanya curang. Kata-kata itu menyebabkan bapanya marah dan Intan Julia ditempeleng. Intan Julia kecewa dengan tindakan bapanya dan pulangke asrama pada awal pagi keesokan harinya. Dia hanya berada di asrama dan tidak pulang selama beberapa minggu. Peristiwa itu menarik kerana ia menunjukkan rasa sayang yang mendalam Intan Julia terhadap ibunya.
Satu lagi peristiwa menarik bagi saya dalam novel ini ialah peristiwa pada bahagian akhir cerita. Intan Julia dan Jeffri masuk ke bilik Intan Maliana. Intan Maliana sekonyong-konyong membuka mata. Intan Julia dan bapanya terkejut dengan perkembangan itu. Tiba-tiba Aisyah masuk ke bilik. Dia telah diperkenalkan oleh Jeffri kepada Intan Maliana. Intan Maliana terkejut dan marah. Dia melepaskan tangan Jeffri dan memalingkah mukanya. Dia menangis. Tiba-tiba dada Intan Maliana bergoncang kencang dan Intan Julia sempat menjagarnya mengucap kalimah syahadah. Dia kemudian meninggal dunia. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana ia menjadi puncak kepada perasaan sedih Intan Julia.
5 Berdasarkan satu daripada novel yang anda pelajari, tulis sinopsis  novel tersebut  .
                Novel yang saya kaji ialah novel ‘Papa...(akhirnya kau tewas jua!)’.  Novel tersebut mengandungi  24  bab. Novel ‘Papa’ mengisahkan liku-liku kehidupan seorang gadis remaja bernama  Intan Julia. Intan Julia merupakan gadis bertuah kerana mempunyai keluarga  yang bahagia.  Rumah tangga mama dan papanya sungguh harmoni kerana mereka sangat saling mengasihi.  Mamanya ,  Intan Maliana seorang guru  manakala bapanya, Jeffri seorang pensyarah juga sangat menyayangi   dan mengambil berat  tentang  Julia .    Julia juga mempunyai pembantu rumah yang setia iaitu mak cik Noraini.
                Berita Intan Maliana yang hamil  menggembirakan papa dan Julia walaupun menimbulkan kegusaran  dalam hati Mak cik Noraini dan  Cikgu  Suzi kerana mama pernah menghadapi komplikasi selepas melahirkan Julia.  Mama berhasrat untuk terus melahirkan bayinya walaupun  terpaksa menggadai nyawa kerana ingin menggembirakan papa.       Selepas melahirkan sepasang bayi kembar siam , mama berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.  Bayi tersebut yang diberi nama Muhammad dan Ahmad meninggal dunia.  Walaupun sedih, Julia dan papa tabah menghadapi dugaan Allah .
                Julia yang rindu akan kasih sayang mama yang masih koma menjalin hubungan akrab dengan rakan sekolahnya Rasylan.  Mama dibawa pulang oleh papa ke rumah dan diletakkan di dalam bilik yang dilengkapi dengan peralatan perubatan. Hubungan papa dengan Aisyah, pelajarnya juga kian rapat.  Julia yang telah selesai menjalani  Peperiksaan SPM juga bertambah intim dengan Rasylan. Malangnya , papa tidak mahu bertemu dengan Datuk Mustakim , bapa angkat Rasylan yang menyebabkan kematian bapanya  dalam satu kemalangan jalan raya.
                Julia memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM dan melanjutkan pelajaran ke UIA.  Julia ternampak papa dengan Aisyah berbual mesra  di Restoran Starbuck.  Papa kemudiannya berterus terang  dengan Julia bahawa dia akan mengahwini  Aisyah.  Julia pada mulanya menentang, namun, akhirnya dia akur dengan hasrat papa kerana menyedari keperluan papa untuk mencari pengganti mama yang  sudah tidak berdaya membahagiakan papa lagi.  Walaupun sudah beristeri baru dan bakal menimang cahaya mata , papa masih tetap menyayangi mama dan  tidak pernah mengabaikan keperluan  dan perhatiannya terhadap  mama. 
                Pada suatu hari, mama sedar dari koma. Papa terpaksa berterus terang tentang perkahwinanannya dengan Aisyah .  Mama menunjukkan reaksi  kurang senang .  Mama sempat memeluk Julia sebelum menghembuskan nafas terakhir dalam linangan air mata.  Papa yang gagal mengawal perasaan  hiba turut mengalirkan air mata kerana kehilangan mama.  

6. Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan tema yang terdapat dalam novel   tersebut.
Novel  yang saya kaji ialah novel ‘Papa...(akhirnya kau tewas jua!’.  Tema novel tersebut ialah kasih sayang keluarga.
Tema kasih sayang  dalam novel ini dikaitkan dengan kasih sayang antara pasangan suami isteri. Mama dan papa Julia, iaitu Intan Maliana dan Jeffri digambarkan sebagai pasangan ideal dalam rumah tangga. Mama sanggup mengorbankan nyawa  dengan meneruskan kandungannya biarpun tahu menghadapi risiko yang besar. Cinta papa  terhadap mama tidak pernah pudar kendatipun papa sudah beristeri muda. Dia melarang Aisyah masuk ke bilik mama berseorangan kerana bimbang Aisyah akan melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap madunya. Saat mama meninggal dunia papa tidak mampu membendung kesedihan dan dia mengalirkan air mata.
Dalam pada itu kasih sayang orang tua terhadap anak juga diutarakan dalam novel Papa. Papa dan mama sangat menyayangi  Intan Julia.  Dia diberikan perhatian sepenuhnya oleh ibu bapa.  Segala keperluan diri dan keperluan pendidikannya dipenuhi oleh ibu bapanya. Papa dan mama juga menyediakan seorang pembantu rumah yang juga sepupu papa  iaitu Mak Cik Noraini untuk menjaga keperluan Julia sejak Julia masih bayi .
Selain itu, kasih  sayang anak terhadap ibu bapanya juga turut dikemukakan dalam novel ini. Julia  menentang keras hasrat papa berkahwin lagi kerana sangat menyayangi mama dan dapat merasakan kekecewaan mama kiranya papa menduakannya.  Namun akhirnya dia menyetujui perkahwinan papa dengan kak Aishah demi kebahagiaan papa . 
7.Berdasarkan novel yang anda pelajari, bincangkan tiga persoalan yang terdapat dalam novel.
Novel yang saya pelajari iaitu novel  ‘Papa...(akhirnya kau tewas jua!’, mengetengahkan pelbagai persoalan dalam kehidupan manusia.  Antara persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah persoalan ketabahan dalam mengharungi cabaran atau dugaan hidup.  _________ terpaksa tabah menghadapi realiti bahawa mama kini koma, manakala anak yang diharapkan  untuk menceriakan keluarga meninggal dunia.
Selain itu, terdapat juga persoalan kerajinan dalam menimba ilmu pengetahuan.  ______________digambarkan sebagai insan yang gigih dalam pencarian ilmu.  Sekalipun mama yang menjadi tunjang kehidupannya tiada lagi untuk membantu dan mendorong kejayaannya, Intan tetap gigih belajar untuk menghadapi peperiksaan SPMnya. 
                Dalam pada itu, terdapat juga persoalan poligami dalam novel Papa.  _____________ terpaksa membuat keputusan untuk berkahwin lagi  setelah ___________ jatuh koma.  Biarpun papa tidak pernah berniat untuk menduakan ____________, namun dia terpaksa melakukannya   kerana terlalu sunyi dan memerlukan teman untuk berkongsi suka duka
4. Antara bahagian plot yang penting dalam novel ialah bahagian pengenalan.  Berdasarkan novel yang anda kaji , berikan komen anda tentang bahagian pengenalan dalam novel tersebut.
                Novel yang saya kaji ialah ‘Papa...(akhirnya kau tewas jua !)’.  Bahagian novel ini  merupakan antara bahagian yang paling menarik.  Cerita dimulakan dengan gambaran keluarga  Intan Julia yang bahagia. Julia berada di dapur  menikmati  hidangan  petang bersama-sama pembantu rumahnya_________________________ .  Julia dapat memerhatikan gelagat mama dan papanya  di kebun sayuran melalui tingkap dapur. Julia dapat melihat kemesraan dan keintiman  mama dan papa yang asyik berbual mesra dan bergurau senda.  Julia amat mengkagumi  papa dan mamanya yang masih berjaya mengekalkan kasih sayang mereka sekian lama.  Dia berasa bahagia dan harmoni kerana hidup di tengah-tengah keluarga yang dilimpahi kasih sayang.  Walau bagaimanapun, ada kalanya, Julia berasa segan kerana mereka tidak segan silu memperlihatkan belaian kasih sayang mereka di hadapannya yang sudah meningkat remaja.
                Bahagian pengenalan ini  bukan sahaja menarik malah berkaitan dengan tema yang dikemukakan oleh pengarang iaitu kasih sayang antara ahli keluarga.  Kemesraan papa dan mama sebagai suami isteri dapat menonjolkan tema kasih sayang tersebut.  Sesungguhnya, hubungan suami isteri yang mawaddah adalah tonggak utama kebahagiaan sesebuah keluarga.  Anak-anak seperti Intan Julia akan berasa damai dan bahagia tinggal dalam lingkungan keluarga yang harmoni dan sentiasa berkasih sayang.      
5. Berdasarkan novel yang anda pelajari,bincangkan tiga peristiwa yang menimbulkan perasaan sedih dan mengharukan.
                Novel ‘Papa...(akhirnya kau tewas jua!)’, sememangnya turut memaparkan peristiwa yang menimbulkan perasan  hiba.  Antara peristiwa sedih dan mengharukan ialah ketika mama dimasukkan ke hospital  dalam bab 7.  Semasa mama ditolak ke bilik pembedahan, mama sempat berpesan kepada papa agar reda dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.  Mama juga memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapannya.  Kesediaan mama bertarung nyawa demi melahirkan zuriat buat  papa merupakan pengorbanan yang sangat mengharukan.  Keinginan mama melihat  papa gembira dan bahagia membuktikan kasih sayang sejati  mama terhadap papa.
                Peristiwa yang memilukan  dan mengharukan juga  dirasai  ketika mama disahkan koma oleh doktor , manakala bayi _________________________yang dilahirkan meninggal dunia dalam bab 8. Mak Cik Noraini turut menangis teresak-esak.  Zuriat yang ditunggu sekian lama dengan darah ibu sebagai galang gantinya bersemadi  tenang tanpa merasa dakapan mama yang sangat mendambakan kehadirannya demi membahagiakan suami.  Sikap papa yang tenang tanpa mengalirkan air mata sememangnya menimbulkan tanda  tanya kepada Julia. Walau bagaimanapun , dapat difahami sebagai seorang lelaki, papa perlu tenang dan mengawal emosi  dalam  menghadapi situasi yang begitu mencabar.
                Peristiwa yang paling mengharukan adalah pada saat mama meninggalkan dunia  buat selama-lamanya setelah sedar buat seketika.  Kegembiraan papa dan Julia menyaksikan mama membuka mata sirna apabila  mama menghembuskan nafas terakhir.    Sebelum mama meninggal, kemunculan Aisyah menghairankan mama .  Papa terpaksa membuka mulut menceritakan tentang Aisyah dan sebab dia memperisteri Aisyah.  Mama teryata payah menerima hakikat papa sudah berkahwin lagi.  Akhirnya , dalam tangisan getir  mama menghembuskan nafas terakhirnya.  Papa tidak dapat menahan air matanya mengalir menangisi pemergian mama.  Papa terasa amat  kehilangan. Selain kesedihan mungkin pelbagai persoalan timbul dalam benak pembaca.   Mungkinkah mama masih hidup kiranya papa tidak berkahwin lagi ?.  Hakikatnya ajal mama sudah sampai. Takdir Illahi mengatasi segalanya. Bagi Julia, papa kini tewas kerana menangisi kehilangan isteri yang sangat dikasihinya.

6. Pengarang sering menggunakan novel  untuk menegur kepincangan dalam masyarakat Berdasarkan Novel yang anda kaji, bincangkan permasalahan yang  wujud dalam masyarakat.
                Novel ‘Papa...(akhirnya kau tewas jua!)’ yang saya kaji sememangnya turut memaparkan  permasalahan yang wujud dalam  masyarakat  walaupun novel ini bertemakan kasih sayang dalam keluarga.  Antara masalah masyarakat yang turut ditimbulkan oleh pengarang dalam novel Papa ialah masalah pembuangan bayi.  Gejala pembuangan bayi anak luar nikah yang kini berleluasa dan sering dipaparkan di dada akhbar turut diutarakan dalam novel tulisan Deanna     Yusuf  ini.  Rasylan, teman akrab Intan Julia adalah anak angkat  Datuk Mustakim  yang disia-siakan oleh ibu bapanya.   Nasib Rasylan amat baik kerana dia yang dibuang di tepi longkang besar di Bandar Klang ditemui orang . 
                Sehubungan dengan itu, gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sehingga mengundang perbuatan maksiat dan menyebabkan perzinaan juga merupakan antara permasalahan dalam masyarakat yang terdapat  dalam novel ini. ________________ merupakan anak luar nikah  Encik Muaz Al-Khalibi  dengan seorang warga Indonesia.  Semasa mengandungkannya,__________ _______________________________ meningggalkan ibunya.  Ibunya yang tidak sanggup menanggung malu kerana mengandung tanpa suami lalu membuang Rasylan selepas melahirkannya.
                                Selain itu, (langgar lari)lsikap manusia yang penakut dan sukar bertanggungjawab terhadap kesalahannya serta sikap manusia yang sukar memberikan kemaafan dalam hubungan sesama manusia      juga turut dikemukakan oleh pengarang sebagai permasalahan yang lazimnya wujud dalam kehidupan manusia pada hari ini.  _______________________    tidak memberhentikan kereta apabila melanggar ibu bapa Encik Jeffri kerana takut dibelasah oleh orang kampung.  Akibatnya ,bapa Encik Jeffri meninggal dunia dan ibunya lumpuh. Walaupun Datuk Mustakim membiayai kos rawatan ibunya dan membayar RM 500 setiap bulan, Encik Jeffri masih tidak dapat memaafkan Datuk Mustakim dan enggan bertemu dengannya untuk menjernihkan keadaan. 

7. Berdasarkan novel yang anda pelajari , huraikan perwatakan watak utama  yang terdapat dalam  novel tersebut.
                Watak utama dalam novel ‘Papa ...(akhirnya kau tewas jua!)’ ialah Intan Julia.  Dia merupakan seorang pelajar remaja Tingkatan lima yang kemudian berjaya menyambung pelajarannya ke Universiti Islam Antarabangsa.    Julia merupakan anak Encik Jeffri, seorang _____________________ dan Intan Maliana, seorang guru di ___________________.  Dia juga kakak kepada sepasang kembar Siam bernama Ahmad dan Muhammad yang meninggal dunia selepas dilahirkan.
                Julia seorang  yang penyayang. Sebagai seorang anak, dia amat menyayangi ibu dan bapanya.Semasa mama koma , dia sentiasa berdoa agar ibunya segera sembuh.  Dia juga berusaha menjaga ibunya setiap kali pulang dari kampus pada hujung minggu.Julia juga amat menyayangi bapanya.  Demi membahagiakan bapanya, Julia akhirnya merelakan papa memperisteri Aisyah. Hal ini demikian kerana dia amat bimbang akan tahap kesihatan papa yang kian merosot semenjak mama tidak berdaya.
                Julia juga seorang yang gigih dan rajin.  Dia tekun mengulang kaji pelajarannya. Berkat kegigihannya dia berjaya dengan cemerlang dalam SPM dan melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam  Antarabangsa.
8.Watak utama dalam novel Papa menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupannya. Huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh watak dan cara watak menghadapi cabaran tersebut.    
                       Watak utama dalam novel Papa ialah Intan Julia.      Dia menghadapi pelbagai cabaran dalam hidupnya.
Antara cabaran yang dihadapi  oleh Julia      ialah kesunyian   dan kehilangan perhatian daripada seorang ibu. Ibunya koma setelah menjalani pembedahan ketika hendak bersalin.  Julia mengatasi masalahnya dengan cuba mendapatkan perhatian  daripada Mak cik  Noraini yang sememangnya sentiasa menganggap Intan Julia sebagai anaknya sendiri.
                Seterusnya, Julia juga menghadapi cabaran meneruskan persekolahannya seperti biasa dan menduduki peperiksaan SPM tanpa perhatian ibu yang tersayang.  Walau bagaimanapun, Julia menghadapi dugaan tersebut dengan cara cuba mendapatkan semangat untuk terus belajar daripada bapanya yang sentiasa memberi  galakan dalam pelajaran
                Julia juga menghadapi cabaran daripada rakan sebaya.  Murni, rakan sekolah yang mencemburui  kepintarannya  dan sentiasa memusuhinya di sekolah.  Dalam situasi sebegini Julia  berusaha menerima hakikat bahawa tidak semua manusia akan menyenangi dirinya.  Dia mendapatkan pandangan positif daripada Rasylan yang sentiasa menasihati dirinya agar lebih menumpukan perhatian  dalam pelajaran daripada perkara yang kurang penting.
                Julia juga diuji dengan hasrat bapanya  yang ingin berkahwin dengan Aisyah.  Pada mulanya dia tidak dapat menerima hakikat bahawa ayahnya akan menduakan ibunya. Akhirnya, cabaran tersebut dapat diatasi   dengan cuba menerima hakikat  bahawa dia perlu menghormati kehendak ayahnya.  Dia juga cuba berpandangan positif yang perkahwinan bapanya juga merupakan salah satu usaha untuk mengekalkan kebahagiaan mereka sekeluarga.
9.Watak utama dalam novel PAPA digambarkan mempunyai ketabahan diri.  Huraikan ketabahan watak tersebut dan kesan daripada sikap tabah yang dimilikinya.
                Watak utama dalam novel PAPA ialah Intan Julia. Dia digambarkan sebagai watak yang mempunyai ketabahan dalam mengarungi pelbagai cabaran hidup. Antaranya ,Julia tabah ketika menghadapi peperiksaan SPM tanpa perhatian ibu tersayang.  Kesan ketabahan tersebut menjadikan dirinya hamba Tuhan yang berusaha gigih mencapai kejayaan walaupun dalam kesedihan.
                 Selain itu, Julia tabah menghadapi kesunyian dan kehilangan kasih ibu setelah ibunya koma selepas menjalani pembedahan ketika hendak bersalin.  Kesannya, menjadikan Julia insan tabah yang reda menerima ketentuan Illahi.  Dia juga menganggap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya dan bukan penghalang  untuk meneruskan  kehidupan normal.

                Dalam pada itu ,Julia juga tabah menghadapi  kehidupan sebagai pelajar matrikulasi UIA yang mencabar tanpa dorongan ibu tersayang. Natijahnya, dia menjadi remaja yang  berdikari dalam menjalani  kehidupan.
10.Berdasarkan novel yang anda kaji,  nyatakan peristiwa-peristiwa yang dapat diteladani dan dijadikan pengajaran.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------11.Huraikan nilai bertanggungjawab dalam novel yang anda kaji.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
12. Huraikan nilai keprihatinan dalam novel yang anda kaji.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


No comments:

Post a Comment