Monday, 7 July 2014

KUMPULAN HUSNINA



PERANG DUNIA 1

Pengenalan
Perang Dunia Pertama ataupun The Great War tercetus antara tahun 1914 hingga tahun 1918. Perang ini berlaku di antara negara-negara di Eropah. Walaupun hanya berlangsung dalam tempoh lebih kurang empat tahun, tetapi ia memberi kesan yang besar terutama kepada catatan sejarah dunia. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perang ini tercetus.

FAKTOR BERLAKUNYA PERANG DUNIA 1
1. Kegagalan Sistem Pakatan
Pakatan ini terbentuk selepas Prusia [Jerman] mengalahkan Perancis pada tahun 1870. Kesannya, Eropah terbahagi kepada 2 blok iaitu;

-Perikatan Tiga Kuasa [Austria-Hungary, Itali, Turki ]
-Pakatan Tiga Kuasa [Rusia, Perancis dan Britain]

Sistem Pakatan dibentuk bertujuan mewujudkan keseimbangan kuasa dalam kalangan negara Eropah @ mengawal kuasa atau blok tertentu menjadi lebih kuat. Walau bagaimanapun, selepas 1900, Sistem Pakatan tidak berkesan kerana pergolakan politik di Eropah. Sebagai contoh;-Keruntuhan empayar Turki Uthmaniah menyebabkan negara2 Eropah berlumba-lumba menguasai rantau Balkan.

-Keinginan Rusia untuk menguasai Selat Bosporous dan Istanbul.
-Usaha Jerman memperkuatkan tentera lautnya menyebabkan Britain berasa bimbang.

2.Faktor Ekonomi [Dasar Imperialisme Ekonomi]

Tanah jajahan penting bagi negara2 Eropah seperti Britain dan Perancis. Tanah jajahan menjadi sumber ekonomi [pembekal bahan mentah dan pasaran barangan] dan kemakmuran negara.Sehingga penghujung abad ke-19, Jerman dan Itali merupakan negara Eropah yg belum memiliki tanah jajahan. Oleh itu, Jerman dan Itali berusaha mendapatkan tanah jajahan. Sebagai contoh;

-1890-an: Jerman mula merampas tanah jajahan Portugal dan Perancis di Afrika.
-Itali pula cuba menawan bekas jajahan  empayar Turki Uthmaniah.

Tindakan Jerman tidak disenangi oleh musuh lamanya iaitu Perancis [Perancis pernah menentang gerakan penyatuan Jerman]. Pada masa yang sama, Britain tidak menyenangi Jerman yg tindakan Jerman memperbesarkan tentera laut mereka. Britain juga tidak berpuas hati dengan tindakan Jerman menjual barangan mereka dengan harga yg murah di pasaran antarabangsa hingga menjejaskan pasaran barangan Britain. Pergolakan politik di Eropah bertambah teruk akibat persaingan kuasa besar seperti Rusia dan Austria-Hungary mendapatkan pengaruh politik.



3. Persaingan Ketenteraan dan Persenjataan

ini wujud di antara Jerman, Perancis dan Britain. Jerman berjaya memperbesar dan memperkuatkan angkatan lautnya. Britain cuba menyaingi Jerman dengan membina HMS Dreadnought, iaitu kapal perang terhebat pada masa itu.
Britain, Jerman, Rusia dan Austria-Hungary telah memberi peruntukan yg besar kepada sektor ketenteraan. Menjelang tahun 1900, negara terbabit berjaya memperkuatkan ketenteraan masing2.

-Rusia: memiliki 1.3 orang juta tentera
-Jerman: mempunyai 900 000 orang tentera
-Perancis: mempunyai 900 000 orang tentera.
-Situasi ini telah mencetuskan ketegangan dan juga memungkinkan berlakunya peperangan.


4. Perkembangan Pendidikan dan Ideologi

Sistem pendidikan yg diamalkan di beberapa negara Eropah menekankan semangat patriotik. Sebagai contoh:

-Perancis: pendidikan sejarah di Perancis mengingatkan rakyatnya tentang kemungkinan berlakunya perang dan bersedia menghadapinya.
-Jerman: menekankan bahasa Jerman dan mengagungkan peperangan serta menganggap mereka yang mati sebagai wira sejati.
-Sistem pendidikan dan ideologi berteraskan semangat patriotisme dan menyanjungi peperangan banyak mendorong kepada berlakunya peperangan.

5. Peristiwa Pembunuhan Franz Ferdinand

“Archduke Franz Ferdinand merupakan waris takhta Austria-Hungary.  Archduke bersama isterinya tidak mengendahkan amaran anti-Austria  oleh nasionalis Bosnia berketurunan Serb agar tidak melawat Bosnia. Akhirnya, ketika perarakan pada 28 Jun 1914 di Sarajevo, kedua-duanya ditembak ahli kongsi gelap Black Hand berketurunan Serbia”
Peristiwa ini dijadikan alasan oleh Austria untuk menghapuskan kedaulatan Serb. Austria menuduh Serbia menghasut rakyat Austria berketurunan Serba untuk membebaskan diri dari Austria. Tindakan Austria disokong oleh sekutunya Jerman. Rusia yg juga merupakan sekutu Serbia pula bersedia menyerang Austria. Jerman cuba meminta Rusia membatalkan niatnya tetapi gagal. Akhirnya, Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia dan sekutunya. 

AKIBAT PERANG DUNIA 1

1.       Kesan Politik


.     

2.   Kesan Ekonomi
Sebagai  negara yang terlibat secara langsung di dalam PD1, Rusia , Jerman dan Perancis menerima kesan yang buruk dalam bidang ekonomi. Ekonomi negara-negara terbabit terjejas ekoran masalah yang timbul.

i. Rusia

Masalah 1: Pengeluaran hasil pertanian merosot.
Punca: kekurangan tenaga kerja akibat pengambilan 4 juta buruh sebagai tentera.
Masalah 2: Kelemahan tentera Rusia.
Punca: sistem pengangkutan tidak berfungsi sehingga bekalan makanan dan bantuan tidak dapat dihantar.
Masalah 3: Perbelanjaan tidak seimbang
Punca: peruntukan yg besar terpaksa diberikan kepada bidang ketenteraan.
Pada tahun 1916, rakyat Rusia melancarkan mogok terhadap pemerintah Tsar.

ii. Jerman
Masalah 1: Inflasi
Punca: kekurangan bekalan makanan [terpaksa  dicatu]. Rakyat marah sehingga berlakunya rusuhan antikerajaan.
Masalah 2: Industri di Jerman terjejas
Punca: kemerosotan nilai mata wang Jerman [mark] dengan teruk sehingga menjejaskan pengeluaran arang batu dan besi.

iii. Perancis
Masalah: dibebani hutang
Punca: peperangan yg meletus di utara Perancis  menyebabkan pengeluaran arang batu, besi dan keluli merosot teruk.

 3.  Kesan Sosial

i.  Banyak nyawa terkorban
PD1 meninggalkan kesan yg dahsyat. Sejumlah 8.5 juta tentera telah terkorban manakala seramai 12.5 juta orang awam terbunuh.

ii. Pencemaran udara dan bumi
Pencemaran udara dan bumi juga turut berlaku. hal ini kerana penggunaan senjata kimia oleh negara yang terlibat untuk mengalahkan musuh masing-masing..

iii.Kemusnahan harta benda
PD1 turut menyebabkan kemusnahan harta benda. Pengkalan tentera, kilang industri, jambatan, sistem pengakutan dan perhubungan dan kilang senjata menjadi sasaran utama serangan.

Kesimpulan

Jelas sekali bahawa PD1 telah meninggalkan impak yang besar kepada sejarah dunia. Pelbagai kesan sama ada dalam aspek politik, ekonomi dan sosial telah dialami oleh negara-negara yang terlibat. PD1 bukan hanya menyebabkan keruntuhan sistem beraja di sesetengah negara, malah turut menjejaskan ekonomi dan kehilangan banyak nyawa.


PERANG DUNIA 2

Pengenalan

Perang Dunia Kedua meletus pada tahun 1939 dan berlarutan sehingga tahun 1945. PD2 bukan hanya melibatkan negara-negara di Eropah sahaja malah melibatkan negara di Asia dan Kepulauan Pasifik. Perang yang melibatkan dua kuasa utama iaitu Kuasa Berikat dan Kuasa Paksi ini dikatakan lanjutan daripada PD1 yang tercetus pada tahun 1914-1918.

FAKTOR PERANG DUNIA 2

1.   Perjanjian Versailles yang berat sebelah

Jerman yang kalah dalam PD1, menganggap syarat  Perjanjian Versailles berat sebelah. Jerman menganggap perjanjian tersebut merupakan satu hinaan kepada mereka.Oleh itu, setelah memerintah Jerman, Adolf Hitler telah mencabuli syarat Perjanjian Versailles. Beliau telah bertindak;
         i.   Menubuhkan Tentera Udara Jerman
         ii.  Menghidupkan semula dasar kerahan tenaga bagi membentuk pasukan tentera.
        iii.  Menawan wilayah Rhineland dan Saar yang diserahkan kepada Perancis.
        iv.  Memasukkan Austria ke dalam Jerman
        v.   Menyerang dan berjaya menakluki Czechoslovakia
       vi.   Menyerang Poland
Tindakan Jerman menyerang Poland mendorong Perancis dan Britain mengisytiharkan perang ke atas Jerman sekaligus mencetuskan PD2.

2. Pertentangan Ideologi [Demokrasi vs Fasisme / Nazisme]
Kemunculan ideologi baru mencabar ideologi demokrasi yang diamalkan oleh negara2 di Eropah. Ideologi Fasisme dan Nazisme yang muncul sekitar tahun 1920-an telah menggugat kestabilan politik di Eropah.
Sebagai contoh, Benito Mussolini tidak menghiraukan kecaman antarabangsa dengan menakluki Habsyah. Malah beliau bercita-cita menguasai Albania dan tanah jajahan Perancis di Afrika Utara. Beliau menggunakan kekerasan dan senjata kimia bagi menghadapi tentangan penduduk tempatan

3. Kemelesetan Ekonomi Dunia
Peluang keemasan ini digunakan oleh Jerman untuk mengukuhkan kedudukannya   sebagai sebuah negara yang kuat di Eropah. Situasi ini dan juga dasar agresif yang dilaksanakan oleh Jerman merupakan ancaman kepada negara lain terutama Britain.

4.   Dasar / Pendirian negara terlibat

Dasar atau pendirian negara pada ketika itu banyak mendorong kepada tercetusnya PD2. Pada ketika itu, setiap negara cuba menonjolkan diri @ bersaing untuk mengatasi satu sama lain sama ada dari segi ekonomi mahupun politik. Situasi ini secara tidak langsung mencetuskan suasana tegang di antara negara terbabit.
5. Gerakan nasionalisme yang melampau di Jepun

Kita Ikki merupakan seorang pelampau yang mempelopori aliran baharu nasionalisme di Jepun. Beliau berpendapat pembentukan semula negara Jepun oleh tentera atas nama maharaja perlu dilakukan. Beliau menolak amalan demokrasi Barat dan Parlimen Jepun yang mudah terjebak dalam amalan rasuah. Aliran ini menyebabkan berlakunya pergeseran antara parti pemerintah dengan golongan tentera.
Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929 menyebabkan golongan petani dan rakyat Jepun dibebani kemiskinan. Petani yang tidak berpuas hati dengan pemerintah akhirnya telah menyatakan sokongan kepada tentera. Pada tahun 1936, golongan tentera memberontak dan berjaya menguasai kerajaan. Kerajaan Jepun kemudiannya berusaha mempersiapkan diri untuk menghadapi peperangan.

6. Kepentingan Ekonomi

Dasar Pemodenan Meiji berjaya memacu ekonomi Jepun sehingga menjadi negara industri yang kuat. Bagi mendapatkan bekalan bahan mentah dan pasaran, Jepun telah melaksanakan dasar imperialisme. China dan Manchuria menjadi sasaran Jepun. Belanda, Britain, AS dan Perancis bimbang dasar imperialisme Jepun ke kawasan lain seperti Indo-China dan Asia Tenggara menjejaskan kepentingan mereka.



7. Isu keselamatan negara Jepun

Kebangkitan Jepun sebagai kuasa ekonomi [penghujung abad ke-19] dan dasar imperialisme yang dijalankan menyebabkan Jepun berdepan tekanan kuasa Barat seperti AS, Britain dan Rusia. Yoshida Shoin, iaitu tokoh intelek Jepun menegaskan bahawa Jepun perlu memperkukuhkan pertahanannya.
Yamagata Aritomo iaitu salah seorang pemimpin kerajaan Meiji dan juga pengasas tentera Jepun moden mengetengahkan konsep garis kepentingan negara. Konsep garis kepentingan negara merujuk kepada kawasan bersempadanan @ berhampiran dengan Jepun dianggap mempengaruhi keselamatan Jepun. Oleh itu, garis kepentingan negara ini wajar diperkukuhkan.
Penekanan ke atas konsep ini menyaksikan Jepun cuba meluaskan garis kepentingan negara dengan menyerang Rusia [1905], Korea [1910], China [1895 & 1937], Manchuria [1932], Indo-China dan Asia Tenggara [1941].


KESAN PERANG DUNIA 2


 Kesimpulan

Berbeza dengan PD1, PD2 melibatkan lebih banyak negara dan kesan yang lebih dahsyat. Sikap saling curiga, nasionalisme yang melampau dan persaingan yang tidak sihat terutama dalam bidang politik dan ekonomi merupakan antara pencetus PD2. Terdapat negara seperti Jepun dan Jerman yang memang telah bersiap sedia dari awal untuk menghadapi sebarang peperangan. Faktor inilah yang menyebabkan sekali lagi sejarah perang besar dunia dicatatkan.




No comments:

Post a Comment