Peritsiwa hitam itu benar-benar meninggalkan kenangan pahit kepada beliau. Tarikh 13 Mei juga telah dipilih Melissa sebagai tarikh untuk beliau menyediakan penulisan tesis dalam bidang sejarahnya. Melissa perlu menyiapkan penulisan ilmiah ini sebelum beliau dianugerahkan ijazah sarjana muda dalam bidang sejarah. Kajiannya setebal 215 muka surat telah merungkai punca-punca berlakunya rusuhan kaum pada tarikh hitam itu. Dalam kajian Melissa, punca rusuhan kaum adalah akibat dasar secara devide et empera, iaitu pemisahan kaum secara kedudukan geografi. Penjajah Inggeris sememangnya tidak suka penduduk Tanah Melayu bersatu ketika itu. Orang Melayu dibiarkan hidup secara tradisi di kampung-kampung, manakala orang Cina ditempatkan di bandar-bandar dan menguasai bidang perniagaan. Orang India pula ditempatkan dalam ladang-ladang milik Inggeris sebagai buruh ladang. Dasar ini menyebabkan berlakunya polarisasi kaum yang semakin lama semakin menebal walaupun negara telah mencapai kemerdekaan. Untuk menyiapkan kajiannya, Melissa juga menjalankan kajian secara menemubual mangsa-mangsa tragedi 13 Mei untuk mengetahui kisah sebenar peristiwa berdarah itu.
Hubungan Melissa dengan Syahid semakin intim. Walau bagaimanapun, hubungan mereka terganggu kerana Melissa menyertai Angkatan Tentera Malaysia. Melissa lebih sayang akan negaranya daripada persahabatan dengan Syahid. Kejadian ini menyebab Syahid terasa seperti dipermainkan dan sangat kecewa dengan sikap Melissa. Melissa telah bertekad untuk menjadi warganegara yang setia kepada negara Malaysia walaupun dia dilahirkan dan dibesarkan di luar negara, tetapi hati dan jiwanya adalah anak Malaysia yang sejati. Dia tidak mungkin balik ke tanah tumpah kelahiran ibu bapanya di Guangdong, China. Melissa tidak kesal untuk menjadi seorang tentera untuk mempertahankan ibu pertiwi.
Tema
-Cinta kepada negara serta rakan sepermainan walaupun berlainan bangsa dan agama.
Persoalan
1. Persoalan tentang pergaulan sewaktu kecil akan menghilangkan perasaan prejudis kepada kaum lain.
2. Persoalan tentang perasaan sayang kepada negara tidak merujuk kepada sesuatu kaum, sebaliknya kepada semua rakyat negara ini.
3. Persoalan tentang rusuhan kaum dan peperangan tidak membawa keuntungan kepada mana-mana pihak sebaliknya membawa kemusnahan.
4. Persoalan tentang tanggungjawab kepada seluruh rakyat untuk menjaga keharmonian Negara.
5. Persoalan tentang perbezaan kelas soaial wujudkan perbezaan antara kaum dan setersunya boleh mencetuskan permusuhan.
6. Persoalan tentang dasar pecah dan perintah penjajah menjadi punca perpecahan kaum di Malaysia.
Watak dan Perwatakan
1. Melissa
a. Seorang gadis Cina yang terlah berkawan dengan kaum lain sejak dari kecil lagi.
b. Bersikap terbuka dalam hal perkahwinan
c. Lulusan bidang sejarah dari Universiti Malaya dan bekerja di sebuah syarikat akhbar.
d. Mempunyai semangat patriotik yang kuat sehingga sanggup berkhidmat sebagai tentera.
e. Membuat kajian punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
2. Hisyam
a. Seorang anak lelaki keturunan Minang.
b. Rakan sepermainan Melissa dan sangat sayang kepada Melissa.
c. Terbunuh dalam kejadian 13 Mei bersama anggota keluarganya.
d. Berani bertindak untuk mempertahankan haknya seperti menumbuk anak pegawai Inggeris yang ada di rumah Melissa.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat pelajar yang gigih berusaha. Melissa contoh kepada rakyat yang gigih belajar sehingga ke universiti. Beliau juga telah membuat kajian punca kejadian peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
2. Masyarakat miskin yang tinggal di rumah setinggan. Hisyam digambarkan sebagai keluarga miskin yang terpaksa tinggal di rumah setinggan di pinggir ibu kota.
3. Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Malaysia kaya dengan masyarakat yang berbilang bangsa iaitu orang Melayu, Cina dan India termasuk Inggeris. Ini adalah hasil penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Walaupun Inggeris mengamalkan dasar pecah dan perintah, namun perpaduan kaum tetap terjalin antara kaum-kaum di negara ini. Melissa gadis Cina telah berkawan dengan Hisyam, Syahid dan Farid tanpa sebarang prasangka.
Nilai
1. Nilai kasih Sayang. Melissa sayang kepada sahabat-sahabatnya seperti Hisyam, Syahid dan Farid.
2. Nilai kesetiaan. Melissa terasa kehilangan seorang sahabat karib seperti Hisyam. Sehingga sekarang beliau masih lagi teringat-inggat walaupun Hisyam telah lama meninggal dunia. Kepada Melissa, sukar bagi beliau untuk mencari pengganti.
3. Nilai keikhlasan. Melissa gigih berusaha sehingga ke universiti. Beliau telah mendapat ijazah dalam bidang sejarah dan sekarang sedang menyambung pelajarannya dalam sarjana sejarah di Universiti Malaya.
4. Nilai semangat patriotisme. Melissa sangat sayang kepada negara Malaysia sehingga beliau berkhidmat dalam bidang ketenteraan. Beliau tidak mungkin balik ke China walaupun keluarganya berasal dari sana.
5. Nilai tidak berdendam. Walaupun peristiwa 13 Mei telah meragut banyak nyawa di kedua-dua pihak, namun Melissa tidak mempunyai perasaan dendam kepada orang Melayu.
Pengajaran
1. Kasih Sayang. Sebagai manusia, kita harus mengamalkan sikap berkasih sayang antara sahabat. Ini akan dapat menjamin kesejahteraan hidup sesama jiran tetangga.
2. Ikhlas dan Setia. Dalam persabahatan, kita hendaklah setia agar kesusahan dan kesenangan dikecapi bersama.
3. Semangat patriotisme. Setiap warganegara Malaysia perlu mempunyai sikap taat setia dan sayangkan negara. Kita harus bersama-sama sanggup mempertahankan negara jika negara kita diancam musuh.
http://www.youtube.com/watch?v=cQtZMeVvzGw
http://www.youtube.com/watch?v=S23XHaxr1Y0
Lirik Lagu Isabella
Isabella adalah kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah
Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
Alam yang terpisah
Melenyapkan semua kisah
Terbayang lambaiannya
Salju terbakar kehangatan
Dunia dipenuhi warna berseri bunga cinta
Kita yang terlena
Hingga musim berubah
Mentari menyepi
Menyalalah api cinta
Dia Isabella
Lambang cinta yang lara
Terpisah kerana adat yang berbeda
Cinta gugur bersama
Daun-daun kekeringan
***
Haluan hidupku
Terpisah dengan Isabella
Tapi aku terpaksa
Demi cintaku Isabella
Moga dibukakan pintu hatimu untukku
Akan terbentang jalan
Andainya kau setia
Oh Isabella
No comments:
Post a Comment